TheTower Publish time 23-5-2020 01:49 PM

Dia sedang main tarik tali ke ?

Kisahnya macam ni, aku ada minat dekat seorang perempuan ni yang sedikit tua dari aku. Masing2 nak masuk 3-series dah. Bagi aku takde masalah pun dari segi umur pun.

Mula2 kami hanya rakan biasa. Chat pun jarang sebab jarak yang jauh dan berkomunikasi pun sebab kerja je. Cuma makin lama makin kerap lah perbualan. Tapi masih terhad kepada texting shj.

Nak dijadikan cerita, baru2 ni aku dah konfess dekat dia dengan harapan dia terima atau tolak lah. At least takde lah aku berteka teki dengan hati aku ni. Tapi tak sangka pulak ada jawapan ke-3. Dia suruh aku fikir masak2 dan kenali dia betul2 dulu. Taknak aku salah pilih or lari kemudian hari katanya.

Jujur sebenarnya aku blur dalam bab ni. Aku pun kata teruskan texting dengan dia macam biasa berusaha untuk memikat dia. Kadang2 tu saling mengusik. Tapi jawapan dia pun masih sama. Pernah juga dia bagi tau aku ‘out-of-blue’ yang dia nak tengok usaha aku berapa lama aku bertahan.

Dia memang dah cakap dekat aku yang dia single. Hasil ‘risikan’ pun dia memang single. Cuma tu lah dari gaya macam cinta aku berbalas tapi pada masa yang sama macam tak nak pulak. Aku pulak keliru sampai nak putus asa.

Memandangkan aku memang serious nak kan dia, aku pun teruskan usaha. Aku pun tau dia ada kisah percintaan yang teruk sebelum ni. Kena tinggalkan dengan bf sebelum ni dan pernah kena tipu dengan suami orang. Aku pun tau dari rakan dia yang dia takut untuk bercinta jugak.

Maaf lah panjang. Aku pun masih baru dalam forum ni. Buat akaun sebab nak dapatkan nasihat orang lain.

Elle_mujigae Publish time 23-5-2020 02:08 PM

Dia suka tt juga tu tapi trauma..tt pun tahu kan kisah cinta dia sebelum ni mcm mana..ingat senang ke nak percaya cakap lelaki lagi lepas dikecewakan ,putus cinta,kena tinggal bagai.. kata2 cinta tu dah tak bermakna dah..teruskan tunjuk effort..cakap la serious nak kahwin..bawa la jumpa family semua tu..actions speak louder than words gitu..

besi_kelabu Publish time 23-5-2020 03:21 PM

Perempuan bila dia cakap mcm tu maknanya dia suka kau juga tapi dia ada rasa sedikit insecure sbb umur dia. Yelah biasa lelaki pilih perempuan lebih muda. Dia takut laa..mana tahu lepas kawen, hidup bersama baru ko menyesal kawen perempuan lebih tua..takut lepas kawen baru ko nampak perempuan muda lebih elok ke mcm mana. Sbb tu dia nak ko kenal dia dulu. Kenal mcm mana dia berfikir, lifestyle dia, mcm mana dia handle problem. Semua tu supaya ko tidak menyesal kemudia hari.

Fur Publish time 24-5-2020 11:01 PM

Kalau betul serius, terus lah masuk meminang. Ajak jumpa family. Ppuan x suka tunggu lama2 tau.

ninja boy Publish time 25-5-2020 12:13 AM

Masih muda lagi, Ada kerjaya bagus ada rumah keta dgn simpanan peluang sudah 50%, selebihnya tgk perangai muka helok kerajinan agama family dll. Kenal betul2, ajak jumpa family kamu, pi jumpa family dia.

yuki812 Publish time 25-5-2020 01:15 AM

Dia masih trauma tentang kisah cinta yg lalu. dia takmo beri harapan beria pada awak atau diri sendiri takut bila dah syg..tup2 awk kecewakan dia. betul juga dia cakap..kena kenal dia betul2. kalau awak betul2 syg dia..cuba lah ikut rentak dia..belajar fahami dia..show your effort tu. buat dia hepi. slow and steady dok ngurat tu dan tak perlu mendesak. tapi jgn slow sgt. kang dia ingat awk tak bersungguh pulak. good luck ye..

bulanbulat Publish time 25-5-2020 01:33 AM

Dia suka. Tapi dia nak make sure hang memang suka dia ka tak. Pompuan kan insecure.

Umo 30-an x dak tenaga dah nak teka2..kalau suka tunjuk serius insyaAllah dia yakin

supernaturalee Publish time 25-5-2020 02:39 AM

Tarik lh tali tu kuat2 dan jgn lepaskan
Ikat cpt2 sblm terlepas

anish911 Publish time 25-5-2020 03:24 PM

Dia nak tt usaha lebih keras dan tunjukkan keseriusan

iminidin Publish time 25-5-2020 04:37 PM

Dia suka kau.
Kira dah jadik la tu. Kalau dia reject, dia dh jauhkan diri.
Terus je ajak ke peringkat seterusnya.

God luck TT. :loveliness: :$

fifie_olin Publish time 26-5-2020 07:27 AM

klu betul ko nak serius dgn dia bagi dia masa
pmpn plg x suka lelaki gelojoh
nak kekal lama dlm perhubungan kena sabar
give n take plg penting
x byk skit dia suka kat ko jgk tu
ko kena ikot rentak dia

BigPanther Publish time 26-5-2020 08:31 AM

baik blah je bro
kalau orang nak main tarik tali ni tak payah la
kalau orang serius dia akan bagi kau chance
masa ko cakap ngan dia bukan ko ajak dia pergi tok kadi la la tu jugak
kalau nak kenal betul betul masa couple tak boleh?
aku dulu pernah kena tarik tali / benda alah "effort" ni dekat 2 tahun
kalau orang betul serius nak try build a life with u, dia bagi both of u chance untuk try
bukan ko sorang je kena tunjuk effort

miraclehopes Publish time 26-5-2020 10:11 AM

Tak payah la....takde masa nk main2 tarik tali ni...cari yg nak serius....laki ke perempuan ke..kalo Tak serius nak tarik tali..tinggal aje.....dunia nk kiamat..Zaman covid ni umur pun Tak tau sampai Mana lagi nk berteka teki main2 MCM ni ....iols pun nk cari yg serius....ko solat sunat doa byk2...nanti Allah tjk arah...kalo yg Tak serius ni.....memang akan dok takuk berangan tu je la.....kau kena berani buat keputusan TT....kawinni soal hidup mati syurga neraka kita jugak...biarlah perkahwinan tu jadi asbab masuk syurga ye TT....fikir masak2..good luck all the best

sue_0684 Publish time 26-5-2020 02:13 PM

mmg la trauma tp x kkan la sampai mati trauma. aku pon pernah jgk kena sama dgn dia. tp move on je lah. aku annoying dgn citer ko ni pasal ppn ni. x semua lelaki la mcm ex dia.

Cable Publish time 26-5-2020 11:32 PM

tarik tali tu prkmbangan positif..da 3 series kn..ko ckp je ko nk siyes komited relationship..straght forward..tamo lgbt2 homo...kalo dia pn in the same situesyen..die lyn je ko...die lg ske dpt pucuk mude..cam tuh

awanysss Publish time 28-5-2020 02:10 PM

aku rasa dia nak tp dia mcm takut2..
teruskan put your effort sampai dia percaya,..

epuepy Publish time 29-5-2020 12:05 PM

Kawan je dulu. Jd kawan yg Amik berat. Lama2 nnti terbuka la hati dia.

NamaKuMawar Publish time 29-5-2020 09:53 PM

Tak..dia bukan main tarik tali..dia nak..tapi dlm masa sama masih trauma..bagi la dia masa..TT pun usaha la lbh lagi..supaya dia lbh yakin dgn TT..

TheTower Publish time 13-6-2020 02:59 PM

Elle_mujigae replied at 23-5-2020 02:08 PM
Dia suka tt juga tu tapi trauma..tt pun tahu kan kisah cinta dia sebelum ni mcm mana..ingat senang k ...

Selalunya akan ambik masa lama ke ? Sbb saya mmg pernah kata walaupun dlm keadaan gurau2 begitu saya mmg nak jumpa keluarga dia. Tp dia suruh kenal2 dgn diri dia dulu baru boleh. Seya takut diri saya yg dipermain je.

TheTower Publish time 13-6-2020 03:02 PM

yuki812 replied at 25-5-2020 01:15 AM
Dia masih trauma tentang kisah cinta yg lalu. dia takmo beri harapan beria pada awak atau diri sendi ...

Nak tunjuk effort mcm mana tu ? Sbb saya ni pun boleh kira first time kena mcm ni. Dpt pulak masa tu pkp. Skrg baru nak first time jumpa.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Dia sedang main tarik tali ke ?


ADVERTISEMENT