Buat Sendiri Suji Badam 4 Bahan, Patutlah Uqasha Senrose Tak Menang Tangan!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/19/203546sgnzkj0kl0dgg0jl.jpgBerapa hari sahaja lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Bagaimana dengan persiapan raya pula? Anda dah 'bereskan' semuanya?
Walaupun tidak akan semeriah tahun-tahun lepas dek kerana pandemik Covid-19, namun diharapkan ianya tidak mematahkan semangat anda sekeluarga untuk beraya.
Jadi, untuk menaikkan semangat beraya, jom kita buat biskut raya paling senang dibuat iaitu Biskut Suji Badam yang hanya menggunakan empat bahan sahaja seperti dikongsikan Majalah Rasa ini.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/19/174922t00zgz90qknngnq2.pngKredit foto: FB
Sudahlah cara membuatnya senang, rasanya yang rapuh dan cair di dalam mulut juga membuatkan terasa asyik kala mengunyahnya. Apatah lagi dengan gandingan serbuk badam bersama minyak sapi, memang gerenti sedap!
Jom kita tengok resipi asal oleh pengguna Facebook, Maria Bentalib.
Bahan bahan:
1kg tepung gandum
300g gula halus
400g minyak sapi
100g serbuk badam
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/19/202358c1d4jxf7h4j4jkdh.jpg
Kredit foto: FB
Cara membuatnya juga mudah. Ikuti sahaja langkah seperti dibawah.
1) Pukul gula dengan minyak sapi terlebih dahulu.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/19/202555gfhy4kklpdp69dqh.jpgKredit foto: FB
2) Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk badam. Uli hingga menjadi doh, rehatkan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/19/202707hf820z82p2wyuspp.jpgKredit foto: FB
3) Gentelkan bulat-bulat kecil. Letakkan dalam loyang dan bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 30 minit.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/19/202847al6sqnr8ksj2nb2n.jpgKredit foto: FB
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/19/202951a199b1ib7rb0g0zb.jpgKredit foto: FB
Inilah hasilnya, mudah dan menjimatkan. Boleh buat berulang kali sebab pasti menjadi. Eh! Ini biskut yang sama Uqasha Senrose buat kan? - CARI
Beli kat econsave je lagi laaaa murah. RM12 je sebalang. Buatan drpd ein cookies. Sedap pun sedap. Dlu iols suka gila biskut suji yg jual kt Leno n butter cookies kat Ayamas. Butter cookies tu kira suji la kan ? Ke lain ? penyabar btol la sape yg buat biskut raya ni.. iol takde kesabaran nak uli satu2 suji tu apa dia sebenarnya.. dan kenapa dipanggil suji...
sungguh dr kecik aku dok pikir pasal benda ni.. Hati2 siapa suka makan badam nanti cepat gems sedap ni .. kuih dulu2 zaman kecik ni. Raya wajib kena ada tart nenas. {:run kucingitam replied at 20-5-2020 11:31 AM
suji tu apa dia sebenarnya.. dan kenapa dipanggil suji...
sungguh dr kecik aku dok pikir pasal be ...
Bukan kea biskut suji diberi nama sbb ada tepung suji dlm bahan2, tp yg resepi ni takde pulak Sedap biskut suji ni.. Hannan15 replied at 20-5-2020 12:41 PM
Bukan kea biskut suji diberi nama sbb ada tepung suji dlm bahan2, tp yg resepi ni takde pulak
tah..aku tak tau..itu yg jadi persoalan...suji tu diperbuat dr apa
whadda: penyabar btol la sape yg buat biskut raya ni.. iol takde kesabaran nak uli satu2
Kannn.. iols suka jugak buat biskut raya ni.. tp kerajinan tu setiasa x datang2.. balik kerja dh penat.. hujung minggu sibuk benda lain plak.. eh iols tunjuk je la senang..
xyah pakai tepung suji ekk
xminat sgt kuih tepung2 semata ni huhu Suji ialah semolina. I sorang je ke xreti makan kuih raya.. kalu g beraya i mesti makan kerepek kalu tuan rumah sedia kerepek atau kekacang.. or else memang terpaksa la makan tapi stakat 1 biji 2 jelah hihii iolss bt biskut raya yg sng2 jer.. bru siapkan bskut mazola.. nk cuba yg lain plak.. bskut suji ni sama jer dgn biskut arab kan.. iols tgk gambor terakhir tu mcm biskut kacang je Favourite kuih raya ni nyummy...favourite sunguh biskut suji ni Tengok macam senang. Tapi taktau lah kalau tangan takde seni membaking ni kalau buat jadi ke tak :lol:
Pages:
[1]
2