Cari-Azza Publish time 8-5-2020 10:26 AM

'Lock In' Buat Peminat Geli Hati, Ada Pelakon Popular Lagi Tapi Erma Fatima Kata

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/08/094501hb02zg6ecqez1lff.jpg


Sudah bosan dengan drama-drama yang diulang di kaca televisyen? Ini khas buat anda, sebuah mini drama berantai arahan Erma Fatima dibintangi pelakon popular seperti Nora Danish, Neelofa, Umie Aida, Shery Hadad, Janna Nick, Remy Ishak dan bintang negara jiran, Baim Wong.




https://www.instagram.com/tv/B_4joz0gFe3/?igshid=4m34zilqhpj


Yang menariknya, topik diketengahkan adalah mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 di mana rakyat Malaysia tidak dibenarkan keluar kecuali ketua keluarga sahaja.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/08/095118ta42xdeebxv1xwz9.jpgKredit foto: IG




Oleh itu, setiap pelakon dikehendaki merakamkan sendiri babak mereka sebelum digabungkan menjadi satu cerita. Ianya disiarkan di saluran YouTube dan Instagram barisan pelakon terbabit.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/08/094734n4nnnrz35mhuwja0.jpgKredit foto: IG



Dengan adegan comel oleh Nora Danish, gedik oleh Neelofa, rempit dari Sherry serta perasan dari Janna Nick pastinya menggamatkan penonton.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/08/094806eti69is6z9md66gk.jpgKredit foto: IG




Sementelah lagi watak ibu yang dibawa oleh Erma dan nenek yang dijayakan Umie Aida memang menggelikan penonton.



Malah, ada yang meminta sitkom atau sketsa tersebut disambung lagi selepas ini.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/08/095042bu3kn6yn6kbkyhyy.jpgKredit foto: IG





Erma Fatima ketika memuat naik episod terakhir turut menyatakan mereka yang tidak menyukainya boleh berasa lega kerana ia sudah tamat. Eh! Ada yang sakit hati ke?




https://www.instagram.com/tv/B_5vVqwDQSJ/?igshid=htj5w3y4z3ft


Bagaimanapun, ianya ternyata mengubat hati peminat dengan drama comel ini. Lagi pula, ianya sekadar hiburan, Jadi, 'chill' saja okey. - CARI

wikedsaikel Publish time 8-5-2020 11:40 AM

Aku suka. Walaupon jarang tgk drama melayu. Aku anggap mcm finger food je lah. Short instagram film utk layan bosan pkp

Buritan Publish time 8-5-2020 11:40 AM

Nora danish buat stail laile kg people.. so tak best

Cari-Azza Publish time 8-5-2020 12:10 PM

Kelakar juga. Hahaha

sfrnna Publish time 8-5-2020 12:12 PM

cantiknya nora.. tak nampak macam mak budak pun..

Kurex Publish time 8-5-2020 12:31 PM

Lantak korang la retis.....

meow_tompok Publish time 8-5-2020 12:45 PM

keluar nora danish buat stail laila kg people, terus jadik tak best nak tgk

bungarose Publish time 8-5-2020 12:53 PM

Copy paste kampung people kerr

dua_chzy Publish time 8-5-2020 01:00 PM

Adakah ini crossover terbesar selepas Avengers : Endgame? Tapi akam suka idea ni. Gud job. Mohon Hollywood ka Bollywood ka Kpopwood ka, tiru. :lol:

puteribaya Publish time 8-5-2020 01:06 PM

i suka jer..new method of acting..so x de pegang2 bukan muhrim..

Rogue98 Publish time 8-5-2020 02:45 PM

Awal2 tgk gak satu dua episod tapi leceh sbb mcm awkward and lambat. Aku tunggu sampai habis baru aku tgk lah sekali harung. Lagipun cam bingit gak.

KIM.K Publish time 8-5-2020 03:25 PM

Lawaknye..sangat menghiburkan
Lopa trolling dgn topi besarnye
Umi aida buat tudung catriona ross siam tuh
ND troll manja sendiri

esbok Publish time 8-5-2020 03:36 PM

interesting. every episodes ada kelakar dia. umie aida punya nenek mmg jadi. lol.

soniackyy Publish time 8-5-2020 03:58 PM

umie aida memang power

Kahla Publish time 8-5-2020 08:13 PM

Buritan: Nora danish buat stail laile kg people.. so tak best

Lakonan pelakon baru riena as laila dalam kampung people nampak jauh lebih talented n natural berbanding nora ni

Tinot7 Publish time 8-5-2020 08:20 PM

soniackyy replied at 8-5-2020 03:58 PM
umie aida memang power

Umie aida mmg tere berlakon.

papadomku Publish time 8-5-2020 08:28 PM

Kahla replied at 8-5-2020 08:13 PM
Lakonan pelakon baru riena as laila dalam kampung people nampak jauh lebih talented n natural be ...

setuju. nampak nora try hard sgt. riena diana je sesuai watak mcm lailer tu.tapi nora dlm cite ni comel n cantik sgt

RatuDunia94 Publish time 8-5-2020 09:57 PM

Trying so hard nya masing2 nak bawa karakter..

epal21 Publish time 8-5-2020 11:12 PM

Drama tak tentu hala. Dah lah montaj setiap episod macam drama rtm zaman dulu. Yg amitabh bachchan buat terhibur juga iols.

epal21 Publish time 8-5-2020 11:14 PM

dua_chzy replied at 8-5-2020 05:00 AM
Adakah ini crossover terbesar selepas Avengers : Endgame? Tapi akam suka idea ni. Gud job. Mohon Hol ...

Iols first tengok konsep macam ni amitabh bachchan buat dgn artis bolly & kollywood. Pasal dia hilang cermin mata.
Pages: [1] 2
View full version: 'Lock In' Buat Peminat Geli Hati, Ada Pelakon Popular Lagi Tapi Erma Fatima Kata


ADVERTISEMENT