bawangkecik Publish time 3-5-2020 11:18 AM

Resipi Kek Choc Moist Mudah Dan Sedap, Orang Bujang Pun Boleh Buat!

Dah lama duduk rumah barangkali anda sudah kehabisan idea menu berbuka untuk seisi keluarga.


Mungkin nak cuba pemanis mulut tapi belum mahir, jadi boleh cuba resipi mudah kek coklat 'moist' yang mudah ini, hasil perkongsian pengguna Facebook, Imah Halimah.


Sangat senang, malah kek coklat yang dihasilkan juga lembut dan sedap. Sesuai buat mereka yang 'hantu coklat'!


Untuk menyediakan kek coklat ini, anda perlu sediakan tiga jenis bahan iaitu:




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/02/105233rubocq7oo97depaz.png


Bahan A : 1 cawan minyak masak, 1 cawan susu pekat, 1 cawan susu cair, 1 cawan gula kastor, dan 1 cawan serbuk koko
Bahan B : 4 biji telur saiz A dan 1 sudu kecil esen vanila
Bahan C : 1 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder. Boleh juga tambah coklat emulco.


Cara memasaknya hanya perlu masak bahan A sebentar sahaja dengan api kecil kerana serbuk koko yang mudah hangus. Sekadar suam dan jangan sampai mendidih. Tutup api dan masukkan bahan B yang sudah dikacau bersama esen vanila.


Untuk buatkan kek nampak lebih gelap, boleh tambah 2 sudu kecil coklat emulco.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/02/105308zj68v948t8r4rzv6.png


Bahan-bahan tadi kemudian digaul sehingga sebati sebelum masukkan bahan C yang dah diayak.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/02/105339ruffhjucvpjppzj9.png



Gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati sehingga tidak berketul-ketul dan masukkan ke dalam bekas acuan. Nak masukkan dalam bekas plastik pun tidak menjadi masalah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/02/105420o09z4nzun70btbb9.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202005/02/105454pvrzd2om72fcpycr.png



Kredit foto: Facebook Imah Halimah


Kemudian, kukus kek selama kira-kira 1 jam atau sehingga masak dengan api besar. Tutup bahagian atas kek untuk elak dari masuk ke dalam pengukus. Selepas 1 jam, kek akan naik tinggi.Maknanya, sudah siap dan boleh dijadikan hidangan minum petang untuk seisi keluarga.


Selamat mencuba! - CARI

Kredit resepi: FB Imah Halimah

Cookingholic Publish time 3-5-2020 11:38 AM

So takdelah tiga bahan sebenarnya :lol:

dubuk Publish time 3-5-2020 12:08 PM

ada tak resepi kek yang minyaknya hanya satu sudu

Melur1 Publish time 3-5-2020 12:28 PM

Kenapa kek dia jatuh kat tengah2? Kalau kat Bake-Off memang dah kena leter tu

Tapi nampak sedap lah jugak, tq for sharing

nazzse Publish time 3-5-2020 12:55 PM

Melur1: Kenapa kek dia jatuh kat tengah2? Kalau kat Bake-Off memang dah kena leter tuTapi nampak sedap lah jugak, tq for sharing

Takcukjp adun kan klu kek collapse ni.
Takit tengok bahan2, kek cari penyakit namanya ni

LostStar Publish time 3-5-2020 01:32 PM

Kenapa mesti minyak berkodi2...

Tinot7 Publish time 3-5-2020 02:44 PM

LostStar replied at 3-5-2020 01:32 PM
Kenapa mesti minyak berkodi2...

Sbb nak bg moist

LostStar Publish time 3-5-2020 03:04 PM

Tinot7 replied at 3-5-2020 02:44 PM
Sbb nak bg moist

Oh ya ka.. maknanya semua cake laguni la gamaknya kot kan..

Baru taw la.. terkebil kejap.. ohmyyy.. lepasni kena cut la.. harus tahan diri dari amek cake begini..

lonso Publish time 3-5-2020 07:08 PM

Kalau x da esen vanila takpa ke

3480 Publish time 3-5-2020 09:05 PM

Kata 3 bahan...

KIM.K Publish time 3-5-2020 09:23 PM

Melur1: Kenapa kek dia jatuh kat tengah2? Kalau kat Bake-Off memang dah kena leter tuTapi nampak sedap lah jugak, tq for sharing
Bukan collapse. Kek basah masa dia tutup tupperware tu. Bila buka surface melekat kat lid. Tu jadi botak tengah

epuepy Publish time 3-5-2020 10:29 PM

Nmpk sedap n senang. Tp x koser nk try baking balik. Asal buat je terlembik la, terkeras la. Rasa tepung la. Sudah nye, bazir.

Baik beli siap:D

daisywillberry Publish time 3-5-2020 11:25 PM

Ok esok teman nk cube try test...

Catpaw Publish time 4-5-2020 12:04 AM

LostStar: Oh ya ka.. maknanya semua cake laguni la gamaknya kot kan.. Baru taw la.. terkebil kejap.. ohmyyy.. lepasni kena cut la.. harus tahan diri dari amek c ...



Ye you, kalau kurang minyak kurang la moist dia...

Eric.n9 Publish time 4-5-2020 01:33 AM

Resepi dia lebih kurang mcm masa zaman aku gila buat kek...
Cuma aku tak pki kukus. pakai microwave

jack492 Publish time 4-5-2020 02:19 AM

blank post

Edited by jack492 at 4-5-2020 02:22 AM

reply section is important

jack492 Publish time 4-5-2020 02:20 AM

jack492 replied at 4-5-2020 02:19 AM
We offer high qualityClothing Alteration and tailoring to fashion brands, their stores, private clie ...

We offer high quality Clothing Alteration and tailoring to fashion brands, their stores, private clients, brides and grooms etc.

bobo_beck Publish time 4-5-2020 09:10 AM

Cookingholic replied at 3-5-2020 11:38 AM
So takdelah tiga bahan sebenarnya

penah tgk kat utube.. 3 bahan je.. biskut, susu segar n baking soda..

misuke Publish time 4-5-2020 09:18 AM

baca resepi nampak mcm senang.. ok nanti boleh try buat. tq tt

bedahmenjuyah Publish time 4-5-2020 10:30 AM

Ini basic choc cake utk org berniaga tu. Yg korang makan kat kenduri dlm tupperware tipu kecik2 tu, ni lah resepinya. Pasal 3 bahan tu artikel salah tulis. Mungkin dia nak refer pdbahan2 tu ada 3 group.. A, B dan C. Biasa kek 3 bahan guna biskut yg dihancurkan sbb ada tepung, perisa dan gula all in one. Mcm semi instant gitu
Pages: [1] 2
View full version: Resipi Kek Choc Moist Mudah Dan Sedap, Orang Bujang Pun Boleh Buat!


ADVERTISEMENT