julia5094 Publish time 2-5-2020 11:25 AM

APA YANG MEMBUKA HATI ANDA UNTUK BERBISNES

Edited by julia5094 at 2-5-2020 12:17 PM

Tidak semua orang ingin memulakan perniagaan. Mungkin kerana tiada tergerak minat untuk menjadi usahawan. Sememangnya tiada salah di situ. Terpulanglah pada diri masing-masing kerana mungkin kita lebih selesa bekerja makan gaji. Rezeki pastinya ada di mana-mana saja.Saya sendiri tak pernah terfikir pun nak meniaga sebenarnya. Sampaila satu tahap, kewangan berada kat paras hidung. Hutang kad kredit makin lama makin membukit. Last2 terpaksa cari jalan untuk keluar dari masalah tu.Ingat lagi, masa mula2 kerja. Anak 3 orang berderet. Umur dekat2 pulak tu. Ingat lagi masa awal2 dapat kerja, tahun 2008. Masa tu anak sulung 4 tahun, anak no 2 (2 thn) dan anak no 3 (1thn). Masa tu semua anak masih minum susu dan 2 lagi masih pakai pampers. Nursery pulak masa tu untuk 3 orang hampir 1K. Hubby n saya pun bukan gaji besar sgt masa tu. Kebetulan pulak masa tu kami pindah rumah sendiri dan baru je beli kereta baru (sebelum tu setahun kami tak ada kenderaan).So masa tu memang banyak komitmen yang perlu di bayar. So nak tak nak kena la cari pendapatan tambahan. Di sebabkan saya ni jenis tak suka berurusan dengan orang depan2. So saya lebih selesa jual secara online. Ingat lagi produk pertama yang saya jual..cloth diapers. Mula2 tu beli pasal nak jimat pampers. So mai la idea nak jual. Lama jugak dok jual..dan keuntungan boleh tahan la jugak. Boleh la cover mana yang patut. Tapi tak bertahan lama, pasal susah nak compete dengan supplier besar.Tapi, walaupun bisnes cloth diapers tu dah stop..tapi saya tetap je berniaga online macam biasa...macam2 la jual..walaupun kecil-kecilan. Bab orang tua cakap, baik lah ada, dari tak ada langsung kan??So, korang semua..apa yang membuatkan korang start berbisnes ni. Tak kira la kecil ke..besar ke..sila share. TQ

Megikari Publish time 2-5-2020 11:59 AM

I teringin jugak nak buat bisnes online sebab i suka membeli. Kadang2 pikir daripada i spend masa browse macam2 benda untuk dibeli, kan ke lagi baik i guna masa tu untuk buat duit instead. Tapi tak tau kat mana nak mula :sweat3:

Tinot7 Publish time 2-5-2020 12:23 PM

Iols tak reti berbisnes

julia5094 Publish time 2-5-2020 12:27 PM

Megikari replied at 2-5-2020 11:59 AM
I teringin jugak nak buat bisnes online sebab i suka membeli. Kadang2 pikir daripada i spend masa br ...

Gud for u dear..yang penting ada niat tu dah kira bagus la. Ada satu pepatah englis cakap.."do what u love and love what u do". Dalam hidup kita ni pasta ada benda yang kita suka buatkan. Why not sis kembangkan minat tu, jadi satu bentuk bisnes.. Tak pun, boleh je buat dropship dulu, tak payah simpan stok, tak perlukan modal jugak.
Yang penting kita sentiasa kena gali ilmu dan jangan mudah putus asa ye..Gud luck!!


djzara81 Publish time 2-5-2020 01:17 PM

I admit tak pandai buat business online or offline walopon resources nk belajar tu anytime je bole. Dulu pnh jual telekung lycra & magnetic brooch tpfor fun. Now jual multipurpose cleaner, aku beli stok pon utk guna sendiri & just for repeated customers. Aku percaya je pepatah Where there’s a will, there’s a way.

KIM.K Publish time 2-5-2020 01:23 PM

Saya suka sebab lifestyle tapi sebenarnya online biz susah gile

Knowlee Publish time 2-5-2020 01:52 PM

Pernah beberapa meniaga kecil kecilan, tapi lepas tu stop sbb ganggu kerja hakiki.

adila39 Publish time 2-5-2020 01:58 PM

Edited by adila39 at 2-5-2020 02:00 PM

Tahun demi tahun makin selow online sbbdah keje so mcm susah nak fokus. And cepat boring.. Tapi masih jual hamper raya.. so festive je..start online 8yrs ago sbb mmg nak cari duitla. Now xperlu cari client, client dah tau mana nak cari if nak hamper.. tp raya je ler

adila39 Publish time 2-5-2020 01:58 PM

KIM.K replied at 2-5-2020 01:23 PM
Saya suka sebab lifestyle tapi sebenarnya online biz susah gile

tapi u punya boleh go KIM...chaaa yok!

otai_g Publish time 2-5-2020 01:59 PM

Pnjg ceritanya tp soalanya 1 je, apa sbb anda nk buat bisnes?

bw grab pun kira bisnes jgk kan?

sarah82 Publish time 2-5-2020 02:06 PM

djzara81 replied at 2-5-2020 01:17 PM
I admit tak pandai buat business online or offline walopon resources nk belajar tu anytime je bole....

Tempek gambar pencuci kat sini.. Mana tau ada yg beli

djzara81 Publish time 2-5-2020 04:15 PM

Edited by djzara81 at 2-5-2020 04:16 PM

Local product, Supermom. Aku guna utk all purpose, hilangkn kotoran degil kt baju, kain, karpet. Basuh tandas, jubin etc.
p/s: aku cuba tepek gambar tapi asik kuar msg format not supported.

djzara81 Publish time 2-5-2020 04:23 PM

@sarah82 ok dah bole tepek tp kene snap pic.

sarah82 Publish time 2-5-2020 04:37 PM

djzara81 replied at 2-5-2020 04:23 PM
@sarah82 ok dah bole tepek tp kene snap pic.

Hahaha.. Cun.. Sesuai utk semua surface ka?

isseliparjepun Publish time 2-5-2020 05:22 PM

I meniaga suka suka je. Part time ambik tempahan among friends and colleagues. Rasa puas sebab kita jual benda yang kita suka buat, and enjoy. But seriously kena tahan hati kalau orang ade bunyik bunyik sikit. Basically pasal harga sebab I tak jual murah huhu. So meniaga banyak mendidik jiwa supaya sabar dan mendidik diri supaya bersedekah dalam diam.

ellez Publish time 2-5-2020 08:34 PM

Edited by ellez at 2-5-2020 08:38 PM

Sudah lama..iols bantu husband dalam semua hal pentadbiran syarikat2 yg dimiliki oleh beliau..cuma banyak perkara yg iols masih perlu belajar sebab baru 6 tahun iols terlibat secara serius..
Iols juga ada join ipars dalam.platform online.biz(e commerce).yg dibangunkan oleh mereka.

julia5094 Publish time 2-5-2020 09:11 PM

ellez replied at 2-5-2020 08:34 PM
Sudah lama..iols bantu husband dalam semua hal pentadbiran syarikat2 yg dimiliki oleh beliau..cuma b ...

Wah..ni mesti hebat bab management ni..I ni masalah utama tak boleh nak berkembang rasanya 1) bab management ni memang fail. Satu lagi selalu je hangat2 tahi ayam,. Sekejap semangat bukan main lagi. Sat g...malasnya alahai..Dulu masa bisnes cloth diapers tu..sampai satu tahap tu, masuk msg je i dah rasa stress. Penat nak layan customer..boleh pulak macam tu..:'(
Platform ecommerce tu macamana?

adila39 Publish time 2-5-2020 09:13 PM

isseliparjepun replied at 2-5-2020 05:22 PM
I meniaga suka suka je. Part time ambik tempahan among friends and colleagues. Rasa puas sebab kita...

betul tu.. tp selipar niaga apa?

isseliparjepun Publish time 2-5-2020 10:43 PM

adila39 replied at 2-5-2020 09:13 PM
betul tu.. tp selipar niaga apa?

Kek je u. Meniaga benda yang biasa orang lain jual jugak hehe

adila39 Publish time 3-5-2020 12:36 AM

isseliparjepun replied at 2-5-2020 10:43 PM
Kek je u. Meniaga benda yang biasa orang lain jual jugak hehe

teror la tu... bukan semua reti buat kek.. and org suka je kek sepanjang zaman.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: APA YANG MEMBUKA HATI ANDA UNTUK BERBISNES


ADVERTISEMENT