pearl.silver Publish time 1-5-2020 05:46 PM

LEON ZALIKHA (TV Okey : Riena Diana & Dini Schatzmann)

Edited by pearl.silver at 1-5-2020 05:58 PM

Nape xde org buka tred cite ni.. Best tau.. :$

Buat pertama kalinya gandingan pelakon Riena Diana dan Dini Schatzmann membintangi drama bersiri “Leon Zalika” mulai 24 April, setiap hari, 10.00 malam menerusi TV Okey.

Siri arahan Shuhaimi Lua ini menonjolkan jalan cerita berbeza yang turut dibintangi oleh Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Sharmaine Farouk, Muntazar Ghani, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Zaefrul Nordin, Sherry Al Jerry, Doria Rachel Jolly, dan Rashidah Jaafar.

Kisah Zalika yang telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu dan ayahnya, lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon, seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Dia lama menetap di London dan akhirnya di Australia.

Zalika tanpa berfikir panjang, menerima sahaja cadangan ibu dan ayahnya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. Anita sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika, baginya nasib dia sering tidak bernasib baik berbanding Zalika.

Firas pula ada agenda jahatnya tersendiri sejak bekerja di Jentayu Holdings iaitu ingin membalas dendam yang telah lama disimpan. Dayana bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

pearl.silver Publish time 1-5-2020 05:56 PM

Dini ada sedikit improvement dlm mutu lakonan berbanding time dia jadi adik jananik dulu..
Tp yg i kagum, dia baca doa, pronunciation fluent ye.. Xde bunyi awkward..
I ingat dia kn omputeh, mesti bunyi berterabur punya..
Jadi sesuai la dia bawa watak ustaz omputeh tu..

nazzse Publish time 1-5-2020 06:06 PM

Apesal ntah I sengih je tengok drama ni...heloknyaaa dini :$

pearl.silver Publish time 1-5-2020 06:07 PM

nazzse replied at 1-5-2020 06:06 PM
Apesal ntah I sengih je tengok drama ni...heloknyaaa dini

Sama laa kita..
I rasa dia sweet sgt dlm cite ni..
Soft spoken..

bondeh Publish time 1-5-2020 07:24 PM

TV Okey slot Ramadan dia drama baru2 tak macam tv lagi satu tuh dok ulang tayang drama2 yg trending je;P

bondeh Publish time 1-5-2020 07:25 PM

nazzse replied at 1-5-2020 06:06 PM
Apesal ntah I sengih je tengok drama ni...heloknyaaa dini

Sama... I sengih sorang2 masa akad nikah si Zalikha curi2 pandang pastu Leon nih toleh senyum:$

nazzse Publish time 1-5-2020 07:40 PM

pearl.silver replied at 1-5-2020 10:07 AM
Sama laa kita..
I rasa dia sweet sgt dlm cite ni..
Soft spoken..

Kan, untung JN dapat laki mcm ni..

nazzse Publish time 1-5-2020 07:42 PM

Edited by nazzse at 1-5-2020 01:17 PM

bondeh replied at 1-5-2020 11:24 AM
TV Okey slot Ramadan dia drama baru2 tak macam tv lagi satu tuh dok ulang tayang drama2 yg trending...

Tau takpe, channel drama sangat tu lagi lah..Ramadhan kali ni semua channel ada zara zya..boring

nazzse Publish time 1-5-2020 07:43 PM

bondeh replied at 1-5-2020 11:25 AM
Sama... I sengih sorang2 masa akad nikah si Zalikha curi2 pandang pastu Leon nih toleh senyum

Manis kan senyum dini...sesuai plak 2 ni belakon sekali..dua2 kecil molek

bondeh Publish time 1-5-2020 09:07 PM

nazzse replied at 1-5-2020 07:42 PM
Tau takpe, channel drama sangat tulagi lah..Ramadhan kali semua channel ada zara zya..boring

Yeeee sampai cerita kat tv okey yg calon menantu tuan rumah tuh dia pun heroin adoiiiii punya ramai pelakon ada last2 muka desa tuh jugek heroin... bowringgggg

bondeh Publish time 1-5-2020 09:07 PM

nazzse replied at 1-5-2020 07:43 PM
Manis kan senyum dini...sesuai plak 2 ni belakon sekali..dua2 kecil molek

Betul2.... Leon+Zalikha lagi match dari Lailer+Jekfer haha

pearl.silver Publish time 2-5-2020 06:15 AM

nazzse replied at 1-5-2020 07:40 PM
Kan, untung JN dapat laki mcm ni..

Ayuk la jn
Nnt ramai pompuan dok kejar dini
Mcm dlm drama ni..
Hahahaa..
Boleh plak doktor tu cerita detik2 dia crush kt leon dpn bini.. Klu i jd zalika pun berbulu dgr..

pearl.silver Publish time 2-5-2020 06:17 AM

bondeh replied at 1-5-2020 09:07 PM
Yeeee sampai cerita kat tv okey yg calon menantu tuan rumah tuh dia pun heroin adoiiiii punya rama ...

Menantu tuan rumah tu cerita ramadhan tahun lps kot.. Slot leon zalika ni..
Tp x tgk ending dia..
Dlm cite tu baru knal ank manrose yg sorg tu.. Aprilia kot..
Tp dlm citer tu watak zara zya x menonjol sgt kn walau dia heroin..

bondeh Publish time 2-5-2020 08:05 AM

pearl.silver replied at 2-5-2020 06:17 AM
Menantu tuan rumah tu cerita ramadhan tahun lps kot.. Slot leon zalika ni..
Tp x tgk ending dia.. ...

Oh iyelah 2019... ye Zara zya tak menonjol sangat walau nama 2nd dlm list... yg menonjol watak si Dayana Roza... oh si Aprena...

pearl.silver Publish time 9-5-2020 05:30 AM

Bengap gila tgk cite ni..
Haritu cam best dah.
Harini bodoh sgt plak zalika tu

masdiana-ana Publish time 10-5-2020 01:21 PM

untunglah riena 3 drama dia tayang edisi ramadhan kali nie..leo zalika, kampung people dan Nur...tiga2 watak yg berlainan..iols baca tweet kata byk yg tak perasan lailer dan deeeja dilakonkan oleh perlakon yg sama mcm mana bagusnya lakonan dia
dini ada improve dlm lakonan gadingan dini - riena sesuai cuma iols lg suka gadingan lailer-jekfer:loveliness:

pearl.silver Publish time 10-5-2020 06:32 PM

masdiana-ana replied at 10-5-2020 01:21 PM
untunglah riena 3 drama dia tayang edisi ramadhan kali nie..leo zalika, kampung people dan Nur...tig ...

Dlm nur tu iols perasan doktor yg nak kat deeja tu, si firas dlm leon zalika..
Elok pulak berdua ni berlakon sama2..

momoruru Publish time 11-5-2020 07:36 AM

Drama wajib tonton ni. Asal pukul 10mlm siap-siap duduk dpn TV. Cerita ni best, vibe rom-com dia best walaupun lite2 je, suka watak Anita walaupun berpakat dengan Dayana & Firas, takde plak nak benci Kat watak dia yg gedik tu, cuma time ngan mak ayah dia je nampak perangai dia lain sikit. Sama mcm Firas, watak jahat yg blur-blur ayam; nak kata Ada plan nak dapatkan Zalika mcm tak Ada; apa plan dia pun tak taula...selain dari duk mengendap Zalika
Dini dan Riena cantik betul kimia dorang..mak I yg tgok cerita ni pun boleh puji-puji cakap padan betul budak berdua ni...

masdiana-ana Publish time 11-5-2020 02:10 PM

momoruru replied at 11-5-2020 07:36 AM
Drama wajib tonton ni. Asal pukul 10mlm siap-siap duduk dpn TV. Cerita ni best, vibe rom-com dia bes ...

haah konflik dia tak berat santai2 jer..dini pun soft spoken tambah dgn riena yg suara manja tue..anita tue watak antagonis tapi watak dia x adalah sampai org benci maybe baru pertengahan episode..chmeistry dini-riena menjadi cuma pasal riena dah berlakon dulu dgn hun hakiem sobyk yg suka chemistry riena-hun lagi..lgpun drama nie mcm low sikit dari ratingpasal tayang kt tvokay bukan kt stesen tv popular mcm tv3 dan astro.

masdiana-ana Publish time 11-5-2020 02:49 PM

pearl.silver replied at 10-5-2020 06:32 PM
Dlm nur tu iols perasan doktor yg nak kat deeja tu, si firas dlm leon zalika..
Elok pulak berdua...

yes firas tue ada berlakon watak dr mukrif dlm nur..iols perasan riena nie Fav untuk stesen tvokay haritue pun baru lakonan dia arjuna cinta krisya pun tayang kt tvokay tapi sayang hero kayu klaulah dia dpt berlakon jadi heroin slot2 famous mcm akasia kan best..tidaklah asyik muka sama jer slot tue..
Pages: [1] 2
View full version: LEON ZALIKHA (TV Okey : Riena Diana & Dini Schatzmann)


ADVERTISEMENT