WhyOhWhy2019 Publish time 30-4-2020 05:17 PM

Nasihat dan Pandangan Please

Edited by WhyOhWhy2019 at 30-4-2020 05:20 PM

Hi Forumers,

Nama I Stella, I tinggal di Sarawak. Suami I orang Sabah. I perlukan pandangan u all berkenaan masalah I.

I kawen sepuluh tahun and I and suami dapat anak lambatlah juga. Tapi kami tiada masalah berkenaan anak, ada atau tiada kami terima saja.

Masalah kami bermula dua tahun lepas, suami I kena depression. Bila suami depression biasanya dia gagal memberi sokongan emosi kepada isteri, jadi dua tahun la I bingung di rumah, uruskan anak, uruskan kerja rumah serta kerja hakiki I.

Mengapa suami I depression? Mengikut perjumpaan bersama doktor faktor utama ialah keluarga iaitu mertua. Dia jadi sensitif bila ada isu berbangkit berkenaan mertua.

Dua tahun I bersabar melayan karenah dia, masih tiada impak positif yang mampu buat I lega. Selang beberapa lama pasti ada isu-isu yang dicetuskan yang membuatkan suami depressed. Tapi tiada dia meluahkan pada mertua, I yang tinggal serumah terpaksa berhadapan pelbagai situasi yang kurang menyenangkan.

Malah pada I mertua sendiri kurang memahami dan sukar menerima hakikat tentang sakit anaknya. Malah ada beberapa tindak tanduk dan tutur kata mereka membuatkan I sedar I seperti tiada nilai pada mereka. Disebabkan itu, I kurangkan interaksi dengan mereka dan banyak berusaha sendiri kerana I nak menjaga emosi dan fikiran I daripada terganggu oleh negative vibes yg mungkin sengaja atau tidak disengajakan.

Sekarang rumah tangga I masih mengalami fasa peperangan dengan depression. I memang sudah terfikir untuk membuat exit plan. Tapi I kesian sama suami I kerana suami I memang seorang suami yang bertanggungjawab terhadap I sebelum dia depressed, I nak lawan untuk bantu dia sebab tiada dia buat salah sama I selama ni.

Tapi I nampak dia tak mampu untuk berjuang bersama I. I nampak macam I akan kalah, but I'm not willing to give up just yet. Tapi I juga kadang rasa tak mampu nak handle tekanan dengan anak, dengan dia yang tiba tiba flare up, I juga bekerja.

salmon-suki Publish time 30-4-2020 05:45 PM

Lorrr..masalah dgn mertua tu maksudnya dgn his own parents?masalah apa sis?mind to share here?

lattehazelnut Publish time 30-4-2020 06:40 PM

U tinggal dgn mertua ke?
Keluar n sewa rumah je la..
N better suami u gi jumpa psychiatrist..

Catpaw Publish time 30-4-2020 06:46 PM

Tinggal dengan mentua ke? So berhijrahlah... dah kat situ takda ketenangan... makin melarat nanti sakit suami tu. Kalau tak duduk dekat, duduk je jauh sikit.

t_hahahaha Publish time 30-4-2020 06:58 PM

untuk org islam, sebenarnya i baru tahu kita bole buat aduan kat pejabat agama dan kaunseling untuk inlaw ni kalau kita takde ketidakpuasan. ye la nak gaduh dengan diorg ni ade je karang kita kalah. sekurang2nya ada la org ke3 bole bagi nasihat. lepas keluar la dari rumah tu

CiliPadiSedap Publish time 30-4-2020 07:43 PM

takpe masalah sis akan diselesaikan dalam thread ni, dont worry, drink bubble tea ye

WhyOhWhy2019 Publish time 30-4-2020 07:55 PM

Edited by WhyOhWhy2019 at 30-4-2020 07:57 PM

Untuk rekod,

I memang sudah bawa suami I jumpa pakar psy n kaunselor dan sekarang memang on going treatment. Tapi dia selalu jadi depressed dan moody di rumah, I kena hadap ni for the past two years dan biasanya bila I siasat puncanya keluarga la.

Punca depressed dulu dia kerja di semenanjung, lepas tu ada masalah di tempat kerja, pada masa sama mak mertua asyik mengadu sakit. Pada I sakit itu tidak serius cuma mahu perhatian dan ada luahan-luahan adik beradiknya di sosial media seolah-olah tiada harapan mahu hidup sudah. Jadi mungkin tekanan berterusan dia hilang fokus sehingga depress, masa tu dia ambik keputusan balik sebab mahu menjaga mamak dia. Tapi bila kami balik ok sudah mamak dia malah xmahu juga operation.

Akibat kami balik kami kena bayar ganti rugi kerana ada perjanjian, tapi sekarang masih dalam peringkat perbincangan. Bagi saya mereka bukan jahat, tapi sifat suka berlebih lebihan menyumbang kepada masalah ini.

Lagi juga, I memang tidak tinggal dengan mertua tapi agak dekat. Selalu juga mereka datang. Masa mula2 pulang I mengadu tapi mereka in denial dan selalu tidak setuju usaha I mahu berubat. Malah ada kata-kata negatif dilemparkan pada I, sebab itu I usaha seorang diri.

Punca dia selalu depress dengan family sebab mereka tidak sensitif dengan dia, contoh membelakangkan dia, mau keraian 1 kampung sedang tahu dia xmampu jumpa ramai orang lagi. Beritahu masalah dia pada orang yang tidak sepatutnya, menulis perkara-perkara remeh temeh seperti diari sedang kita tahu pesakit depression sangat sensitif, sudah I beritahu tapi tiada juga perubahan.

Oldbitty1 Publish time 30-4-2020 08:01 PM

I feel u TT. Suami confirmed diagnosed depression ke? His doc would prescribe anti depression tablets. Kena ambik. Normally klu dia tengah depression, he feels like living in under a dark cloud. That tablets would help him. It may take lama sikit to recover. But InsyaAllah he would go through. Just be patient with him. As suggested by other forumers, if you live with them / around them, pindah lah / distant yourself frm them. Take care TT and be strong for him and family.

WhyOhWhy2019 Publish time 30-4-2020 08:03 PM

Oldbitty1 replied at 30-4-2020 08:01 PM
I feel u TT. Suami confirmed diagnosed depression ke? His doc would prescribe anti depression tablet ...

Major Depressive Disorder, memang on ubat

WhyOhWhy2019 Publish time 30-4-2020 08:13 PM

Edited by WhyOhWhy2019 at 30-4-2020 08:14 PM

The truth is I just want some opinions from people who barely knew me.

Di tempat kerja tiada satu orang pon tahu masalah saya, melainkan beberapa orang kawan. Dan pasti ramai yang tidak jangka saya ada masalah kerana I selalu nampak presentable dan selalu juga buat lawak dan banyak ketawa. Tapi family I tahu, cuma mereka bagi sokongan dekat I, tidak juga jadi batu api.

It's just that to think that you are losing someone you love so much because of depression, it hurts so much. The person is no longer that very same person you knew and adored. Bukan dimentia saja buat kita hilang orang kita sayang, depression pon sama, cuma kalo kita usaha mungkin kita boleh berhasil bantu dia. Tapi bukan semudah itu, mental dan fizikal kita juga mau kuat.

Genkidesuka Publish time 2-5-2020 12:19 AM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Apa yg you as a caregiver tgh rasa ni sebenarnya ialah simptom burnout.Kalau biarkan, you pun boleh dpt depression.Empower yourself sebelum terlambat.You yourself know that you have to take care of yourselfemotionally, mentally n physically kan?Keluarga mertua tidak memahami tu biarlah.It is beyond your control pun.

Kalau dlm Islam, kami percaya Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya.   Kapasiti kekuatan kita ni tidak terbatas sebenarnya.Yg membataskan kita ialah diri kita sendiri.   

Satu lagi kami percaya baik atau buruknya sesuatu itu Allah lebih tahu kerana Dia Maha Mengetahui sedangkan kami tidak mengetahui.   Jadi seeloknya kami serahkan segala\nya kpd Dia.All we have to do is be patient n be content with His decree.He will ease everything for us n it will start with our heart - our inner peace.

Stay strong, Stella.You have it in you.We all have it in us.

Covid19 Publish time 4-5-2020 05:40 PM

Tak tahu nak cakap.apa..berat ujian utk tt ni..:(

zamzuri_a Publish time 28-5-2020 09:54 PM

WhyOhWhy2019 replied at 30-4-2020 08:03 PM
Major Depressive Disorder, memang on ubat

Depression boleh diubati. Saya cadangkan guna kaedah NLP (Neuro Linguistic Programming) atau hypnotherapy sebab kaedah ni lebih berkesan. Saya sendiri guna kaedah-kaedah ini untuk merawat client di sekitar KL dan Selangor. Sila whatsapp saya di 0192614742. Mungkin saya boleh rujuk awak kepada pengamal NLP di Sabah dan Sarawak.

supernaturalee Publish time 29-5-2020 04:22 AM

How are you tt
Ape perkembangan skrg
Hopefully yg baik2

copy_paste Publish time 30-5-2020 09:14 PM

jauhkan dulu dia dari keluarga dia buat sementara waktu,dispress ni masalah besar jgk ni,
kalau x rawat jd makin teruk,
kawan aku ade sorg dahh jd mcm tu,life in daniel, kerja x boleh,duduk rumah harap mak bapak tanggung,padahal kawan2 sebaya lain dah berkeluarga
Pages: [1]
View full version: Nasihat dan Pandangan Please


ADVERTISEMENT