melnanzz Publish time 28-4-2020 12:36 AM

DEGUP CINTA [Astro Megadrama: Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni R

Degup Cinta
slot Megadrama
saluran Astro Ria & Ria HD
setiap hari Isnin hingga Khamis
10 malam



Saksikan drama bersiri 'Degup Cinta' adaptasi daripada drama Turki berjudul Ruzgarin Kalbi. Dibintangi oleh Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni Razak dan ramai lagi. Drama terbitan Three Line Media Sdn Bhd, arahan bersama Shahrulezad Mohameddin dan Noorsyahida. Disiarkan mulai 27 April 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria HD saluran 104 dan Astro Ria saluran 124.

JUDUL : DEGUP CINTA
EPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : 27 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 124 & Ria HD 104)
PENULIS SKRIP : Maizura Mohd Ederis
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin, Noorsyahida Mohd Radzali
PRODUKSI : Threeline Media Sdn Bhd
PELAKON : Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaryn Min, Laila Nasir, Faez Nick, Hanif Safuan, Sahronizam, Ruzana Ibrahim, Cinta Deline, Shuhanty Hanafiah, Zalfa Zin

WATAK PELAKON
Josiah Hogan sebagai Reza
Shiqin Kamal sebagai Zahlia
Mathni Razak sebagai Haikal
Juliana Evan sebagai Jasmin
Zaryn Min sebagai Ana
Zalif Sidek sebagai Amran
Shuhanty sebagai Amira
Faez Nick sebagai Chef Umar
Hanif Safuan sebagai Firdaus
Sahronizam sebagai Kamal (Paksu)
Laila Nasir sebagai Mariani
Cinta Deline sebagai Ayu

SINOPSIS DEGUP CINTA
Pertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza membawa diri setelah setelah kematian isterinya, Jasmin akibat kemalangan. Apabila Reza pulang semula ke Malaysia, dia bertemu Zahlia yang pengsan di kawasan chaletnya. Zahlia patah hati setelah melihat tunangnya, Haikal bersama gadis lain

Zahlia sebenarnya mempunyai sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Zahlia curiga siapa Reza yang tinggal di chalet mak ciknya, Ana.

Zahlia pergi ke majlis perkahwinan sahabatnya dengan Reza sebagai kekasih baru untuk membalas dendam pada bekas tunangnya, Haikal.

Haikal mencari kembali Zahlia dan mengupah orang untuk menyiasat siapa Reza. Zahlia dan Reza meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih dihadapan Haikal.

GAMBAR PELAKON





QUPBzT0Z3Qk

bedahmenjuyah Publish time 28-4-2020 05:50 AM

Apa pasal nampak seksa hero dukung heroin? Berat sangatkah
Btw ju evans lebih layak jd heroin based on rupa dan penampilan.
Ghitu meols bias...

selipar_hijau Publish time 28-4-2020 07:16 PM

bedahmenjuyah replied at 28-4-2020 05:50 AM
Apa pasal nampak seksa hero dukung heroin? Berat sangatkah
Btw ju evans lebih layak jd heroin based ...

Kan. Tgok2 awal pulak kiok nya

duquesne Publish time 29-4-2020 02:33 PM

Baru 2 episod.. so far boleh layan..... JH kan.. kadang2 nampak handsome.. kadang2 nampak semak.. tapi dia ni kira not bad la lakonan dia

ariellin Publish time 29-4-2020 10:15 PM

Lawa heroin.. suka tgk muka dia.. tp rimas dgn rmbut hero, klau kemas mesti ensem
Cukuplah utk buat isi masa terluang musim pkp

bedahmenjuyah Publish time 30-4-2020 06:51 PM

duquesne replied at 29-4-2020 02:33 PM
Baru 2 episod.. so far boleh layan..... JH kan.. kadang2 nampak handsome.. kadang2 nampak semak.. ta ...

Yup dia boleh berlakon. Padahal dah besar baru pindah sini kan. Tak de la pelat ke apa

duquesne Publish time 1-5-2020 09:33 AM

bedahmenjuyah replied at 30-4-2020 06:51 PM
Yup dia boleh berlakon. Padahal dah besar baru pindah sini kan. Tak de la pelat ke apa

Eh tak ler.. dari kecik dia dah pindah ke sini.. sekolah kat sini semua.. sebab tu tak pelat. Cuma.. kot dia ikat rambut dia tu.. nampak kemas dan lebih hensem.. sekarang ni agak serabut dan semak :lol:

hayrin86 Publish time 2-5-2020 09:12 AM

Dah ada ke? Chandelier yang tempoh hari macam mana?

Tunan Publish time 3-5-2020 05:28 PM

byk nye episod smpi 26
Pages: [1]
View full version: DEGUP CINTA [Astro Megadrama: Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni R


ADVERTISEMENT