Lillily Publish time 27-4-2020 07:09 AM

Gemuk je ke yang diorang nampak kat aku?

Aku dah kawen almost setahun. Dari waktu tunang sampai sekarang asyik gemuk je yang aku dengar dari family in law aku. Family in law aku yang perempuan sgt jaga body. Mcm my MIL pun slim lagi berat tak sampai 60kg. Aku ni berat 77kg. Dari dulu before kawen dh mmg gemuk. Tapi dari dulu smpai skrg tu je la highlight nye. Sampai adik ipar aku dok gelar aku Doraemon. My in law selalu dtg melawat tapi setiap kali melawat asyk tanya dah kurus belum. Stress aku. Hubby aku pun xde la kurus tapi somehow sbb aku perempuan benda tu jadi issue pulak. Bila keluar pun saja je ajak aku beli baju paksa2 aku try then kata xtau muat ke tak tapi still paksa aku try. Tau la org gemuk mmg susah nk cari saiz tu aku jarang beli baju kedai biasa aku crk kedai plus size senang nak jumpa. Ni bila aku try xmuat jd bahan gelak pulak. Jadi tak seronok kumpul satu family. Tau la husband aku punya ex kurus2.Tu belum lagi bila makan sama2 mesti nak tau byk mana aku makan, cepat mana aku makan. Mcm aku ni pelahap sgt je. Lepas tu bila jumpa anak menantu kwn2 mesti akn mention kurus slim nye as if ditujukan kat aku. Bila aku balik tak habis puji anak jiran comel kurus. Macam obses ngn kurus. Bila msj pun asyk dok mention pasal body pasal kurus. Lama2 aku jd malas nk reply. Ye la aku tau la gemuk ni satu flaw tapi aku benci bila diorang define aku dgn saiz aku padahal byk lagi benda lain yg boleh dijadikan modal borak. Aku tukar topic pun still akn mention jugak. Bila balik mesti tgok makin gemuk ke tak. Adik ipar aku pun sama. Sakit hati aku. Husband aku tak cakap apa pun

Lillily Publish time 27-4-2020 07:10 AM

Bila aku minum air sejuk pun jd isu dok kata patut la perut buncit minum ais je

salamon Publish time 27-4-2020 07:20 AM

bertabah lah sis...gemok is awesome..lau kurus tp perangai busuk xguna jgk..skrg ni dah ada law utk bodyshaming...sis report je polis ..bior deme kena dakwa ...bior deme ni takut nk mengate sis lgi dah

Fur Publish time 27-4-2020 07:23 AM

Edited by Fur at 15-10-2020 11:13 AM

Lillily replied at 27-4-2020 07:10 AM
Bila aku minum air sejuk pun jd isu dok kata patut la perut buncit minum ais je
x rasa minum sejuk punca buncit sis.

Sis. Sis try bincang dgn husband. Betul ke dia terima diri mu seadanya. Kot2 husband pun mengharap sis kurus mcm girls dlm familynye tp xnk ckp.

Tp kalau betul husband sis syg sis n terima diri sis seadanya wpun gemuk n x pernah kutuk2 fizikal sis, syukur sgt.
Yg penting sis jaga kesihatan n jgn sampai mengundang penyakit. X perlu obses dgn kurus asal sis dlm lingkungan normal dah cukup.

Be +ve ye sis. Maaf x pandai bg nasihat. Sis jaga diri n jaga hati sis.

sarahmirza Publish time 27-4-2020 07:43 AM

Gemuk ni pun kadang sebab hormon.
Ada kawan i gemuk abadi sebab dia ada asthma tahap amik ubat yang sebabkan dia gemuk.. steroid rasanya..
Ada juga gemuk sebab kurang melakukan aktiviti fizikal, kurang berpeluh dan tak menjaga pemakanan..

Amalkan FITT ya...kekerapan senaman yg konsisten 2-3 kali seminggu, bebanan senaman samada ringan atau sederhana, jangan terlalu berat nnt terkejut pulak segala otot... masa senaman 2-3 kali seminggu tu mungkin 20min setiap sessi dan jenis senaman yang nak dibuat... lari kat atas treadmill ke, naik turun tangga ke, plank, russian twist, jumping jack etc....

Lepas tu, kurangkan makan minum yg manis bergula dan banyakkan minum air... cuba stop ambil segala yang bergula for a week, cukup la 1 week je dan tengok perubahannya..

Gemuk ni bagi sesetengah orang lambang kemalasan.. maaf la kalau terasa but itu pandangan sesetengah orang. So, mari la kita menjaga kesihatan diri sendri, tak perlu kata suami terima seadanya... kita yang sepatutnya terima diri kita seadanya dan sayangi diri kita dengan hindarkan risiko penyakit2..

Erti kata lain, i pun syorkan u turunkan berat badan. 77kg for a lady memang gemuk la.. tak kisah berapa tinggi u, tak mungkin lebih 165 kan...

Nes3in1 Publish time 27-4-2020 07:45 AM

Gemuk air jer kot

kaoru44 Publish time 27-4-2020 08:00 AM

Mulut orang kan..kalau tt rajin usaha turunkn skit berat..
I pun sjak2 dh tua ni makan tu makin selera..tapi tetap jaga la kalori intake sbb nk maintain berat skrg..
Puasa2 ni byk boleh turun..

ikanmasin Publish time 27-4-2020 08:40 AM

laki tt ni mmg ikhlas ke terima tt,dah tau kan tt mcm mana ptt nya laki tt backup tt lah,dah mmg pilihan dia kan kahwin dgn tt,terus terang jer lah dgn laki tt,jgn simpan lama2 kang meletup jd lain pl.pendam lama2 pun bole memudaratkan perasaan tt kan...ni laki tt bole lg sindir2 tt.sorry to say lah tt makin ko biarkan makin menjadi2 pl laki ko dgn family nya mlt longkang..habit yg tak bagus mcm tu tau..

Lillily Publish time 27-4-2020 08:46 AM

ikanmasin replied at 27-4-2020 08:40 AM
laki tt ni mmg ikhlas ke terima tt,dah tau kan tt mcm mana ptt nya laki tt backup tt lah,dah mmg pil ...

My husband xpnah kata apa pun. Dia selalu puji cantik nak boost my self esteem. Just family dia je. Sbb my husband pun xde la kurus sgt

Lillily Publish time 27-4-2020 08:46 AM

kaoru44 replied at 27-4-2020 08:00 AM
Mulut orang kan..kalau tt rajin usaha turunkn skit berat..
I pun sjak2 dh tua ni makan tu makin sel ...

Tu la. Hopefully puasa ni turun la kan

Lillily Publish time 27-4-2020 08:49 AM

Fur replied at 27-4-2020 07:23 AM
I x rasa minum sejuk punca buncit sis.
Tp jgn mkn ice yg ketul2 tuu.... Yg tu mmg x elok.



Nope. Dia xpnah paksa I diet ke apa. Dia mmg xkisah. Family dia je kisah lebih

ikanmasin Publish time 27-4-2020 09:00 AM

Lillily replied at 27-4-2020 08:46 AM
My husband xpnah kata apa pun. Dia selalu puji cantik nak boost my self esteem. Just family dia je ...

abis tu sapa yg ajak paksa2 tt g try baju tu?

Lillily Publish time 27-4-2020 09:03 AM

ikanmasin replied at 27-4-2020 09:00 AM
abis tu sapa yg ajak paksa2 tt g try baju tu?

My in law bila dtg melawat bila outing

ikanmasin Publish time 27-4-2020 09:05 AM

Lillily replied at 27-4-2020 09:03 AM
My in law bila dtg melawat bila outing

oh ingat husband tt sbb ayat2 mcm husband tt yg ajak g beli baju bagai2 tu..bgt jer lah kat husband tt.mana tau husband tt bole slowtalk jer dgn mak dia.nnt mak dia bole bgt kat yg lain2.sila jaga mulut tu baik2...

Fur Publish time 27-4-2020 09:32 AM

Lillily replied at 27-4-2020 08:49 AM
Nope. Dia xpnah paksa I diet ke apa. Dia mmg xkisah. Family dia je kisah lebih

Minta husband tegur in law n semua yg mulut xde insurans tu supaya jgn ckp benda tu lg depan sis.
Husband patut backup sis. Bkn diamkn diri.

Genkidesuka Publish time 27-4-2020 09:53 AM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Mulut org ada je nk ckp.Berdosa sakitkan hati n ejek2 org ni tp tu la kan, org kita pndg ringan je benda ni.

Sbbkn kita tk boleh control mulut org lain, kita control diri kita je la.Fikir positif je dik.Ada sbbnya Allah izinkan org lain tu kata mcm2 to u.   Anggaplah dorang ambil berat tentang ur health.Sama2lah kita jaga kesihatan both body n mind ye, Insya Allah.

Deidra Publish time 27-4-2020 11:50 AM

kaoru44 replied at 27-4-2020 08:00 AM
Mulut orang kan..kalau tt rajin usaha turunkn skit berat..
I pun sjak2 dh tua ni makan tu makin sel ...

Tua nya laaaaa dia..hahahahahahah..

Ok stop gelak.pose pose

Deidra Publish time 27-4-2020 11:54 AM

I ada tgk satu video yg psl ppuan ni kena dumb dgn suami sndiri sbb size bdn dia lah..gigihla dia berexercise work out segala..so basically video dia tu adalah sepanjang proses dia nak kurus, and guess what, at the end of story dia slim melimmmmm.

Very inspiring story indeed.

Megikari Publish time 27-4-2020 11:58 AM

Hai tt.. I pernah berada kat tempat u. Dulu i pernah cecah 90+ kg huhu. Family in law pun semua kurus2 selim macam model. Bila ambil gambar raya nampak la i sorang je membadak dalam gambar tu. Cuma bezanya mulut diorang tak sekejam family mertua u kot walaupun i memang selalu terasa jugak. Laki i pun tak pernah suruh i kurus ke apa. I decide nak turunkan berat sebab faktor kesihatan, n nak nampak cantik bila jalan dengan laki.

This is what i did. I cut semua sugar, tapi still makan nasik. Pastu rajin2kan diri buat plank dengan light exercises dua ke 3 kali sehari. Kat opis pulak i banyakkan berjalan laju, park kereta pun jauh2 dari building. Tido cukup, minum air banyak. Dalam 2 tahun lebih i turun ke 56kg. Memang lambat n susah sangat mula2 tu, sampai i nangis2 n rasa macam nak telan pil kurus je. Tapi alhamdulillah berjaya jugak.

So tt boleh slow2 cuba kalau nak. Tapi kalau tt sendiri rasa selesa dengan badan tt, no one has the right to tell u otherwise. Kita memang tak boleh nak tutup mulut orang.

yuki812 Publish time 27-4-2020 12:00 PM

i assume u takde anak lagi kan..still not pregnant yet dan sihat walafiat.

maaf cakap..i tak leh terima perempuan yg lum kawin atau ada anak 1 @ 2..dia tu gemuk..melainkan perempuan tu ada sakit, dan perlu bergantung pada ubat..dan kadang faktor ubat yg membuatkan dia gemuk. tu pada i dimaafkan. kesihatan lebih penting.
kalau takde anak pun u dah badan besar..boleh tak imagine badan u lagi 5 tahun..10 tahun camne?? bila u dah ada anak..buat family planning..pernah fikir tak badan u camna?

tak nak lah cakap yg husband tak kisah..terima seadanya fizikal u. he is human tau. manusia ni hatinya boleh berubah. bukan malaikat. kalau hari2 disogok yg kurus2..lama2 dia pun terfikir dan maybe membandingkan u ngan ur mil yg dah berusia pun pandai jaga badan. kalau dia betul2 tak kisah, dia sendiri akan protect u dan akan tegur family dia supaya jangan kutuk u. dia puji u, sebab nak jaga hati. ntah2 dia pun harapkan sama gak u akan kurus.

i pernah dengar somebody cerita kat i, ada sorg suami dia cakap direct kat isteri dia..kalau u gemuk, i memang akan cari lain. tapi secara tersiratnya dia nak isterinya sihat..bersenam..jaga pemakanan. bila badan sihat, nak jaga ank pun senang..ajar anak makanan healty, jaga kesihatan. anak bukan dah besar, kecik2 lagi. kang mak bapak sakit, sape pulak nak jaga ank.

so..masa free ni lah..try kuruskan slowly dan buat secara healthy. bila dah kurus, u punya confident level pun tinggi..so u pun takde lah lagi dikutuk2 tu semua. amik positif je apa yg mereka kutuk. mereka nak u sihat..

good luck ye.
Pages: [1] 2 3
View full version: Gemuk je ke yang diorang nampak kat aku?


ADVERTISEMENT