adila39 Publish time 22-4-2020 09:55 PM

INFO - MITI

Edited by adila39 at 27-4-2020 12:50 AM

*Mengapa Operating Capacity (Kapasiti Operasi) atau OC penting dalam perniagaan?*

OC merujuk kepada tahap penggunaan kapasiti pengeluaran oleh sesebuah syarikat dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan mereka. Bergantung kepada jenis perniagaan, kapasiti pengeluaran sesebuah syarikat bergantung kepada peruntukan tenaga kerja, proses pengeluaran atau kebolehan teknologi syarikat.

Jika sesebuah syarikat beroperasi pada tahap OC yang rendah dalam jangka masa yang panjang atas sebab PKP, ia boleh memberi impak yang besar kepada kedudukan syarikat dalam pasaran dan juga keadaan kewangan syarikat tersebut. Ini kerana apabila syarikat ini tidak dapat memenuhi permintaan luaran, peluang perniagaan ini akan diambil oleh pesaing daripada negara lain.

Tambahan, apabila syarikat tidak beroperasi, ia hilang punca pendapatan dan akan mengalami masalah aliran tunai. Akibatnya, syarikat tidak akan mampu membayar kos tetap seperti gaji pekerja atau sewa serta kos-kos overhed seperti kos pentadbiran atau pemasaran.

Jika ini terjadi, syarikat dalam jangka masa panjang mungkin perlu mengurangkan kos mereka melalui pemotongan gaji, menghentikan pekerja atau yang paling buruk, menghentikan operasi seluruhnya.

Atas sebab ini sektor-sektor tambahan perlu dibenarkan beroperasi bagi *melindungi mata pencarian Rakyat Malaysia.*

#PKP3 #Proaktif
#MengimbangiEkonomidanKesihatan
#KitaJagaKita
#BarisanHadapanEkonomi

otai_g Publish time 22-4-2020 10:06 PM

hutang semua x pyh byr selama 6 bln. Ikutkan kalo cmpny byr separuh gaji, blh je nk survive.

kebnykn yg bising2 ni bkn org yg jenis hidup susah, tp yg jenis yg gaji ciput tp nk bergaya mcm org gaji 10k sebulan.

adila39 Publish time 22-4-2020 10:09 PM

otai_g replied at 22-4-2020 02:06 PM
hutang semua x pyh byr selama 6 bln. Ikutkan kalo cmpny byr separuh gaji, blh je nk survive.

kebn ...

miskin bandar la ya otai? sepatutnya company mmg perlu ada rizab utk situasi x dijangka bolehla cover balik.

adila39 Publish time 22-4-2020 10:20 PM

In case jika ada yg masih tak tahu.

CiliPadiSedap Publish time 22-4-2020 11:12 PM

adila39 replied at 22-4-2020 10:09 PM
miskin bandar la ya otai? sepatutnya company mmg perlu ada rizab utk situasi x dijangka bolehla co ...

:lol: air asia yg besar pun xde rizab sis harap bailout gov main golf lagi pegang buku agama lg;P sme yg kecil ni kalau xde cash flow kukuh habis di landa ombak.



Supersirap Publish time 23-4-2020 09:52 AM

Semoga dipermudahkan segala urusan.

adila39 Publish time 23-4-2020 10:05 AM

CiliPadiSedap replied at 22-4-2020 03:12 PM
air asia yg besar pun xde rizab sis harap bailout gov main golf lagi pegang buku agama lg...

Fight till the end orang kata...what ever it takes to survive!

adila39 Publish time 23-4-2020 10:06 AM

Supersirap replied at 23-4-2020 01:52 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan.

Amiin, tula kita doakan je semua dipermudahkan.

adila39 Publish time 23-4-2020 02:36 PM

latest info for today

adila39 Publish time 1-5-2020 09:26 PM


Latest info

adila39 Publish time 1-5-2020 09:27 PM

@nazzse

Supersirap Publish time 13-5-2020 12:14 PM

Supaya musibah ini dapat memberikan kita sinar baru dalam meniti kehidupan seharian, supaya kita sentiasa belajar daripada apa-apa rintangan terutama pandemik COVID19 ini

adila39 Publish time 3-6-2020 09:36 AM

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3487428561271699&id=127600903921165


jemput la join:)

adila39 Publish time 3-6-2020 09:37 AM

Info to everyone
Pages: [1]
View full version: INFO - MITI


ADVERTISEMENT