Raraamie Publish time 21-4-2020 11:46 AM

Bagaimana bercerai dengan tentera

Assalamulaikum semua,

Tolong bantu saya.. Saya dan suami dah berkahwin 3 tahun tapi dr mula kahwin suami byk pergunakan saya untuk kepentingan dia.
Saya banyak berhutang semata nak tolong dia.. Untuk pengetahuan semua,suami tentera dan dia banyak berhutang pernama & koperasi beliau.
Baru2 ini dia menyatakan hasrat nk kahwin baru sebab dia akan dpt duit markup untuk perumahan dia. Saya dah banyak kali nk bercerai dengan dia tapi saya x tahu bagaimana nk bercerai dengan dia.

Jika semua ada pengalaman dengan askar tolong bantu saya.

Terima kasih semua

PristineOne Publish time 21-4-2020 11:53 AM

Kejap ya sis.... Pokchik akan bantu nasihat.

PristineOne Publish time 21-4-2020 11:54 AM

Kena park dulu....tengahmalam baru Pokchik reply jawapan. Kena bersiap...nak kena pergi Ops Co19.

CiliPadiSedap Publish time 21-4-2020 12:23 PM

PristineOne replied at 21-4-2020 11:53 AM
Kejap ya sis.... Pokchik akan bantu nasihat.

bantu dia pakcik kasihan dia. kalau laki dia ugut pakcik turun bawa satu truck army kasi gegar laki dia:lol:

CiliPadiSedap Publish time 21-4-2020 12:23 PM

pristine one forumer trusted, kalau suami u ugut buli u, boleh mesej dia dan diaboleh bantu.

tagas Publish time 21-4-2020 12:29 PM

duit markup untuk perumahan

apo kobondo tu

duit turun dr langit ? :o

nuno Publish time 21-4-2020 12:41 PM

Tak report KAGAT ke?

dusunmind Publish time 21-4-2020 01:12 PM

Parked dulu.
Tunggu forumer pristineone advice.

otai_g Publish time 21-4-2020 01:14 PM

Er tetiba teringt cerita pok cik yg x sengaja tercontact crush dr hp lama. Adakah?

rospinki Publish time 21-4-2020 01:59 PM

tagas replied at 21-4-2020 12:29 PM
duit markup untuk perumahan

apo kobondo tu


duit mark up jual rumah ler. mungkin dia jual rumah member or sedara rega asal 100k dia m.up 10% gitu. tapi lama la nk dptnya.

fifie_olin Publish time 21-4-2020 02:53 PM

x guna tul jntn mcm ni
mmg nmpk sgt pentingkn diri
ada beza ke cerai org awam dgn tentera
x tau plk aku

manehnya Publish time 21-4-2020 04:29 PM

Knp tlg dia berhutang n susahkan diri?
Pastu hutang tu DH setel k yg nak cerai tu,

Apa beza nak cerai nagn Sumi tentera dgn marhaen?

Sazida Publish time 21-4-2020 05:48 PM

manehnya replied at 21-4-2020 04:29 PM
Knp tlg dia berhutang n susahkan diri?
Pastu hutang tu DH setel k yg nak cerai tu,



Sama jah prosesnya. Cuma kena melibatkan ustaz ustazah askar . Ada prosedur., tp majority askar mmg mcm tu. Dpt duit byk sikit. Berlagak nk kawen baru. Beli motor baru. Beli kereta baru. Beli handphone baru. Hutang kwn2 buat xtau. Mcm kes sis ni lah., btw sis, ko pergi je unit laki kau. . Sudah2 la tanggung hutang demi jantan xguna tu. Silap2 nama kau pun dia xletak sebagai waris kadim.

Sazida Publish time 21-4-2020 05:49 PM

Ko ikut je ape pocik pristine tu suruh. Tu pun kalau kau betul2 nekad nk bercerai la. Kalau duk 50-50 baik kau pikir dulu., tp sampai bila kan ko nk terus cmtu.,,

PristineOne Publish time 21-4-2020 10:35 PM

Sis Rara...

Begini..
Kita pecahkan isu ini pada 2 perkara.
Isu 1, Shuben tentera sis nak kahwin lagi satu - poligami

Isu 2, Sis nak bercerai tapi Shuben taknak lepas.

PristineOne Publish time 21-4-2020 11:11 PM

Bagi Isu 1 ( Shuben tentera nak poligami)

Penilaian jawapan Pokchik adalah tanpa mengambil kira Shuben tentera sis itu sama ada Tentera Darat atau Tentera Laut ataupun Tentera Udara ya....

Pokchik juga menganggap bahawa Shuben tentera sis itu adalah anggota Lain Lain Pangkat (LLP) bukan nya pegawai tentera. Penilaian ini berdasarkan sis mengatakan Shuben Tentera sis ada hutang Pernama dan juga koperasi ( tentera?).Pegawai Tentera amat jarang berhutang di Pernama dan juga jarang berhutang di Koperasi Tentera. Pegawai Tentera jika nak berhutang pun akan ambik dgn Bank Rakyat.

Sebenarnya, TAK TIMBUL Shuben sis nak berpoligami atau nak kahwin satu lagi tanpa menceraikan sis.
Sebagai anggota lain2 pangkat - Tak akan dan Tak mungkin dapat kebenaran untuk berpoligami.
Begini la....jangan kata nak kahwin poligami - Anggota tentera bujang yang nak kahwin buat kali pertama pun melalui banyak peraturan perkhidmatan tentera untuk berkahwin.
Mula mula kena maklum pada pegawai atasan ( immediate officer)...lepas dibenarkan dan disokong, kena isi bermacam borang di pejabat agama pasukan. Lepas tu ditemuduga oleh Pegawai Agama pasukan. Kemudian borang kebenaran tu kena bawa untuk dapat kebenaran oleh Pegawai Pemerintah, sebelum Pegawai Pemerintah sain..kena temuduga dulu...kalao Pegawai Pemerintah puas hati..dia akan sain....kalau dia tak puas hati...dia tak nak sain. Kena tahu apa syarat yg tak cukup dan kena mula proses kebenaran kahwin dari pasukan dari mula.
Dan kalau Pegawai Pemerintah dah sain --- belum lagi boleh akad nikah....jauh sekali berangan nak ada tarikh nikah. Bila kebenaran kahwin dari pasukan dah dapat dan Pegawai Pemerintah dah sain borang kebenaran tu , BARU BOLEH ke pejabat Pendaftar Nikah atau Pejabat Kadhi Daerah untuk dapatkan kebenaran berkahwin dari Pendaftar Nikah . Dalam borang nak kahwin oleh semua Jabatan Ugama setiap negeri dan Wilayah Persekutuan ada tercatit - Surat ( borang) Kebenaran Berkahwin dari pasukan ( bagi tentera). TANPA kebenaran ini Pejabat Ugama dan Pendaftar Nikah dimana pun tak boleh proses urusan pendaftaran nikah kahwin ini. Walaupun kenal Ketua Hakim Syarei sekalipun - perkahwinan tak boleh dilakukan selagi pengantin anggota tentera tak dapat surat kebenaran kahwin dari pasukan.

Itu bagi anggota tentera bujang, bagi anggota tentera acah nak berpoligami pula....baru nak cakap niat kat sarjan pejabat ugama ( belum jumpa pegawai agama pasukan) ..Sarjan Pejabat Agama tu dah ketawa berdekah dekah.....lepas istighafar..Sarjan tu akan cakap " lupakan lah angan angan mu itu Mat".
Pasal apa? Sebab tak akan lepas permohonan poligami tu di peringkat Pegawai Atasan ( immediate officer) apatah lagi untuk diproses oleh Pegawai Agama Pasukan.....dan jauh sangat akan diberi kebenaran oleh Pegawai Pemerintah.

Jadi Sis.....Shuben Tentera Sis TiDAK AKAN berpoligami. Gerenti!!!

Dan jika Shuben sis kahwin sindiket atau kahwin secara nikah oleh wali perempuan tanpa didaftarkan - jika didapati oleh pasukan - tindakan tatatertib ( lost seniority.....atau kena kopek pangkat dan maksima terus ditamatkan perkhidmatan atas sebab tatatertib)Mandatori semua hukuman tu - tak boleh cerita runding.

Jadi kot mana Shuben tentera sis nak poligami? Hanya melainkan shuben tu ceraikan sis dan kahwin dengan gelpren carasnya itu.

ikanmasin Publish time 22-4-2020 06:50 AM

penerangan ygbgs ni dr pacik pristine..kecuali mmg laki tt tu nak nikah senyap2 kat nun di sana..hrp2 tt bersedia..ni baru isu psl poligami utk tentera..

wallflower Publish time 22-4-2020 05:36 PM

Tunggu ulasan isu 2 pula.

zuri154 Publish time 22-4-2020 06:17 PM

tentera yg kategori LLP mmg byk hutang. ada yg gaji bersih dlm payslip tinggal rm9.90. nangis kalau minik tau laki dorg kuat berhutang. mujur ada tolak peruntukan buat isteri. kira nafkah utk isteri yg ditolak thru payslip. kalau xde peruntukan tu... mati hidup balik tak merasa la para isteri tentera duit nafkah dari suami mereka.

bracebintang Publish time 23-4-2020 07:34 AM

Edited by bracebintang at 27-9-2022 02:07 PM

--deleted post--
Pages: [1] 2
View full version: Bagaimana bercerai dengan tentera


ADVERTISEMENT