RESIPI IKAN BAKAR BUAT ANDA TERLUPA RESTORAN IKAN BAKAR FAVORIT...
Edited by rohayatimat at 18-4-2020 09:23 PMKadang-kadang teringat juga restoran ikan bakar kegemaran yang selalu dikunjungi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Malah ada yang sanggup memandu lebih 100 km demi untuk menikmati hidangan ikan bakar ini.
Kecor air liur bila terbayang siakap bakar yang dihidangkan di atas meja, nak pergi had pergerakan tidak lebih dari 10 km., terpaksalah pendam keinginan tu sehingga PKP ni tamat.
Jangan bimbang kami bantu anda untuk nikmati ikan bakar sedap, pasti selepas ini anda tak ingin berkunjung ke restoran kegemaran lagi. Rasanya pasti sama atau mengalahkan apa yang anda pernah nikmati di restoran kesukaan.
Malah kos mebuatnya pun murah, apa tidaknya 1 ekor siakap segar seberat 800 gm ini cuma RM10 sahaja. Kami membelinya semalam semasa berkunjung ke Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.
Cara buatnya sapukan 2 sudu besar ibu sambal pada ikan yang telah dilumur garam kunyit terlebih dahulu, letakkan serai yang telah diketuk dan tabur hirisan halia. Nak tabur petai pun boleh juga. Kemudian panggang dalam kuali menggunakan api dapur selama kira-kira 15 minit.
Selamat mencuba...kami pasti anda tidak lagi teringat restoran ikan bakar kegemaran.
Boleh celen ikan bakar ni tak :lol: pearl.silver replied at 18-4-2020 09:55 PM
Boleh celen ikan bakar ni tak
Wah!!! Balut dengan daun kunyit, bakar pais ni...harummmm...tunjuklah gambar yang dah siap dibakar juga...
rohayatimat replied at 18-4-2020 10:24 PM
Wah!!! Balut dengan daun kunyit, bakar pais ni...harummmm...tunjuklah gambar yang dah siap dibakar ...
Bukan i punya..
Hehe pearl.silver replied at 18-4-2020 10:27 PM
Bukan i punya..
Hehe
Ooooo...tak apa...yang akak buat ni bakar musim pkp, tu yang guna aluminium foil...biasa guna daun pisang...:loveliness:
Best ni..pernah buat dulu masa eat clean KIM.K replied at 18-4-2020 11:53 PM
Best ni..pernah buat dulu masa eat clean
Bagus ikan bakar ni...baik untuk kesihatan...sekarang sis dah tak buat ke...
Nampak sedap, boleh try buat bulan puasa nanti. Biasa beli kat bazar ramadan, susah nak jumpa betul2 sedap. kruzaman replied at 21-4-2020 04:01 PM
Nampak sedap, boleh try buat bulan puasa nanti. Biasa beli kat bazar ramadan, susah nak jumpa betul2 ...
sekali cuba yang ni pasti tak ingat dah ikan bakar kat luar tuuuuu...:loveliness:
Tq tt bagi resepi
pearl.silver replied at 18-4-2020 09:55 PM
Boleh celen ikan bakar ni tak
Hahahha..yg ini menakutkan dibungkus begitu
Lengkong replied at 21-4-2020 11:28 PM
Tq tt bagi resepi
sama-sama...:loveliness:
Lengkong replied at 21-4-2020 11:29 PM
Hahahha..yg ini menakutkan dibungkus begitu
takut dia bangun tengah2 malam yaaaaa...:loveliness:
pearl.silver replied at 18-4-2020 09:55 PM
Boleh celen ikan bakar ni tak
Pandai tukang bungkusnya...jumpa malam sedang lompat...sure lari... kruzaman replied at 22-4-2020 08:46 PM
Pandai tukang bungkusnya...jumpa malam sedang lompat...sure lari...
Alamak!!! Poconggggggg...:P
pearl.silver replied at 18-4-2020 09:55 PM
Boleh celen ikan bakar ni tak
Daun kunyit tambah keharumanya...Orang dulu bakar pais guna daun kunyit...teringat zaman kanak-kanak nenek selalu pais anak2 ikan air tawar yang telah diperap garam kunyit...memang sedap...
Pages:
[1]