AYAM KOREA TANPA SOS PEDAS KOREA GHOCUJANG...
Edited by rohayatimat at 20-4-2020 03:15 PMWarna Ayam Korea ini begitu mengiurkan!!! Rasanya yang manis dan pedas ini menepati cita rasa orang-orang kita, tambah pula ianya sesuai diratah begitu saja.
Ayam Korea atau ayam goreng Korea ini memangnya menjadi trend dan viral di kalangan netizen.
Tahukah anda ianya dimasak tanpa menggunakan sos pedas Korea Ghocujang. Kami menggunakan ibu sambal bagi menggantikan sos berkenaan yang sukar untuk didapati di Malaysia.
Kami menggunakan peha/drumstick dan atas peha/tight yang dipotong halus supaya mudah ranggup bila digoreng.
Bahan-bahannya; 1 kg peha ayam digoreng tepung, sedikit bawang putih dipotong halus, 2 sudu ibu sambal, sedikit cili sos, sedikit sos tiram, 2 sudu madu, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Cara buatnya; tumis bawang putih, kemudian masukan 1 sudu besar Ibu Sambal D'Apbroze, cili sos, sos tiram, madu, serbuk lada hitam, daun kari (pilihan), gula dan sedikit garam.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dengan tepung, kacau hingga sebati. Bila dah sebati bolehlah angkat dan taburkan sedikit bijan (pilihan). Sekarang Ayam Korea telah sedia untuk dihidangkan.
Selain itu anda juga boleh mencuba daun kari bagi menggantikan biji bijan, tetapi daun kari tadi hendaklah dimasukkan pada peringkat awal penyediaan kuahnya. Aromanya yang wangi dan rasa kepedasannya membuat Ayam Korea ini lebih enak.
Selamat mencuba Ayam Korea, sedapnya sehingga menjilat jari bagaikan berada di Korea Selatan.
RPp5ilJaY14
Wow!!! Sedap nampak lapar pula tengahari gini. Mana ada jual yang dah siap masak? kruzaman replied at 14-4-2020 12:46 PM
Wow!!! Sedap nampak lapar pula tengahari gini. Mana ada jual yang dah siap masak?
tak tahu pula akak...jarang makan luar...biasanya masak sendiri :loveliness:
rohayatimat replied at 14-4-2020 02:07 PM
tak tahu pula akak...jarang makan luar...biasanya masak sendiri
Menarik video masak. Kalau tak guna ibu sambal bole tak. Tak tahu nak beli kat mana. kruzaman replied at 14-4-2020 09:22 PM
Menarik video masak. Kalau tak guna ibu sambal bole tak. Tak tahu nak beli kat mana.
Tak ada masalah...Akak hanya kongsi resipi saja, selepas tu bergantung kepada kreativiti masing-masing. Tapi rasa tu Wallahhualam...
Hmm dh lama xmkn ayam masak merah. Ya auloh nk bt list la.. Nnt hbs pkp nk bls dendam. Hehe Ladybird910 replied at 15-4-2020 10:39 PM
Hmm dh lama xmkn ayam masak merah. Ya auloh nk bt list la.. Nnt hbs pkp nk bls dendam. Hehe
Wahhhh sampai gitu sekali yaaa...angkara PKP bila sebulan dok rumah...dah mengidam maca-macam...sis ni bukan ayam masak merah...ni ayam korea...cuba buat ikut resipi...rasanya berbeza dengan ayam masak merah...
rohayatimat replied at 15-4-2020 11:08 PM
Wahhhh sampai gitu sekali yaaa...angkara PKP bila sebulan dok rumah...dah mengidam maca-macam...si ...
Ye tahu... Komen tu sama level dgn komen2 yang merapu ditulis khas kepada manak atau vokoru.. Ladybird910 replied at 15-4-2020 11:14 PM
Ye tahu... Komen tu sama level dgn komen2 yang merapu ditulis khas kepada manak atau vokoru..
Ooooooo....apa maksud manak & vokoru yaaa...kali pertama dengar...:loveliness:
Ladybird910 replied at 15-4-2020 11:14 PM
Ye tahu... Komen tu sama level dgn komen2 yang merapu ditulis khas kepada manak atau vokoru..
Bahasa apa tu manak/vokoru? Bukan apa saya orang baru dlm grup ni, seeloknya guna bahasa yang semua faham. Sekadar pandangan.:loveliness: kruzaman replied at 21-4-2020 04:06 PM
Bukan apa saya orang baru dlm grup ni, seeloknya guna bahasa yang semua faham. Sekadar pandangan.:lo ...
Tak apaaaaa...mungkin dialek tempatan juga...lain tempat lain budaya & dialeknya...:loveliness:
Wow!!! Meleleh air liur . Nampak ranggup dan berminyak... kruzaman replied at 2-11-2020 09:51 PM
Wow!!! Meleleh air liur . Nampak ranggup dan berminyak...
kena buat guna ibu sambal...follow jerr step dalam video tu...
rohayatimat replied at 4-11-2020 07:51 PM
kena buat guna ibu sambal...follow jerr step dalam video tu...
Terbaik laaaa...baru tahu cara masaknya begitu senang bila perhati video...
kruzaman replied at 21-11-2020 12:10 PM
Terbaik laaaa...baru tahu cara masaknya begitu senang bila perhati video...
Cuba laaa masak...tapi pastikan guna ibu sambal...baru laaa meleleh macam niiiiii...:D
sedapnyaaaaaa Boleh try.. sedapnya Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages:
[1]