rohayatimat Publish time 12-4-2020 01:22 AM

KARI KAKI AYAM KAYA DENGAN GELATIN RAWAT SAKIT SENDI...

Edited by rohayatimat at 12-4-2020 01:38 AM


Sebut saja kaki ayam, rasanya ramai yang tak berminat dengannya apatah lagi yang telah siap dimasak seperti kari kaki ayam ini.

Malah ada sesetengah suri rumah apabila membeli ayam segar, awal-awal lagi beritahu sipenjual, kaki tak mahu yaaaa.

Sebenarnya lebih 20 peratus kaki ayam ini mengandungi kolagen semulajadi. Apabila dimasak melebihi suhu 60 hingga 65 darjah selsius ianya akan akan terhidrolisis membentuk gelatin yang kaya dengan protin.

Kebiasaannya setiap kali kita memasak suhu tahap didih ialah lebih 100 darjah selsius, maka sudah tentulah kolagen dalam kaki ayam tadi akan bertukar menjadi gelatin.

Kajian saintifik membuktikan pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku serta merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.

Sebab itulah masyarakat cina gemar masak sup kaki ayam yang dicampur dengan pelbagai ramuan herba tradisional mereka.

Mereka percaya lendir kaki ayam yang bercampur dengan sup berkenaan mampu menghasilkan cecair pelincir yang berfungsi untuk menguatkan sendi.

Masyarakat melayu pula kebiasaanya menggunanya ketika masak kari ayam, itupun kalau tak diberi kepada penjual. Memandangkan banyak kaki ayam tersimpan dalam peti di rumah, kami menggunanya untuk masak kari.

Seperti biasa ibu sambal digunakan sebagai bahan asasbersama bahan sampingan lain untuk masak kari kaki ayam ini.

Cara memasak kari kaki ayam ini cukup mudah, tumis bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga hindi dan hirisan halia. Masukkan 2 sudu besar ibu sambal diikuti dengan serbuk kari dan tambah sedikit air.

Kemudian masukkan kaki ayam, bila dah separuh masak barulah dimasukkan santan. Kacau sehingga mendidih. Garam dan gula secukup rasa.

Selamat mencuba.


SusahTido90 Publish time 12-4-2020 02:05 AM

Sedap..sy suke kaki ayam..

raihaneem Publish time 12-4-2020 07:17 AM

Suka sgt kaki ayam....buat sup, sup soto,kari ka
Bila beli ayam mesti mintak nak beli kaki ayam,tp kat tmpt dok p beli ayam tu tokey dia bg free , sbb tu semua kaki ayam yg org tkmau
Sekali bagi 2-3 kg...peti sejuk besaq tkpa la

rohayatimat Publish time 12-4-2020 08:24 AM

SusahTido90 replied at 12-4-2020 02:05 AM
Sedap..sy suke kaki ayam..

Memang sedap...tapi ramai yang tak suka...:loveliness:

rohayatimat Publish time 12-4-2020 08:29 AM

raihaneem replied at 12-4-2020 07:17 AM
Suka sgt kaki ayam....buat sup, sup soto,kari ka
Bila beli ayam mesti mintak nak beli kaki ayam,tp...

Betul tu sis sesetengah tempat penjual bagi free saja...ramai yang tak nak ambil...ntah laaaaaa sebab apa...:loveliness:

Ladybird910 Publish time 12-4-2020 12:05 PM

Utk buat sendiri mmg meols geli.. Tp normally mamak2 or melayu jual roti canai suka buat kuah pakai ni..

So indirectly kegelian meols pudar sbb xtau. Utk hisap hirup sup kaki ayam lagilaaaaa gels. ahaha

raihaneem Publish time 12-4-2020 12:13 PM

Ladybird910 replied at 12-4-2020 12:05 PM
Utk buat sendiri mmg meols geli.. Tp normally mamak2 or melayu jual roti canai suka buat kuah pakai...

Teringat sorg kwn, dia study kat jepun,dia kat sana beli ayam kaki n organ mmg dah siap buang, depa tak mkn.

Pastu dah grad, dia nak kawin , kami rewang la utk knduri,kaki ayam buat sup

Dia siap ckp geli geli, eii ayam jln tak pakai kasut.
Mak dia bebel suruh try...lepas try tu teruih dia bersila punya dok ratah kaki ayam
Pastu mak ,abg kakak dia ejek balik dia...hihi


Teringat zmn muda2 pulak


Kaki ayam org cina mmg suka, kami mmg dok mkn sbb depa la bgtau baguih utk sendi dan tinggi kolagen

rohayatimat Publish time 12-4-2020 12:15 PM

Ladybird910 replied at 12-4-2020 12:05 PM
Utk buat sendiri mmg meols geli.. Tp normally mamak2 or melayu jual roti canai suka buat kuah pakai...

Bila tak tahu tu hirup juga yaaaaaa...sekarang hirup lagi tak?

rohayatimat Publish time 12-4-2020 12:22 PM

raihaneem replied at 12-4-2020 12:13 PM
Teringat sorg kwn, dia study kat jepun,dia kat sana beli ayam kaki n organ mmg dah siap buang, dep ...

cerita ni lagi menarik...sampai duduk bersilaaaaa...mula mula tu no no no...:loveliness::loveliness::loveliness:

Ladybird910 Publish time 12-4-2020 12:34 PM

rohayatimat replied at 12-4-2020 12:15 PM
Bila tak tahu tu hirup juga yaaaaaa...sekarang hirup lagi tak?

Terhirup blh lg. Tp klu nmpk depan mata..mmg xselera. Hahaha

Ladybird910 Publish time 12-4-2020 12:36 PM

raihaneem replied at 12-4-2020 12:13 PM
Teringat sorg kwn, dia study kat jepun,dia kat sana beli ayam kaki n organ mmg dah siap buang, dep ...

Itulaaa... Meols pon geli sbb ayam jalan merata. Terkuis kuis cari cacing.. So collagen meols beli minuman supplement ja. Settle prob.Hehehe

mdhelmi Publish time 12-4-2020 04:52 PM

share resepi kari kaki ayam rupanya
collagen dlm badan perlu dibentuk semula utk menguatkan sendi
terutama warga emas
jadi makan saja makanan yg kaya dgn protein

rohayatimat Publish time 12-4-2020 06:13 PM

Ladybird910 replied at 12-4-2020 12:36 PM
Itulaaa... Meols pon geli sbb ayam jalan merata. Terkuis kuis cari cacing.. So collagen meols beli ...

Hahaha...situ pulanyaaaa...jauh sangat imaginasi Meols niiiii...sbenarnya kaki ayam yang akak bawa balik tu...sipenjual dah siap buang kulit bahagaian luar kaki tuuuu...:loveliness::loveliness::loveliness:

rohayatimat Publish time 12-4-2020 06:18 PM

mdhelmi replied at 12-4-2020 04:52 PM
share resepi kari kaki ayam rupanya
collagen dlm badan perlu dibentuk semula utk menguatkan sendi
...

Memang tepat sekali kena makan makanan yang banyak protin...sebenarnya kolagen adalah sejenis protin semulajadi...banyak terdapat pada haiwan bertulang belakang termasuk manusia...:loveliness:

nowhite Publish time 12-4-2020 07:21 PM

Sedapnya kaki ayam..dulu tak boleh telan..lepas makan kaki ayam grg tepung beli kat pasar malam terus suka

rohayatimat Publish time 12-4-2020 08:22 PM

nowhite replied at 12-4-2020 07:21 PM
Sedapnya kaki ayam..dulu tak boleh telan..lepas makan kaki ayam grg tepung beli kat pasar malam teru ...

memang sedap sis...betulkan sis...sekali kena nak lagi...:loveliness:

nowhite Publish time 12-4-2020 09:24 PM

rohayatimat replied at 12-4-2020 08:22 PM
memang sedap sis...betulkan sis...sekali kena nak lagi...

Betul sangat..sup kaki ayam pun sedapppp

rohayatimat Publish time 12-4-2020 10:50 PM

nowhite replied at 12-4-2020 09:24 PM
Betul sangat..sup kaki ayam pun sedapppp

:loveliness::loveliness::loveliness:

jazaa100 Publish time 15-4-2020 05:00 PM

raihaneem replied at 12-4-2020 12:13 PM
Teringat sorg kwn, dia study kat jepun,dia kat sana beli ayam kaki n organ mmg dah siap buang, dep ...

Mcm akk le haneem....dulu akk memang tak mkn kaki ayam.....mula mkn bila gi rumah babysitter....dia hidangkn....rasa cuak jugak...bila mkn, punya le sedap.....sejak tu klu gi pasar, memang akk beli kaki ayam....

rohayatimat Publish time 15-4-2020 11:04 PM

jazaa100 replied at 15-4-2020 05:00 PM
Mcm akk le haneem....dulu akk memang tak mkn kaki ayam.....mula mkn bila gi rumah babysitter....di ...

Ramai yang fobia bila pertama kali tengok...maklumlah kaki yang tak pernah pakai selipar jalan sana-sini...:loveliness:
Tapi bila cuba sekali baru tahun penangannya.... :loveliness:
Pages: [1] 2 3 4
View full version: KARI KAKI AYAM KAYA DENGAN GELATIN RAWAT SAKIT SENDI...


ADVERTISEMENT