True-X Publish time 8-4-2020 06:38 AM

Macammana nak explain ape itu Allah, Tuhan kpd anak2

salam

memula nak bukak kt board agama... tp rase cmmbukak kt sini la dulu... kl admin rase x sesuweipindah je lah mane2,,, TQ

sorry maybe topik ni nampak cheesy dan remeh.... ye lah majoriti hantor anak g tadika islamic kan.

Semalam my lil girl 6 yr old lepas makan cakap "thank you ibu, nasi ni sedap sangat"... padahal nasi dengan kicap je dengan telur mata je her fav regardless i masak lauk ape pon.

lepas tuh i reply "kene cakap alhamdulillah, say thank you to Allah jugak"

dia jawab""kenape kene thank you Allah, bukan Allah yg masak nasi ni"

Just curios - macammane uols parents jawab soklan ni

i penah jawab (situasi yg lain) " Allah tuh tuhan create alam semesta.. blah blah blah..."...dia tanya kenape kene ade tuhan.. kenapa kenapa... i x larat nak jawab..... i jawab... Tuhan ade...


Lagubestbest Publish time 8-4-2020 07:24 AM

Edited by Lagubestbest at 8-4-2020 07:44 AM

Pendek: Eh xtau ke? Allah buat telur tu.. nasi pun Allah yang buat. Ibu masak je.
Panjang: Cakap je dia 'kanak-kanak lagi' jadi normal la kalau dia 'tak kenal' Allah. Tapi macam ibu yang dah besar ni, 'sebab Allah' lah.. 'ibu dapat adik/kakak', ibu jadi pandai masak ni 'sebab Allah'. Allah dah 'banyak tolong' ibu, walaupun takde siapa nak berterima kasih pada Allah lagi dah, ibu 'tetap akan berterima kasih pada Allah'.

Lepastu amek kertas lukis dan warna api.
Bila diorang tanya pe tu? cakap.. api neraka, rumah uncle iblis dan monster jahat mata satu dajjal. Allah beri kita otak, jadi bijak.. semua orang boleh pilih nak syurga ke nak neraka.
Cakap dajjal ni jahat/ iblis pulak dulu baik tapi dah malas solat jadi jahat, nak semua orang ikut masuk dalam api.
Ckp.. dalam dunia sekarang ramai orang 'tak kenal'. Sebabtu ada yang agama lain, ada yang tak tutup aurat, pencuri etc (dah besar kita kena tolong diorang2 ni).
Harap kakak, ibu.. semua termasuk 'tok bah tok ki' masih boleh masuk syurga, jumpa Allah.

T3R7PjpAeEs

ala brainwash je budak2 pasal benda ni..
- hah xnak solat? elok sangat la tu
- esok2 melawan cakap
- kemudian pukul kawan
- kemudian curi kereta jiran
- kemudian jadi jahat
- kena tangkap polis, masuk jel
- dah mati masuk neraka.

fishcracker Publish time 8-4-2020 07:55 AM

Sebab Allah yang bagi rezeki,kalau takde rezeki ni tak makan la kite nakkkk

azahan Publish time 8-4-2020 09:31 AM

Kita rasa angin bila ditiup. Tapi kita nampak angin tak?

Kita nampak rezeki makanan tapi kita nampak allah x?

Genkidesuka Publish time 8-4-2020 09:53 AM

Edited by Genkidesuka at 8-4-2020 09:55 AM

assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

sama mcm org lain dah ckp... semua Allah yg jadikan.telur dari ayam, air dari sungai, semuanya makhluk yg Allah jadikan.tgn ibu yg memasak pun bergerak dgn izin Allah.tgn dia yg suap makanan masuk ke mulut pun, Allah yg bg izin.kalau dia mmg dah biasa baca doa sebelum buat apa2 ie sblm tidur, slps bgn tidur, sblm dan sesudah mkn, naik kereta, sblm masuk toilet... lg mudah nk explain.boleh sambung bgtau "sbb tu kita berdoa kpd Allah sblm dan selepas buat sesuatu."ajar dia, tk salah nk say tq to ibu.sbb tu menunjukkan dia syg ibu.Allah suka dia syg ibu.maka, ajar dia ucap "Alhamdulillah.tq ibu,"sebagai tanda dia syg n thank both Allah dan ibunya.

lebihkanlah ckp pasal kasih syg Allah, lebihkan ckp psl perkara baik2.ancaman neraka tu better bgtau masa introduction psl syurga neraka.tu je.bgtau dia neraka tu tmpt utk org2 yg jht dan yg tkmau langsung jd baik.agar tk membesar jd org yg suka menghukum org lain, kalau dia buat nakal jgn suka2 ckp nnti masuk neraka. bgtau "buat ni nnti Allah tk suka, nnti Allah marah sbb perbuatan ni akan mencederakan org lain, menyusahkan org lain (contoh).kesian org tu kan.meh kita cepat2 ucap astaghfirullah."

alhamdulillah, tahniah sbb tanya soalan mcm ni.anak2 itu amanah, 7 anggota bdn kita (kaki, tgn, mata, telinga, mulut, perut dan kemaluan) pun amanah.semoga kita sama2 menjadi ibubapa yg menunaikan tanggungjwb terhdp amanah2 tersebut, sesuai spt yg telah digariskan dlm islam.

tagas Publish time 8-4-2020 10:59 AM

dgn izin n takdir allah lah mami dpt masak n buat semua yg terbaik

utk anak mami nih {:1_545:}

gigahertz Publish time 8-4-2020 01:18 PM

Ini lah yang membimbangkan bila berhadapan dengan budak budak. kalau budak tu tanyaThanos tu sapa. Thor tu sapa . i boleh jawab lagi. sekian sekian.
tapi kalau budak budak sekarng tanya Malaikat Jibril tu sapa : kita still boleh jawab.
Kalau dia tanya : rupa malaikat : i tak berani nak jawab sebab i sendiri tak pernah jumpa.

budak budak zaman sekarang bukan macam kita dulu. boleh angguk angguk geleng geleng.
kita dok cerita nabi sekian sekian. malaikat sekian2 sat lagi dia pergi Google....

best way. kena bawak sekali sekala budak2 ke tanah kubur atau lawat orang sakit.

True-X Publish time 9-4-2020 09:48 AM

tq for all response.... i baca semua...

tuh la bebudak skrg... or fair to say.... parents zaman skrg;P.... i nak resonate dalam explanation kan...

contohla yeee...
dia takut nak tido sensorang dlm bilik... i nak pisahkan dia dari co-sleep.dia kata ade hantu,... i jawab "mane ade hantu.... penah nampak hantu tak?.. ibu tak penah jumpe hantu.... it just ur imagination.. nothing"

sooo bab tuhan camne pulak...." tuhan ade wpon kita tak nampak....." .... dia jawab... x nampak pon

.... hahahahhaha

makbudakcomel Publish time 17-4-2020 06:08 PM

hehee sama mcm anak i 6 tahun juga, baru2 ni ada tanya "mummy Allah tu macam mane macam bayang2 eh?"

tp i igt mcm kecik2 dulu mak akan kenalkan konsep pahala dosa syurga neraka, i takut taknak masuk neraka sebab i nak ikut mak masuk syurga tak sanggup nak berpisah dengan mak

True-X Publish time 19-4-2020 06:04 PM

makbudakcomel replied at 17-4-2020 06:08 PM
hehee sama mcm anak i 6 tahun juga, baru2 ni ada tanya "mummy Allah tu macam mane macam bayang2 eh?" ...

i try to avoid concept syurga neraka dosa pahala dalam ngajar buat sesuatu...i taw i bunyi mcm cheesy mak liberal ntah hape...

my fren dia ajar anak dia konsep.. "allah suka" dan "allah marah"... one day budak tuh mengamuk...dan sound balik mak dia kenape Allah asik nak marah2 aje

i nak budak rase dia buat bende baik sbb thats thing affect her life and how her little contribution make a better world.... yaaa.... mcm ntah2 hape2bunyi nyer... my fren pon perli i bila cakap bab ni.... sbb tuh i avoid this kind of conversation dengan kawan2




qemon Publish time 5-5-2020 03:49 PM

Anak sulung saya 3thn setengah. Memula dia ingat Allah tu kat dinding sebab saya selalu bacakan frame khat Allah & Muhammad kpd dia. Slow2 terangkan Allah buat mama, Allah buat papa dan sebagainya. Allah bg hadiah (pahala) bila kita x gaduh dgn adik, bila kita dengar ckp mama dan sebagainya. Bila dia tanya Allah kat mana? Kat dinding ke? Jawapan saya Allah kat mana2, kita tak nampak. Hari2 ulang so lama2 dia faham yg Allah sentiasa tlg manusia. Dan dia faham kena solat dan mengaji dan baca doa baru syaitan takut, n Allah tolong. Hehe

yana910 Publish time 7-5-2020 03:00 PM

anak cousin sebok nanya Tuhan duduk kat mana
abang dia kata atas kerusi

bijakbudget Publish time 8-5-2020 01:43 PM

Edited by bijakbudget at 8-5-2020 01:49 PM

Bawa dia pergi dekat pokok, petik sehelai daun dan tanya. Siapa yang jadikan daun ini?dia akan tertanya2. Dia mesti akan tertanya2. Kemudian perkenalkan Alllah.

Yang jadikan matahari juga Allah.

Bawa dia pergi dekat air. Tanya siapa yang jadikan air...bla bla

Macam tulah. Mesti kena berada diluar rumah kalau nak perkenalkan Allah pada anak2. Setelah dia faham Allah itu ada baru perkenalkan
my fren dia ajar anak dia konsep.. "allah suka" dan "allah marah"... one day budak tuh mengamuk...dan sound balik mak dia kenape Allah asik nak marah2 ajeKena sabar nak terangkan pada anak2. ambil masa. Pastikan dia betul betul faham.. :)

annadonna Publish time 8-6-2020 11:16 PM

Memang fitrahlah tu anak akan sampai masa dia tanya Allah tu apa. Kena start dengan konsep kasih sayang Allah pada manusia. Daripada sebesar-besar hal yang dia boleh nampak iaitu langit, sampailah sekecil-kecil benda yang dia ada macam permainan dia. Kalau boleh elakkan dulu pasal syurga neraka tu semua, itu semua tak sampai lagi akal dorang. Nanti budak budak jadi esktrim dan rebel tak tentu pasal. Sikit sikit dosa, sikit sikit neraka. Tunjuk yg dorang boleh hadam dulu. Dan explain kenapa kita solat, sebab kita bersyukur atas kasih sayang Allah. Biar dorang rasa segala galanya tentang Islam adalah bersyukur dan kasih sayang. Bukan syurga neraka dosa pahala.

Dan bagitaulah anak, tak semestinya kita tak nampak benda tu tak ada. Bagilah contoh oksigen tu. Tanya dia kalau oksigen tak ada apa jadi? Of coz dia jawab kita mati. Lepas tu suruh dia tunjuk mana oksigen. Sumpah dia takkan dapat tunjuk melainkan rumah ko ada tabung oksigen. So dari sana konsep konsep keesaan Allah ni akan masuk dalam kepala dia sikit demi sikit.

Kalau boleh ajarlah anak anak solat dan mengaji dulu berbanding sibuk nak suruh pakai tudung waktu sekolah rendah (kecuali pi sekolah agamalah). Nanti bila dorang dah betul betul faham dan cintakan agama, yang lain tu akan datang menyusul malah lebih lagi rasa cinta dorang kalau ada kefahaman. Kalau pakai tudung pun tapi sampai besar tak solat entah apalah maknanya. Ada je macam ni melambak lambak. Bukan main bertudung fesyen tapi bila waktu solat buat tak tau. Orang yang free hair juga selalu penuhkan surau. Sedangkan bila bangkit pertama hari akhirat yang ditanya adalah solat kita. Wallahu alam.
Pages: [1]
View full version: Macammana nak explain ape itu Allah, Tuhan kpd anak2


ADVERTISEMENT