aina_shaira Publish time 4-4-2020 11:35 AM

Berapa jam korang peruntukan masa membaca sehari?

hi...assalamualaikum..
me baru lagi kat board ni, sebelum ni jadi silent reader aje since sekarang me nak memupuk minat membaca dalam diri sendiri.
so just curious macam mana korang peruntukan masa korang dengan membaca?
sehari berapa jam korang membaca? atau seminggu? atau tidak ada masa tertentu.

boleh kongsikan...

Tinot7 Publish time 4-4-2020 12:07 PM

Takde masa tertentu..

KIM.K Publish time 4-4-2020 12:30 PM

Just baca chunck of info. Buku yg iols baca skrg buku mengelak cukai mengikut ondang2

CiliPadiSedap Publish time 4-4-2020 12:43 PM

KIM.K replied at 4-4-2020 12:30 PM
Just baca chunck of info. Buku yg iols baca skrg buku mengelak cukai mengikut ondang2

ebook ke beli buku physical?

apple sampai sekarang elak cukai, amazon tak de bayar cukai sebab akaun company dia mmg selalu rugi jadi boleh backdate bila company untung. pekerja paling mudah kena cukai berbanding entiti perniagaan

KIM.K Publish time 4-4-2020 01:11 PM

CiliPadiSedap replied at 4-4-2020 12:43 PM
ebook ke beli buku physical?

apple sampai sekarang elak cukai, amazon tak de bayar cukai sebab...

mestilah physical touch touching :P author akauntan bertoliah lagi redzuan bakar

Seriusly epel amazon declare rugi? Working env buruh diorg mmg tak baik pernah baca

Andyscenes Publish time 4-4-2020 01:17 PM

aku baca novel online, haha.. terjebak.. selagi novel tu x habis, selagi tu aku baca. tapi novel yg aku baca berbentuk fantasy. mcm martial god asura n tensei shittara. korg x sanggup kot baca novel mcm tu hahahah

komotthecat Publish time 4-4-2020 01:40 PM

xde limit masa berapa jam. kalau buku best, rela tahan kencing. ebook baca kejap2 je, pedih mata ngadap. lagi prefer physical

Megikari Publish time 4-4-2020 01:46 PM

Baca forum boleh diambil kira tak? :lol:

aina_shaira Publish time 4-4-2020 02:01 PM

Megikari replied at 4-4-2020 01:46 PM
Baca forum boleh diambil kira tak?

baca forum tidak dikira, hanya buku fizikal.

Haliho Publish time 9-4-2020 08:54 PM

Tak tentu masa. Ada masa lebih baca lebih sikit. Selalu sebelum tido.
Tp nak cuba baca 48 - 50 buku tahun ni. So far dah baca 10 je... aduh nak kena catch up.

Wakefield Publish time 11-4-2020 07:29 AM


Kalau digital book, x boleh jawab soalan ke? :( Ebook suits my life now. Huuuuu...

I am an avid reader, but once dah ada anak, physical book is no longer convenient. To any bookworm, dah tentu physical book lagi best. Bau buku best kot! Untuk berhenti membaca, not an option, as reading is a form of escapism n something that I enjoy doing. And to continue reading? I kena pilih ebook.

I totally switched to ebook masa dalam pantang + menyusukan anak, sebab restless duduk saja. At that time, breastfeeding time = reading time.

Masa membaca? No specific time, lebih pada masa sambil-sambil or masa menunggu. Curi masa membaca bila-bila masa yang ada. Seblum tidur after lights off. Menunggu orang, menunggu dalam barisan, menunggu lauk masak, while traveling, dekat rumah in-laws yang slow internet connection, masa senggang. I xda akaun socmed so masa orang merayap fb or ig, probably masa tu I membaca kot.

rosa_canina Publish time 17-4-2020 11:08 AM

depends.. biasanya kalo dh start baca mmg akan try habiskan jgk..
kdg smpai tengah mlm pun gigih.. kekeke

fly_in_d_sky Publish time 25-4-2020 10:46 AM

kalau time kerja ...
pergi balik dah sejam
and balik tengok ler kalau penat ke tidak
tak penat sambung baca lagi
kalau penat esok ler sambung

sekarang dalam PKP
ikut lah ... ada masa 1 jam
ada masa 4 jam
cuma kena kuatkan aura untuk membaca
bila kat rumah ... bukan duduk jer
ada masa kena buat kerja office
ada masa ... asyik melayan twitter .. tengok news update bagai
ada masa bila baca zzzzz ...

aina_shaira Publish time 26-4-2020 06:16 PM

fly_in_d_sky replied at 25-4-2020 10:46 AM
kalau time kerja ...
pergi balik dah sejam
and balik tengok ler kalau penat ke tidak


waktu PKP ni mesti you banyak masa membaca.
kan WFH.

fly_in_d_sky Publish time 27-4-2020 11:04 AM

aina_shaira replied at 26-4-2020 06:16 PM
waktu PKP ni mesti you banyak masa membaca.
kan WFH.

hmm tak juga
WFH lagi banyak masa depan laptop
bila dah siap kerja tu memang penat
lain sikit penatnya ...

cuma semalam entah kenapa
mood baca tinggi ler pula
habis baca satu buku
258am tamat dah ...
tidur tak sampai sejam
445am kot terjaga ... abah kejutkan
tak dengar bunyi alarm dah

ni kepala tengah ting tong ..

fly_in_d_sky Publish time 1-5-2020 09:59 PM

PKP bakal berakhir so siapa kaki buku
sila lah rajin baca buku ...
hehehehe ...{:studyhardo

anticantiksquad Publish time 3-5-2020 05:00 PM

Musim pkp - 0 books. Ada pending 3 lagi novel nak habiskan patutnya.

aina_shaira Publish time 3-5-2020 08:52 PM

anticantiksquad replied at 3-5-2020 05:00 PM
Musim pkp - 0 books. Ada pending 3 lagi novel nak habiskan patutnya.

PKP lah banyak masa nak baca buku...

fatinandreanna Publish time 14-5-2020 09:28 AM

Baca buku almost everyday sblum tido. Buku mmg peneman setia di tepi katil. Klu kena buku yg ngam, bacasampai abis/selagi xpenat. Klu yg xbest/xkena dgn sy, buku tu dibaca jugak spy senang tido. Baca 2,3pages dh tido.

apple_22 Publish time 14-5-2020 12:43 PM

Waktu pkp ni mampu baca 2 novel je tu pn skip2 sbb busy dgn hal2 rumah..kalau dlu, x tdo mlm baca novel :sweat3:
Pages: [1] 2
View full version: Berapa jam korang peruntukan masa membaca sehari?


ADVERTISEMENT