lanesra Publish time 26-3-2020 01:07 PM

Masak resipi ringkas tapi lazat sempena PKP (Asam Rebus Keladi dan Ayam Masak Le

Edited by lanesra at 26-3-2020 01:10 PM

https://i1.wp.com/malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/03/MGF25032020_HUMAN-INTEREST-STAY-HOME09.jpg?resize=681%2C454&ssl=1
Kakitangan swasta, Rahimah Tambi Bakar meluangkan masa terluang dengan aktiviti memasak pada hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jeram, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2020.

KUALA SELANGOR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu supaya ibu-ibu yang kini ada banyak masa di rumah mencuba pelbagai resipi masakan baharu untuk hidangan seisi keluarga.

Dalam banyak masa kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) golongan Hawa bukan sahaja berpeluang mengasah bakat dalam masakan tetapi juga memasak resipi kegemaran masing-masing.

Peluang yang sama juga dilakukan oleh seorang kakitangan swasta, Rahimah Tambi Bakar, 59, yang patuh arahan PKP di kediaman di kampungnya di Jeram dekat sini.


Bersama wakil MalaysiaGazette, Rahimah yang mesra disapa sebagai Ibu memasak menu Asam Rebus Keladi dan Ayam Masak Lemak Cili Api.


https://i2.wp.com/malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/03/MGF25032020_HUMAN-INTEREST-STAY-HOME05.jpg?resize=640%2C427&ssl=1
Kakitangan swasta, Rahimah Tambi Bakar meluangkan masa terluang dengan aktiviti memasak pada hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jeram, Selangor.


Menurutnya, bagi bahan untuk kedua-dua menu itu, dia tidak perlu membelinya di kedai hanya mengutipnya di sekitar kawasan rumahnya di kampung.



Hidangan menyelerakan itu sudah pasti memberi idea untuk kita bersama-sama duduk diam, diam di rumah dan mencuba pelbagai resipi makanan yang ringkas tetapi lazat.

Berikut resipi masakan Rahimah yang dikongsi bersama pembaca MalaysiaGazette;

Resipi Asam Rebus Keladi

1) Keladi
2) Kangkung
3) 2-3 sudu cili boh
4) 2 biji bawang kecil
5) 1 ulas bawang putih
6) 1 sudu besar ikan bilis
7) 5 keping asam keping
8) 1 biji bawang besar (hiris dan goreng untuk tumis atas darat).
9) Garam secukup rasa bahan nombor 4 hingga 6 dikisar sekali.

https://i0.wp.com/malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/03/MGF25032020_HUMAN-INTEREST-STAY-HOME22.jpg?resize=640%2C426&ssl=1
Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api
1) 1 ekor ayam2) 1 kotak santan3) 2 biji bawang kecil4) 2 ulas bawang putih5) 7-9 biji cili padi6) Sedikit serbuk kunyit7) Garam secukup rasa8) 3 batang serai9) Asam keping atau buah tomato dengan bahan nombor 3 hingga 5 dikisar sekali
https://i2.wp.com/malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/03/MGF25032020_HUMAN-INTEREST-STAY-HOME24.jpg?resize=640%2C426&ssl=1
Apa pun, Rahimah yang tinggal bersama ibu, Hazanah Tepap yang sudah berusia 80 tahun akur dengan PKP kerana ia bertujuan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.
https://i0.wp.com/malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/03/MGF25032020_HUMAN-INTEREST-STAY-HOME13.jpg?resize=640%2C427&ssl=1
Walaupun duduk di rumah namun dia masih menjalankan kerja pejabat daripada rumah tetapi mengelak rasa bosan dia masih sempat memasak untuk ibunya serta berharap orang ramai mematuhi arahan PKP demi kebaikan bersama.
- MalaysiaGazette

sarah82 Publish time 26-3-2020 01:21 PM

Aku masak lemak fucuk hari ni..

asma87 Publish time 26-3-2020 01:28 PM

Aku simple je. Nasi Putih telur dadar

CiliPadiSedap Publish time 26-3-2020 01:34 PM

kaka masak lemak tetel lembu batang pinang di belah dua, dan goreng ikan bawal hangus sebab kuali nipis. kau sekolah tak?

krustykrab Publish time 26-3-2020 01:35 PM

sarah82 replied at 26-3-2020 01:21 PM
Aku masak lemak fucuk hari ni..

Salah baca tadi lol

sarah82 Publish time 26-3-2020 01:37 PM

krustykrab replied at 26-3-2020 05:35 PM
Salah baca tadi lol

Aku double check ejaan.. Karang aku tercarut tanpa sedar pulak.. Hahahaha.. Makan panas2 dgn nasi.. Sedap..

krustykrab Publish time 26-3-2020 01:39 PM

Aku tapau foodcourt tmpt keje:'(

KIM.K Publish time 26-3-2020 02:13 PM

PM sokong eh masak2

iols dah blend siap2 bahan tumis dalam satu bekas, amik iktibar bahan rosak sebab demam

lapar je tumislah bahan buat sambal telur rebus. Telur dah rebus banyak2 buat pickled egg. Senang je

Kakalongmu Publish time 26-3-2020 02:14 PM

sarah82 replied at 26-3-2020 01:37 PM
Aku double check ejaan.. Karang aku tercarut tanpa sedar pulak.. Hahahaha.. Makan panas2 dgn nasi. ...

Minta kaka resepi ang tu

Cassieopeia Publish time 26-3-2020 02:16 PM

masak tomyam ayam je.. seafood xde stok

sfrnna Publish time 26-3-2020 02:17 PM

sarah82 replied at 26-3-2020 01:21 PM
Aku masak lemak fucuk hari ni..

Sedapnya. Kalau Ada suhun dengan ikan bilis kecik2 lg sedap. Pastu makan pulak dengan sambal ayam. Rindu masakan mak. Sobs sobs

juruterra Publish time 26-3-2020 03:13 PM

aku masak lemak daging salai hari ni

Cuma rimas tengok resepi berasaskan santan kotak dan kunyit serbuk.

Rasanya kalau nk sedap masak lemak better pakai santan segar dan kunyit hidup, lainlah kalau duduk diluar negara tak dapat cari barang2 tu. yang pakai kunyit serbuk dan santan kotak, dan masak sedap...tu maknanya ada tambahan aji no moto. Sorry aku anti sikit serbuk perasa. prefers natural flavours

sarah82 Publish time 26-3-2020 03:52 PM

sfrnna replied at 26-3-2020 06:17 PM
Sedapnya. Kalau Ada suhun dengan ikan bilis kecik2 lg sedap. Pastu makan pulak dengan sambal ayam. ...

Jangan menangis.. Bukan sengaja kita dipisahkan.. Huhuhu

sarah82 Publish time 26-3-2020 03:53 PM

Kakalongmu replied at 26-3-2020 06:14 PM
Minta kaka resepi ang tu

Simple saja kaka..rebus sekali santan, fucuk dan sauuhu, bawang putih, air, kunyit dan bahan perasa.. Simple.. Nak boh telur pun boleh..

Kakalongmu Publish time 26-3-2020 03:59 PM

sarah82 replied at 26-3-2020 03:53 PM
Simple saja kaka..rebus sekali santan, fucuk dan sauuhu, bawang putih, air, kunyit dan bahan peras ...

Thanks Sara... Sebut santan teriber kaka rindu mak kat kampung... Lama lagi baru dptjumpa... :'(

sarah82 Publish time 26-3-2020 04:05 PM

Kakalongmu replied at 26-3-2020 07:59 PM
Thanks Sara... Sebut santan teriber kaka rindu mak kat kampung... Lama lagi baru dptjumpa...

Huhuhu.. Maafkan ku.. Nak buat mcm mana.. InsyaAllah posa ni sy doakan semua rakyat malaysia sambut posa dgn family

takayama Publish time 26-3-2020 05:02 PM

menu hari ni nasi grg cina dgn telur dadar serta sosej, mknan dr pg smp hbs :lol:
kowser asyik nk msk dapo aje, time PKP nielah anak2 asyik lapo klu x dia x heran dgn apa kita masak

meisapoya Publish time 26-3-2020 10:28 PM

Belacan tumis. Pakai belacan merah, bawang merah, cili padi, gula sikit.

Makan ngan ikan bakar tawar. Terangkat!

Lengkong Publish time 27-3-2020 01:19 AM

Menu hari ni kuey teow goreng dan kek marble

ellez Publish time 28-3-2020 04:46 PM

Sedapnyee asam rebus keladi..
Ernmmm
Pages: [1] 2
View full version: Masak resipi ringkas tapi lazat sempena PKP (Asam Rebus Keladi dan Ayam Masak Le


ADVERTISEMENT