eddlisa_uyuk Publish time 24-3-2020 03:33 PM

LESTARY : BUDAK TEBING 2 [ADAM LEE,AEDY ASHRAF,BELLA DOWANNA]

Edited by eddlisa_uyuk at 22-6-2021 08:42 PM


Drama bersiri 'Budak Tebing' di slot Lestary TV3. Dibarisi pelakon seperti Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana dan ramai lagi. Drama terbitan Country Universal Sdn Bhd, dibawah arahan Feroz Kader.

JUDUL : BUDAK TEBING
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
IDEA ASAL : PGRs Team - Amka Ahmad
PENULIS SKRIP : PGRs Team - Janjira
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Syazwan Zulkifly, Amyza Aznan, Alex Afian, Sabrina Ali, Zarina Zainuddin, Shah Faris

WATAK PELAKON
Adam Lee sebagai Arif
Aedy Ashraf sebagai Tongki
Bella Dowanna sebagai Laura
Eyka Farhana sebagai Munira
Fariz Isqandar sebagai Yoyol
Firdaus Ghufran sebagai Talam
Syazwan Zulkifly sebagai Abang Lan
Amyza Aznan sebagai Aida
Alex Afian sebagai Kamarudin

SINOPSIS BUDAK TEBING
Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. ‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.

Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?



eddlisa_uyuk Publish time 24-3-2020 03:34 PM

baru perasan thread nih x de lagi.....

best lak citer nih
wpun pelakon byk budak2 je....tp citer ada tersirat macam2

suka lak tgk watak aedy kat citer nih

kaishi Publish time 24-3-2020 06:27 PM

Citer ni da jd citer wajib aku tgok....

Jalan cerita mcm ni buat aku tgu2 whats next... dr citer cibtan cintun meleweh tu....

Tunan Publish time 24-3-2020 07:46 PM

eddlisa_uyuk replied at 24-3-2020 03:34 PM
baru perasan thread nih x de lagi.....

best lak citer nih


hàa ada pun rmh BT
iols layan citer ni.. best layan sbb ada bella

LostStar Publish time 24-3-2020 07:54 PM

Eh sama.. daku mule2 terrrtengok episode 1 kat kedai makan time tu... sudahnya teros folor.. walau semua bbnu..macam layan plakkkk cerita ni..

Tunan Publish time 24-3-2020 10:30 PM

Mcm cool.lak tgk aedy ashraf jadi budak frog food;P.. style je dia..

Teringat lak frog vle

adila39 Publish time 24-3-2020 11:27 PM

not bad.. sml tertengok part lari pastu bertembung tu.. sory xtau nama pelakon.. but talented semua

kaishi Publish time 25-3-2020 10:19 AM

adila39 replied at 24-3-2020 11:27 PM
not bad.. sml tertengok part lari pastu bertembung tu.. sory xtau nama pelakon.. but talented semua

Kaaaannn...
At least xde kayu kayan, sedap laj mata tgok eyka farhana tu dlm ni,...

Jalan citer pob best, tazabar nak tau sapa ira ni sbnrya.

int1705 Publish time 27-3-2020 10:25 PM

Abang Lan dan ketua penjahat, adakah orang yg sama?

Tunan Publish time 28-3-2020 03:27 PM

int1705 replied at 27-3-2020 10:25 PM
Abang Lan dan ketua penjahat, adakah orang yg sama?

Mmg abg lan jahattt...

Tunan Publish time 28-3-2020 03:29 PM

adila39 replied at 24-3-2020 11:27 PM
not bad.. sml tertengok part lari pastu bertembung tu.. sory xtau nama pelakon.. but talented semua

Semua watak kuat ..xda yg boring..
Dari muda smpai tua.. semua berbakat
Bapak si tongki tu pun pandai berlakon
Si bella@laura ni berlakon.10kali bagus drp mira filzah dll yg ada kt msia ni

Tunan Publish time 28-3-2020 03:31 PM

kaishi replied at 25-3-2020 10:19 AM
Kaaaannn...
At least xde kayu kayan, sedap laj mata tgok eyka farhana tu dlm ni,...



Pasni ira ajar si yoyol jd pencuri
Makin spoil la yoyolll ni
Ira ni ank luar nikah ayah laura kan

int1705 Publish time 28-3-2020 07:05 PM

Tunan replied at 28-3-2020 03:31 PM
Pasni ira ajar si yoyol jd pencuri
Makin spoil la yoyolll ni
Ira ni ank luar nikah ayah laura ka ...

Kenapa cakap Ira akan ajar Yoyol mencuri? ya kot Ira anak luar nikah ayah Laura

ibu_haritz Publish time 28-3-2020 10:14 PM

Ni tgh tgk ulangan BT... Anak2 pun suka.. Pengajaran pun byk.. Yoyol tu kan pandai berlakon.. Talented.. Sesuai muka dgn karektor dia.. Hahahaha.. Sblm ni tak pernah plk tgk dia..Bella cantik dah besar ni.. Pandai berlakon

Tunan Publish time 28-3-2020 11:49 PM

int1705 replied at 28-3-2020 07:05 PM
Kenapa cakap Ira akan ajar Yoyol mencuri? ya kot Ira anak luar nikah ayah Laura

baca sinopsis kat youtube
diorg buat benda tak baik...

Tunan Publish time 29-3-2020 02:23 PM

ibu_haritz replied at 28-3-2020 10:14 PM
Ni tgh tgk ulangan BT... Anak2 pun suka.. Pengajaran pun byk.. Yoyol tu kan pandai berlakon.. Talent ...

Gujq22s5PHw

si tongki patah tangan

forselab Publish time 30-3-2020 09:47 AM

laa...tak ramai ke yg follow Budak Tebing ni..? best weh...lain dr yg lain....jln citer buat kita tertanye2 tertunggu2...
saya pun syak boss Talam dgn Abg Lan tu org yg sama...
si Yoyol tu pandai berlakon yek...selamba je...:P

willow12 Publish time 31-3-2020 07:50 PM

Tq tt sebab akhirnya bukak jugak tred budak tebing. Antara drama yg sgt baik kualitinya.

Semua watak iols suka.

Teh_90 Publish time 1-4-2020 11:52 PM

willow12 replied at 31-3-2020 07:50 PM
Tq tt sebab akhirnya bukak jugak tred budak tebing. Antara drama yg sgt baik kualitinya.

Semua wa ...

Iols follow cerita ni sbb ttg budak remaja,.. lagu ost pun lain dari yg lain.. bagus

babydoll Publish time 8-4-2020 02:57 PM

citer ni best kot. nape la tak dpt traction yg sepatutnya. kurang promo ke?
Pages: [1] 2
View full version: LESTARY : BUDAK TEBING 2 [ADAM LEE,AEDY ASHRAF,BELLA DOWANNA]


ADVERTISEMENT