lanesra Publish time 24-3-2020 03:25 PM

Roti Samad, roti krim coklat viral


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0323rs02_1584952673.jpg

https://pbs.twimg.com/media/EPg8X8DUwAAY8B6.jpg

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/771253/2a83.png

https://pbs.twimg.com/media/EPgwkEuUEAEYL9t.jpg

LELAKI ini bukan selebriti mahupun influencer, tetapi namanya diangkat sebagai jenama roti kegemaran di Jepun yang dijual di kedai serbaneka terkenal di negara ini.

Begitulah tuah Samad, 28, atau nama sebenarnya Mohamad Shazmeel Shah Mohd Azeman yang ditawarkan kontrak dua bulan apabila namanya digunakan sebagai jenama roti itu.

Samad berkata, dia tidak menyangka gemar memakan roti disaluti krim coklat itu sejak Oktober lalu, memberikan tuah kepadanya.

“Saya mula makan roti ini sejak satu cawangan baru kedai itu dibuka berdekatan pejabat lama saya di Seksyen 13, Shah Alam.

“Isteri saya yang mula membelinya terlebih dahulu, sebelum saya juga tertarik hingga menjadikannya makanan rutin saya di pejabat setiap pagi.

“Saya gemar memakannya kerana rotinya besar, lembut dan krimnya tidak begitu manis selain mudah dibawa ke mana-mana serta harganya berpatutan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, teruja dengan keenakan roti itu membuatkannya kerap berkongsi pengalamannya itu dengan memuat naik gambar serta perihal roti itu di media sosial.

“Pernah beberapa kali saya tidak dapat makan roti itu kerana kehabisan stok bekalan di kedai berkenaan.

“Sebaik bekalan ditambah, saya memuat naik gambar roti itu dalam Twitter dan Instagram dengan keterangan ‘akhirnya ada bekalan’ dan beberapa ‘posting’ lagi mengenai roti itu.

“Saya tidak sangka lama kelamaan, ramai orang turut membelinya selepas terpengaruh dengan ‘iklan’ tidak sengaja saya itu,” katanya.

Jurutera perisian sebuah syarikat swasta itu berkata, selepas mencipta ‘fenomena’ itu di media sosial, pihak pengurusan kedai serbaneka berkenaan memberikan penghargaan kepadanya

“Pada mulanya mereka menghantar dua kotak berisi roti kegemaran saya itu sebelum saya dipelawa melihat operasi kilang mereka di Kota Damansara, penghujung Januari lalu.

“Ketika itu, mereka turut berbincang mengenai perancangan masa depan termasuk mahu bekerjasama dengan saya dalam aspek penjenamaan roti itu.

“Ia sesuatu yang tidak pernah disangka dan saya rasa sangat bertuah apabila 18 Mac lalu roti ini secara rasminya dijenamakan kepada #rotisamad dengan kontrak selama dua bulan,” katanya.

Bercerita mengenai namanya, lelaki itu berkata, Samad adalah nama panggilannya sejak menuntut di universiti.

“Semasa program orientasi di universiti, kami guna nama panggilan yang ringkas dan mudah untuk diingati.

“Sejak itu, ia itu kekal sampai sekarang. Walaupun nama sebenar saya jauh berbeza, tapi saya tetap bangga dan selesa menggunakan nama Samad ini,” katanya.

sarah82 Publish time 24-3-2020 03:37 PM

Simple dan senang sebut.. ;P

ellez Publish time 24-3-2020 03:50 PM

Yeke sedap..mana nak cari roti neh..kedai pe ada jual ya..

munchkin Publish time 24-3-2020 04:02 PM

Roti habis. Kawan aku buat roti. So breadmaker is useful afterall.

lanesra Publish time 24-3-2020 04:09 PM

ellez replied at 24-3-2020 03:50 PM
Yeke sedap..mana nak cari roti neh..kedai pe ada jual ya..

di Maru Kafe. tak pasti di setiap cawangan myNews ada ke Maru Kafe? boleh check nearest location MyNews http://www.mynews.com.my/store-locations.php
(nama asal roti ni : Chocolate Chigiri Bun)

ellez Publish time 24-3-2020 04:15 PM

lanesra replied at 24-3-2020 04:09 PM
di Maru Kafe. tak pasti di setiap cawangan myNews ada ke Maru Kafe? boleh check nearest location M ...

Maksudnya ada dekat caw news la kan..
Ok uols..nti iols pegi cari..

KIM.K Publish time 24-3-2020 04:28 PM

munchkin replied at 24-3-2020 04:02 PM
Roti habis. Kawan aku buat roti. So breadmaker is useful afterall.

Buat kek lagi mudah dari buat roti
iol dah lama tak main mauripan. dulu muda energy banyak nak gigih2 ni

Scheherazade Publish time 24-3-2020 04:30 PM

Nmpk cam sedap je roti ni

munchkin Publish time 24-3-2020 04:43 PM

KIM.K replied at 24-3-2020 04:28 PM
Buat kek lagi mudah dari buat roti
iol dah lama tak main mauripan. dulu muda energy banyak nak gi ...

Nak menguli tu aiyoooo. Betul buat kek lagi senang.

Nanti semakin membulat lah dok makan kek. Hahahahh

pearl.silver Publish time 24-3-2020 04:48 PM

KIM.K replied at 24-3-2020 04:28 PM
Buat kek lagi mudah dari buat roti
iol dah lama tak main mauripan. dulu muda energy banyak nak gi ...

Klu pada iols pulak buat roti lg mudah dr kek.. Dan x berlemuih bekas nk basuh..

Hehe

pearl.silver Publish time 24-3-2020 04:54 PM

Roti samad ni nmpk cam ni.. Lain inti je..

KIM.K Publish time 24-3-2020 05:07 PM

pearl.silver replied at 24-3-2020 04:48 PM
Klu pada iols pulak buat roti lg mudah dr kek.. Dan x berlemuih bekas nk basuh..

Hehe

Aikk..mesti otai nii handal uli doh!
Maybe sis dah biasa dgn timing doh kembang, suhu ngan teknik
iols ada mesin bread maker, asal2 nak buat roti carrot & poppy seeds sekali dah siap 4jam kemudian ialah kek!


doubleA Publish time 24-3-2020 05:17 PM

Nampak sedap tol rotinya

pearl.silver Publish time 24-3-2020 07:13 PM

KIM.K replied at 24-3-2020 05:07 PM
Aikk..mesti otai nii handal uli doh!
Maybe sis dah biasa dgn timing doh kembang, suhu ngan teknik ...

Iols xpandai pun uli guna tgn..
Pandai guna mixer n breadmaker je..
Tu la.. Kne tahu teknik membakar nye je.. Pastu jd lah roti yg enak..

jazaa100 Publish time 25-3-2020 10:11 PM

Nak kena cari lah bakery ni....

Sec 13 s.alam ek...

brownsaga Publish time 20-10-2020 07:33 PM

Roti samad ni dijual di mynews. Beshe beshe je la roti nya :lol:;P
Pages: [1]
View full version: Roti Samad, roti krim coklat viral


ADVERTISEMENT