Lara_Isteri Publish time 22-3-2020 01:35 PM

MACAM MANA PROSUDER PENCERAIAN

Salam semua warga cari.com.
Ni id baru sy....malas guna id lama...

10 tahun lepas me pernah buka thread, nak minta nasihat psl cinta..(masa tu single)
Tp hari ni me nak minta nasihat dan pandangan kalian, mcm mana nak BERCERAI.... ....

Usahlah di tanya kenapa....sesungguhnya ianya terlalu melukakan utk di ceritakan.

1st of all me nak tanya :-
Bagaimana prosuder penceraian DALAM MAHKAMAH?

Bagaimana pula prosuder penceraian LUAR MAHKAMAH, adakah akan di kenakan DENDA?

Patut pergi ke JAWI atau MAHKAMAH SYARIAH?

Berapa lamakah MASA YG DIAMBIL utk kedua2 prosuder tersebut? FYI, me stay kat KL dan ada sorg anak.

TQ semua....sesungguhnya Jawapan kalian akan dpt membantu sy meneruskan step sy yg seterusnya.....

bracebintang Publish time 22-3-2020 02:31 PM

Sedihnya nk bercerai. Tp mungkin TT ada alasan yg kukuh utk cerai.

bole terus ke mahkamah, mcm kat selangor ni ada pulak perkhidmatan bercerai fast track..kata hakim, boleh selesaikan perceraian dlm masa 6 jam asalkan kedua pihak memberi kerjasama. Lepas hakim dah sahkan perceraian, pegi pejabat agama untuk batalkan surat nikah.

nuno Publish time 22-3-2020 02:42 PM

Edited by nuno at 22-3-2020 02:44 PM

Tt duduk area mana?
Kalau di selangor lafaz luar mahkamah kena pergi sahkan kat mahkamah dan boleh dikenakan denda macam saya, denda rm1k..terpulang pada budi bicara
Nak senang, lafaz dalam mahkamah, biasa hakim jatuhkan talak satu
Saya cerai, rujuk then cerai second time buat fast track, sehari selesai.

Cuma saya nak pesan kalau boleh selamatkan, selamatkan la marriage tu, kalau dah tak boleh sebelah pihak jer usaha,buatlah apa yang terbaik

Utk area klwp saya tak pasti, pergi mahkamah terus,bawak mykad sijil nikah,apa2 sijil berkaitan

otai_g Publish time 22-3-2020 03:43 PM

mahkamah tutup la. Skrg kan musim wabak. X blh postpone ke nk bercerai ni?

Lara_Isteri Publish time 22-3-2020 03:49 PM

otai_g replied at 22-3-2020 03:43 PM
mahkamah tutup la. Skrg kan musim wabak. X blh postpone ke nk bercerai ni?

Mmg plan lepas wabak ni dh reda.... skang cuma nak tanya prosuder je dulu....

Lara_Isteri Publish time 22-3-2020 03:50 PM

bracebintang replied at 22-3-2020 02:31 PM
Sedihnya nk bercerai. Tp mungkin TT ada alasan yg kukuh utk cerai.

bole terus ke mahkamah, mcm ka ...

Tu la ada google...kat selangor ada fast line.... cuma saya di WPKL....

Lara_Isteri Publish time 22-3-2020 03:52 PM

Edited by Lara_Isteri at 22-3-2020 03:55 PM

nuno replied at 22-3-2020 02:42 PM
Tt duduk area mana?
Kalau di selangor lafaz luar mahkamah kena pergi sahkan kat mahkamah dan boleh...

Kiranya terus gi mahkamah lah ye.... pastu failkan penceraian.... pastu hakim akan bg satu tarikh proceeding ke?

bloodyamuk Publish time 22-3-2020 04:07 PM

pi pejabat agama ikut mukim masing2, amek borang file cerai, isi dan lengkapkan...

bahagian plaintif dan defendan.

siap isi hantar ke pejabat agama, bayar pendaftaran.

proses 14hari tak silap dan kemudian dimaklumkan tarikh hadir ke mahkamah...

cerai express pun ada...rajin2 la google kat website

nuno Publish time 22-3-2020 05:31 PM

Yes betul...apa2 pun fikir masak2 sebelum bertindak

nuno Publish time 22-3-2020 08:59 PM

Lara_Isteri replied at 22-3-2020 03:52 PM
Kiranya terus gi mahkamah lah ye.... pastu failkan penceraian.... pastu hakim akan bg satu tarik ...

Kalau buat fast trsck dokumen cukup haritu gak boleh bercerai

sarahmirza Publish time 22-3-2020 09:02 PM

Nak bercerai sebab apa?
1. Suami curang?
2. Suami tak bertanggungjawab?
3. Sama2 dah setuju takde kesefahaman?
Suami setuju nak bercerai?

Kena tau la sebab musabab sampai nak bercerai...
Lps tu baru boleh buat pilihan samada nak cerai talak, cerai fasakh, khuluq, taklik..

Bezanya flow chart setiap jenis cerai tu..
Beza2 tau...

Lara_Isteri Publish time 23-3-2020 12:39 AM

nuno replied at 22-3-2020 08:59 PM
Kalau buat fast trsck dokumen cukup haritu gak boleh bercerai

Tapi tu kat Selangor kan.... kalo KL ada ke fast track?

Lara_Isteri Publish time 23-3-2020 12:44 AM

sarahmirza replied at 22-3-2020 09:02 PM
Nak bercerai sebab apa?
1. Suami curang?
2. Suami tak bertanggungjawab?


Curang..... dan byk lg.... selama ni sy diam... bertahun2 sy buat pekak...saya butakan mata....tp sampai bila nk hidup dlm kepura puraan... dlm hati dah xde KASIH...yg ada cuma KESIAN....

Selama bertahun2 sy hidup sendiri.. semua sy uruskan sendiri....ada hb xde hb, sama je .... sampai satu tahap sy termenung fikir, mcm mana rasanya hidup berumah tangga... sbb sy x rasa semua tu... even my fren pon ckp, klo dia ditempat sy... dia pon x kan boleh lalui semua ni...tp dia respect sbb sy tabah dan boleh berdikari...

anakmak Publish time 23-3-2020 01:17 AM

Lara_Isteri replied at 23-3-2020 12:44 AM
Curang..... dan byk lg.... selama ni sy diam... bertahun2 sy buat pekak...saya butakan mata....tp...

teruskan bertabah
tahniah kerana masih menyayangi diri sendiri

anak ada?
x prasan td

yuki812 Publish time 23-3-2020 01:23 AM

suami dah lafaz cerai ke? kalau dah..ini dikira lafaz diluar mahkamah. datang ke mahkamah syariah..pastu dapatkan tarikh untuk confirmation pengesahan hakim. hakim jeleh decide samada lafaz cerai tu jatuh atau tak dan berapa jumlah talak. kalau ok, dah cerai lah. denda ke tak, wallahualam..

kalau belum lafaz..kena tgk gak, suami setuju ke nak cerai?
kalau suami tak setuju..biasanya kena lantik jawatankuasa pendamai kedua belah pihak..
kalau sama2 setuju..takmo discussion..boleh buat ekspress..lafaz talak depan hakim jer.

kalau cerai fasakh..lagi panjang process..pakai lawyer biasanya. kena bicara depan hakim dan hakim yg tentukan.kalau tebus talak, kena bayar suami minta suami lepaskan.

TT kena decide dulu dan study cerai macammana sesuai ikut keadaan TT dan suami. kalau banyak kelemahan suami TT pun, tapi suami tak nak ceraikan TT tetap proses perceraian tu jadi panjang. apapun, pergi mahkamah syariah terus.

semoga dipermudahkan dan terbaik buat TT sekeluarga.

nuno Publish time 23-3-2020 08:53 AM

Lara_Isteri replied at 23-3-2020 12:39 AM
Tapi tu kat Selangor kan.... kalo KL ada ke fast track?

Saya tak pasti...tapi time2 camni court tutup

toughchoice Publish time 23-3-2020 11:03 AM

fast track mmg hanya ada di selangor je.. tapi saya pernah check di mahkamah syariah n9..

if cerai persetujuan bersama:
1. datang awal ke mahkamah syariah terdekat bersama suami / isteri - awal ie pkl 8 dah tunggu depan pintu
2. isi borang lengkap + dokumen lampiran - 3 copy each
3. isteri suci dr hadas, tak bersama sekurang2nya 2 minggu, tak pregnant

failkan permohonan perceraian + bayar permohonan dan kemudian boleh mintak untuk lafazkan hari yg sama ( yg ni kerani di MS akan checkkan dan selitkan pada masa2 yg kosong di antara kes hari tu)





sarahmirza Publish time 23-3-2020 12:54 PM

Lara_Isteri replied at 23-3-2020 12:44 AM
Curang..... dan byk lg.... selama ni sy diam... bertahun2 sy buat pekak...saya butakan mata....tp...

Skrg dia setuju tak nak cerai?
Dia sukarela nak lafaz cerai talak?

U ada 2 pilihan yg bergantung kpd situasi samada suami setuju cerai secara baik atau dia tak nak ceraikan u.

I bukan galakkan penceraian.....
I cuma bantu tunjukkan jalan supaya mudah urusan kebajikan u dan anak...
Seterusnya u sendiri buat keputusan nak teruskan atau tidak.

Kalau suami setuju cerai tanpa syarat, pergi mahkamah failkan permohonan cerai.
Kalau suami setuju cerai bersyarat i.e. hak penjagaan anak serah kat dia, tak blh tuntut itu ini... Yg tu u fikir la nak terima atau tidak. Kalai u terima syarat dia, fail permohonan cerai.
Kalau suami tak nak ceraikan u, kalau berduit pergi amik lawyer bagi tau nak fail cerai fasakh kt mahkamah. Seterusnya biar lawyer uruskan. U cuma bagi info, reason nak cerai, adakan 2 saksi lelaki atau 4 saksi perempuan atau 1 saksi lelaki & 2 saksi perempuan.... dan tunggu bila lawyer panggil pergi mahkamah. .

Kalau amik lawyer biro guaman rasanya u kena pergi mahkamah mohon kat situ kot...ni i tak pasti.

cmf_premierleag Publish time 23-3-2020 09:54 PM

if TT ada permanent job dan kemudian nk mintak cerai, go for it!
jgn jd mcm pompuan2 bodoh yg aku dh jmpe...ada permanent job (ada gaji bulanan, company's benefits etc) tapi masih sanggup hidup dgn jantan kaki pukul ego tinggi
kemon..dh ada job kan.nak takut apa kalo kene cerai pun

Lara_Isteri Publish time 24-3-2020 12:26 AM

Edited by Lara_Isteri at 24-3-2020 12:28 AM

cmf_premierleag replied at 23-3-2020 09:54 PM
if TT ada permanent job dan kemudian nk mintak cerai, go for it!
jgn jd mcm pompuan2 bodoh yg aku d ...

So far semua ada....x takut pon bcerai sbb selama ni pon hidup ngan anak je... dah terlalu terbiasa berdikari...... ada pernah tu, setahun jumpa 2/3 kali je... gile kan.....

Cumanya....husband belum tau niat saya.. so far sy cam biasa je.. kdg klo duk dpn dia pon x bckp, tgk hp je....

So sy akan cari masa yg sesuai utk berbincang dr hati ke hati dgn dia... klo leh xmo la prosuder tu amik masa lama... ianya akan mendera mental kita yg melaluinya......
Pages: [1] 2
View full version: MACAM MANA PROSUDER PENCERAIAN


ADVERTISEMENT