seribulan Publish time 17-3-2020 09:13 AM

[Takwil Puisi 53] TOPENG

Edited by seribulan at 22-3-2020 09:07 AM

Pemenang Haluan

{:1_152:}semua pemenang{:1_152:}

Maksud:

Dua sahabat karib berpisah kerana berbeza fahaman politik


Puisi Minggu Ini


Topeng.



Pemula lafaz ijabmu
mekarlah hidupku
harum indah mempersona
dimata mereka
bahagianya kita
bertuahnya aku
dari selut lumpur
bermandi kemewahan
terpamir jelas
dijendela IG milikmu.
Mengapa hanya aku
yang rasa berdosa
kau terus bangga
menjadi pendosa
mengheret aku seiringan denganmu
dalam dunia kepura-puraan
bagai tiada jalan keluar.
Inikah harga kesilapanku
memilih kilauan kusangka permata
meninggalkan mutiara yang setia
berselut lumpur denganku.
Senyumlah aku
dilihat anggun
menjadi topeng
dunia songsangmu.



Hasil Nukilan,
@orgsepang









@johan-adx (mohon kaler dan rate)
@ipes2 (mohon kaler dan rate)
@aleX-S
@chicozinn
@ati3027
@watashinoai
@berakit2kehulu
@nurrlisa
@KILL_NANCY
@MeghanK
@sapeka
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@Nora_29
@Lengkong
@mamatco
@realist_13
@missfahd
@KahPahJ
@Ipo
@syadq
@kuihbakar
@mdhelmi
@bloodyamuk
@JibboTheCat
@eizarz
@kaksenah65




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/202002/11/065047ukd5vououhzdo25n.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/202002/11/065640a0c6m3zckitftttq.png



syadq Publish time 17-3-2020 09:27 AM

Puisi 53.

Perkahwinan yang dibina untuk menutup aib salah seorang pasangan yang tanpa diketahui sebenarnya bernafsu songsang.

Kahwin itu perjudian hidup.

orgsepang Publish time 17-3-2020 09:39 AM

Terima kasih seribulan sudi pilih puisi akak. :$

chicozinn Publish time 17-3-2020 10:09 AM

Thanks kaka momod @seribulan sudi tagged saya.

Kisah kali ini menceritakan seorang isteri yang berkahwin dengan seorang lelaki bernafsu songsang walaupun dilimpahi kemewahan tetapi berasa amat berdosa kerana beliau "bersubahat" menolong suaminya selindung kegiatan kejinya itu..

seribulan Publish time 22-3-2020 10:06 AM

chicozinn replied at 17-3-2020 09:09 AM
Thanks kaka momod @seribulan sudi tagged saya.

Kisah kali ini menceritakan seorang isteri yang be ...

No prob :)





.

katibism Publish time 22-3-2020 11:40 PM

Puisi 53

Ternyata wanita ini pernah berada dalam dilema.
Antara kemewahan di depan yg mata dengan memakai topeng yg melindungi kebenaran.. ataupun realiti sebenar, kata hati
yg pernah berbisik..."JANGAN!!"

Lantas, wanita ini memilih topeng itu, ternyata.. bahagia itu cuma cerita derita di atas pentas dunia di sebalik media sosial IG suaminya
yg sekadar mahu menyembunyikan hakikat sebenar..bahwa dirinya songsang. Lalu kecundang. Sedih.


meisapoya Publish time 23-3-2020 03:31 PM

Wahhh. Nak claim tacang!

seribulan Publish time 31-3-2020 09:52 AM

Tamat :)


Semua pemenang {:1_152:}


Maksud:


Keluhan seorang wanita yang berkahwin dengan gay.

iylegend Publish time 29-8-2020 03:05 AM

Sis baru sedar ada takwil puisi!
Seronok la !!
Pages: [1]
View full version: [Takwil Puisi 53] TOPENG


ADVERTISEMENT