Bipolajourney Publish time 13-3-2020 09:14 PM

Persediaan Hidup Selepas Bercerai

Well aku dah setahun satu bulan bercerai. Aku tak tau sama ada dah pernah ada ke tidak thread semacam ini. Meneruskan hidup selepas bercerai tak mudah ye kalau tak biasa berdikari. Aku apabila diceraikan, aku fikir insha Allah aku boleh menempuhi fasa ini. Alhamdulillah setelah setahun barulah aku boleh bernafas sedikit. Mujurlah aku jenis otak ligat berniaga, kalau jenis tunggu laki je hai agaknya bawah jambatan aku bergelandangan.

1. Kalau korang otw nak bercerai dan korang solo without kids, langkah kita luas dari yang ada anak anak.

little_sis Publish time 13-3-2020 09:40 PM

semoga tabah...

BomBoLoniS Publish time 13-3-2020 09:44 PM

Semoga dipermudahkan segala urusan sis..

Andyscenes Publish time 14-3-2020 12:39 AM

mmg sedih. sbb terpaksa tinggalkan org tersayang.

bloodyamuk Publish time 14-3-2020 01:47 AM

Andyscenes replied at 14-3-2020 12:39 AM
mmg sedih. sbb terpaksa tinggalkan org tersayang.

ko pernah bercerai ke bro?

aku tengok abang aku bercerai pun dah sedih dah...nak tengok anak2 buah pun dah tak dapat...

cerai kalau takde anak memang senang sket dari ada anak...

bloodyamuk Publish time 14-3-2020 01:50 AM

sis, walau iols taktau punca cerai, masalah keluarga sis...tapi buatlah apa yang terbaik untuk ketenangan hidup sis...

kadang kita perlu sayang diri kita sendiri, terutamanya kesihatan mental...sebab at the end of the day, in the corner of our room, in the shadow of the night, what we have left is me, myself and I.

Love yourself.

p/s: my brother is also going through a divorce...

gigahertz Publish time 14-3-2020 03:26 AM

mak i ada 7 anak. mak i bercerai dengan bapak i 3 years ago. dua dua umur dah warga emas tau. mak i kata kalau nak pikir bercerai. buat dah 30 tahun lepas...tapi korang semua membesar takde bapak..
so mak aku bertahan selama 30 tahun....

Andyscenes Publish time 14-3-2020 06:53 AM

bloodyamuk replied at 14-3-2020 01:47 AM
ko pernah bercerai ke bro?

aku tengok abang aku bercerai pun dah sedih dah...nak tengok anak2 b ...

hmmm... xtau lah nk ckp apa.

bloodyamuk Publish time 14-3-2020 11:13 AM

gigahertz replied at 14-3-2020 03:26 AM
mak i ada 7 anak. mak i bercerai dengan bapak i 3 years ago. dua dua umur dah warga emas tau. mak i...

wehhh tabahnye mak u...30tahun sabar dan makan hati...demi anak2 ada normal nuclear family...

stay together for the kids...

bloodyamuk Publish time 14-3-2020 11:14 AM

Andyscenes replied at 14-3-2020 06:53 AM
hmmm... xtau lah nk ckp apa.

okay takpe...be strong bro...

t_hahahaha Publish time 14-3-2020 11:22 AM

untuk TT, nak tanya, hasil pengalaman, adalah ada secure nafkah edah akan diberi dan dipantau oleh pejabat agama?

gigahertz Publish time 14-3-2020 08:25 PM

bloodyamuk replied at 14-3-2020 03:13 AM
wehhh tabahnye mak u...30tahun sabar dan makan hati...demi anak2 ada normal nuclear family...

s ...

org kata cikgu mmg boleh jadi isteri yang tabah & redha. i think is true. my mom was a cikgu.

bloodyamuk Publish time 14-3-2020 08:55 PM

gigahertz replied at 14-3-2020 08:25 PM
org kata cikgu mmg boleh jadi isteri yang tabah & redha. i think is true. my mom was a cikgu.

makcik I pun cikgu jugak...memang karakter die sorang yang kuat dan tabah...

walau kena penyakit bertahun2...

Bipolajourney Publish time 15-3-2020 08:03 AM

1. Dari penceraian ini aku belajar Self love sangat penting ya. Sebab kalau ko tak sayang diri ko maka orang pergunakan ko pun ko biar je.

2. Actually banyak kisah sedih bila aku dalam masa iddah, termasuk dihalau ayah kandung dan mak tiri aku. Hari yang sama kena keluar dari rumah.

3. Alhamdulillah aku happy sekarang.

xtahumenahu Publish time 16-3-2020 09:18 AM

gigahertz replied at 14-3-2020 03:26 AM
mak i ada 7 anak. mak i bercerai dengan bapak i 3 years ago. dua dua umur dah warga emas tau. mak i...

this is sad...tapi banyak kali jugak dengar
anak2 kena laa mainkan peranan to keep both of them happy walau dah x bersama
almaklumlah...nak menghadapi hari tua tanpa partner...sedangkan dah biasa
semoga baik2 aja

xtahumenahu Publish time 16-3-2020 09:22 AM

dalam keluarga terdekat...xder la yang melalui proses ni...Alhamdulillah
tapi..ada close friends yang da bercerai
walaupun diorg x cerita...boleh nampak laaa

apa yg kami kawan2 rapat ni boleh buat
...dgr bila diorg nak bercerita
...diam bila diorg nak simpan
n kalau boleh elakkan cerita bab2 ni sbb tentunya pahit sgt

akmalrahman Publish time 16-3-2020 10:14 AM

Bipolajourney replied at 15-3-2020 08:03 AM
1. Dari penceraian ini aku belajar Self love sangat penting ya. Sebab kalau ko tak sayang diri ko ma ...

ceritalah pengalaman kena halau tu...nak tahuu

sisgaranghokey Publish time 16-3-2020 10:18 AM

moga tabah sis

gigahertz Publish time 16-3-2020 12:04 PM

xtahumenahu replied at 16-3-2020 01:18 AM
this is sad...tapi banyak kali jugak dengar
anak2 kena laa mainkan peranan to keep both of them h ...

nasib baik mak i jenis bekerjaya.boleh drive sendiri. ada duit sendiri. ada rumah sendiri. semua bende sendiri laadik beradik mak i pun ramai. mmg kalau mintak tolong masa kitaorang susah dulu adik mak i beri duduk satu rumah..

cuba imagine mak i suri rumah . women dont know anything about outside world. i tak rasa i duduk menaip dalam forum ni.

xtahumenahu Publish time 16-3-2020 12:10 PM

gigahertz replied at 16-3-2020 12:04 PM
nasib baik mak i jenis bekerjaya.boleh drive sendiri. ada duit sendiri. ada rumah sendiri. semua b ...

Alhamdulillah mak u seorang yg dah used to outside worldboleh survive insyaAllah

tapi..mak i mmg mcm u ckp..surirumah...xtau apa2 pasal kat luar
tapi..Alhamdulillah...berjaya besarkan anak2..semua dah bekerjaya
n sekarang dia yg jaga ayah yg x sihat
but still...kami2 lah kena pastikan semua dia updated dgn dunia luar walaupun nak pakai telefon pon x reti

Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Persediaan Hidup Selepas Bercerai


ADVERTISEMENT