Modngengade Publish time 11-3-2020 02:06 PM

Ikan kembong/pelaling tengah murah uoulss...jom kongsi resepi ikan kembong/pelal

Oleh kerana lambakan ikan kembung/pelaling semurah 50 sen sekilo, moh kita kongsi resepi ikan ini....at least boleh pelbagaikan hidangan buat keluarga kan....

Akak mulai dgn resepi vazz dari dapurakak sendiri.Nah cobalah!


https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/my-resipi2-production/images/recipe/1515/big/open-uri20151009-32467-19hgdmy.?1444382345

Gulai Masam Ikan Kembung/Pelaling

Bahan-bahan diperlukan:

    2 ekor ikan kembong bersaiz sedang - dipotong 2
    6 tangkai cili kering
    2 ulas bawang merah
    Belacan - secukup rasa
    Sebatang serai - dititk
    3 tangkai daun cendehum / kesum
    2 keping asam gelugur
    Sedikit serbuk kunyit
    Garam secukup rasa
    Sebiji tomato - dibelah 4

Cara menyediakan dan memasak:

    Tumbuk cili kering bersama sedikit garam. Setelah lumat, masukkan bawang merah dan belacan. Tumbuk lagi hingga bawang pulak lumat.
    Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi ke dalam periuk.
    Masukkan sekali kesemua bahan2 lain termasuk ikan kembung.
    Last sekali, masukkan air hingga paras ikan. Kalau nak kuah banyak, masukkan air lagi.
    Tenggek atas api hingga mendidih dan masukkan tomato.
    Siap untuk dihidangkan...hmm...terliur pulak. Terasa kemasamannya...

girlfriend_^^ Publish time 11-3-2020 02:08 PM

Saya buat ikan bakar je..beli perencah ikan bakar Adabi..lumur-lumurkan kat ikan..dan bakar dalam oven..

orgsepang Publish time 11-3-2020 02:11 PM

Pelaling kecik jadi sedap goreng tepung garing2.
Kembung/mabong sedap bakar bungkus daun pisang.
Senang budak tak sekolah pun reti buat jadi tak payah akak susah2 bagi resepi. ;P

jee72 Publish time 11-3-2020 02:12 PM

Ikan pelaling buat laksa johor

bambimo Publish time 11-3-2020 02:14 PM

Pelaling goreng cili padi akar makan nasi panas perghhh

Thanatus Publish time 11-3-2020 02:16 PM

Aku selalu confused kembong, mabong dgn pelaling... sudahnya aku panggil ikan kembong jer semua tu

EJALTI Publish time 11-3-2020 02:23 PM

Edited by EJALTI at 11-3-2020 06:26 AM

Resepi: Ikan goreng kembung/pelaling

Bahan2:
1. Ikan kembung/pelaling
2. Sebuk kunyit
3. Garam
4. Minyak masak

Cara2 menyediakan:
1. Bersihkan ikan kembung/pelaling.Buang isi perutnya dan insang
2. Lumurkan ikan yg dibersihkan dengan serbuk kunyit beserta dengan garam secukup rasa.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
4. Bila minyak masak telah cukup panas, boleh la digoreng ikan kembung/pelaling yg telah dilumurkan kunyit beserta garam tadi.

Sedap dimakan ketika panas2 dengan nasi putih beserta dengan sambal belacan/sambal tempoyak/cencaluk/budu.

SELAMAT MENCUBA !!!:${:1_152:}

sarah82 Publish time 11-3-2020 02:23 PM

Gulai masam? Tu asam pedas versi utara kaka mod..

bakawali_04 Publish time 11-3-2020 02:24 PM

sat balik keje nanti
singgah kedai acheh
nak ngk murah sgt ke kembong tu :L

Modngengade Publish time 11-3-2020 02:25 PM

Thanatus replied at 11-3-2020 02:16 PM
Aku selalu confused kembong, mabong dgn pelaling... sudahnya aku panggil ikan kembong jer semua tu

Kat tered sebelah ada akak post gbr anak2 ikan tersebut yg menyerlahkan perbedaan mereka...sekolah x?

edoraixora Publish time 11-3-2020 02:33 PM

Edited by edoraixora at 11-3-2020 02:36 PM

ikan pelaling sedap buat kuah laksa putih/lemak/pahang

rebus ikan bersama asam keping & garam (secukup rasa)
asingkan isi dgn tulang & kisar berasingan
kisar bawang merah, bawang putih, halia & lada hitam
masukkan bahan2 yg dikisar tadi ke dalam periuk
masukkan santan, daun kesum, bunga kantan, garam & asam keping
kacau sehingga mendidih.....tadaaa dah siappp kuah
pastu rebus lah laksa beras, yg direndam semalaman supaya tak lama masa merebus
pastu dimakan bersama timun, kacang panjang, salad & sambal (cili tumbuk/kisar)
cili tu kalau suka belacan boleh kisar sekali

ini menu wajib ktorg time raya, sedara mara datang rumah mmg carik menu ni jer




Thanatus Publish time 11-3-2020 02:36 PM

Modngengade replied at 11-3-2020 02:25 PM
Kat tered sebelah ada akak post gbr anak2 ikan tersebut yg menyerlahkan perbedaan mereka...sekolah ...

Tak sempat nak baca semua thread akak oii... apa yg tertimbul kat atas jer aku baca. kebetulan thread ni tersembul kat atas

By the way, ikan kembong aku suka goreng (tak garing sgt) dengan bakar jer..atau pais dlm daun pisang.

grouper Publish time 11-3-2020 02:38 PM

Kat penaga semalam siap bagi free ikan pelaling ni..

edoraixora Publish time 11-3-2020 02:39 PM

ikan kembong/pelaling goreng

ikan yg telah dibersihkan dilumur dgn garam, serbuk kunyit & serbuk kari
goreng dalam minyak yg panas
setelah ikan dibalikkan, tabur daun kari dalam kuali
tujuan untuk lebih mengaromakan ikan tu
angkat dan sedia di makan

Ladyfreecare Publish time 11-3-2020 02:45 PM

Goreng pun sodap

Ladyfreecare Publish time 11-3-2020 02:47 PM

grouper replied at 11-3-2020 02:38 PM
Kat penaga semalam siap bagi free ikan pelaling ni..

Penaga pulau pinang ke?
Rejeki rejeki

Bergosip Publish time 11-3-2020 02:48 PM

Tumbuk beberapa cili + seinchi kunyit. (Bahan A)
Lepastu, gaul Bahan A hingga sebati dengan tempoyak. Letak sikit garam.

Ambik ikan kembong atau pelaling dan letakkan dalam daun pisang/daun kunyit/aluminium foil. Kemudian, tabur dan ratakan tempoyak tadi di seluruh bahagian ikan. Nak lagi sedap, letak beberapa daun kesum. Naik naikkan aroma. Lepastu, bakar beberapa minit. Dah siap untuk dimakan hihi

umisha Publish time 11-3-2020 02:54 PM

Masak asam rebus dgn batang keladi mesti sedap.
Makan dgn nasi panas2, sambal belacan dan ulam.
Jgn lupa....buatikan masin.

selipar_hijau Publish time 11-3-2020 02:57 PM

Sampai bila murahnye tuu

kuzaime Publish time 11-3-2020 02:57 PM

Ikan pelaling ni saiz kecik, goreng2 oklah, kot masak berkuah hancur:lol:
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Ikan kembong/pelaling tengah murah uoulss...jom kongsi resepi ikan kembong/pelal


ADVERTISEMENT