Anggun05 Publish time 10-3-2020 01:09 PM

Mak Mertua or mak Jenis nie ada kee...

https://www.majalahpama.my/arwah-ayah-dulu-ajar-mak-kalau-sayang-anak-jangan-beratkan-dia-mak-kena-selalu-mudahkan-anak/

ada x sesiapa mak mertua or mak sendiri mcm nie ..

noor2 Publish time 10-3-2020 01:29 PM

Hebat kak kay tu....satu dunia dia canang keburukan mertua dia dan ajak orang lain mengumpat mertua masing2. ..

noor2 Publish time 10-3-2020 01:30 PM

Semua manusia x perfect...termasuk diri kita sendiri bila dah jadi mak dan mertua nanti...simpan sendiri sudahhhhh

krustykrab Publish time 10-3-2020 01:38 PM

noor2 replied at 10-3-2020 01:30 PM
Semua manusia x perfect...termasuk diri kita sendiri bila dah jadi mak dan mertua nanti...simpan sen ...

Kak dah baca ke?

sarahmirza Publish time 10-3-2020 01:44 PM

Mak mertua jenis malas nak buruk sangka..
Iyelah, dari penat fikir or mujuk anak balik beraya, baik fikir sendiri nak buat apa raya nanti..
Senang cerita, mana anak yang rajin jenguk kita, itulah yang kita hibahkan harta kat dia..
Dia balik setahun sekali pun susah, biarkan aje la depa... bila2 depa susah nanti tau la depa cari kita.. masa tu kita bahasakan dia..

Hahahaha... hidup ni tak payah la hadap sangat orang balas budi baik kita... kita fikir apa yang bahagiakan kita aje sudah.

weezerfan Publish time 10-3-2020 01:49 PM

noor2 replied at 10-3-2020 01:29 PM
Hebat kak kay tu....satu dunia dia canang keburukan mertua dia dan ajak orang lain mengumpat mertua...

Laaa. Celah mana dia mengumpat?

bintangct Publish time 10-3-2020 01:49 PM

krustykrab replied at 10-3-2020 01:38 PM
Kak dah baca ke?

aku pon konpius..
artikel tu mengajak benda baik kot

prettyuglybabe Publish time 10-3-2020 02:03 PM

kenapa tak copy paste je artikel kat sini dari suruh orang pi baca link tu?

Anggun05 Publish time 10-3-2020 02:15 PM

noor2 replied at 10-3-2020 01:29 PM
Hebat kak kay tu....satu dunia dia canang keburukan mertua dia dan ajak orang lain mengumpat mertua...

hmmm tang mana yg buruk yee... x faham laa..

sarahmirza Publish time 10-3-2020 03:31 PM

Nah, i tolong paste...
Supaya takde lagi nenek kebayan meraban ;P




Ada satu pekara aneh yang berlaku pada mak mertua kak kay masa 1st time raya umah dia dulu. Anak dia 10 orang. 9 lelaki , 1 perempuan. Hari raya pertama cuma kami je ada beraya dengan dia. Pelik kan?



Mak rilek je, bangun pagi, masak kuah kacang, bersiap ready nak solat raya. Kak kay pulak yang gelabah.

Kalau mak kak kay ni, memang dah huru hara call semua orang suruh balik pakej kirim lemang rendang bagai. Tapi mak mertua kak kay ni lain. Sangat lain.

“Mak, nak orang call sesape ke pepagi ni?”

“Hish tak payahlah. Moh kita siap ke masjid”


Ah sudah, mak mertua aku ni terasa sangat ke sampai cakap gini?

“Mak terasa ke? Boleh je call diorang ni” mula dah kak kay tak sedap hati.

“Arwah ayah dulu ajar mak kalau sayang anak jangan beratkan dia. Dia dah banyak tanggungjawab, kita mak ni tak boleh perintah-perintah. Jangan pasal kita ikut nafsu, anak pula jatuh derhaka.

Mak Kena Selalu Mudahkan Anak. Awak Jadi Mak Pun Kena Gini.

Kalau dia balik alhamdulilah, tak balik pun takpe, jangan kita beratkan mereka. Allah dah kata anak-anak ni hiburan dunia, kita yang pilih nak lalai dengan dia atau nak jadikan pahala.

Toksah kalut lah”

Pergh deeeeeep weh! Deep habis ustazah kholma bagi sebijik kat ai, hamik kau! 1st time dapat ilmu gini dari mak mertua sendiri, sentap oi, sumpah sentap.

Elok je sampai masjid, ada belaka anak-anak dia. Sampai rumah lagilah ramai semua ada.

Mak ni bila rilek to beratkan anak memang jadi rebutan semua anak. Kalau dia datang kolumpo, habis semua anak ajak mak tido umah diorang.

Jenis mak yang tak pernah komplen, tak pernah meminta minta , tak pernah beratkan anak, selalu memaafkan anak memanglah mak yang direbut sentiasa.

Mak mertua kak kay ni tak pernah sekali pun bising kalau anak dia tak call, sepanjang 16 tahun kawin ni, memang tak pernahlah kak kay dengar mak perintah anak dia itu ini.

Bila gini, anak yang gelisah. Kekejap call mak tanya mak ok ke tak, padahal mak rilek je sambil makan kacang tengok ustaz don ceramah kat tibi hari-hari.

Memang aneh kan mak mertua gini. Level hebat dia memang tak boleh bincang!

CikB Publish time 10-3-2020 03:36 PM

Anggun05 replied at 10-3-2020 06:15 AM
hmmm tang mana yg buruk yee... x faham laa..

ok je I baca...

Anggun05 Publish time 10-3-2020 03:46 PM

tu la sy rasa pon what a nice & inspired to be a good MIL & Mother kan.....

rospinki Publish time 10-3-2020 03:49 PM

bagus mak mertua kak kay..insyaallah aku juga berfikiran sama. anak anak jgnlah disusahkan dgn beban yg mereka tidak minta..sebaiknya sentiasa make them happy. apatah lagi anak anak perempuan..betapa besar pahalanya kita dpt dari membesarkan ank perempuan. kerana apa? dugaannya bgitu byk tapi kita pilih utk tenang dan fokus pada taggjwb kita sbgi ibu.

kadang org share utk share rasa. sapa bodoh tak fhm sila mereput. apekah?

Anggun05 Publish time 10-3-2020 05:22 PM

rospinki replied at 10-3-2020 03:49 PM
bagus mak mertua kak kay..insyaallah aku juga berfikiran sama. anak anak jgnlah disusahkan dgn beban ...

kan.... anak2 pon ada tangunjawab masing2 x payah la ntt kita buat anak & menantu kita serba salah ...

EvieWanKenobi Publish time 10-3-2020 06:02 PM

baik hati rupanya mak mentua kak kay..
ingatkan apa tadi..

yuki812 Publish time 10-3-2020 07:10 PM

citer pasal mak mertua ni..teringat pengalaman dulu temankan bff pergi jumpa bakal mak mertua dia. masa tu masing2 naif lagi..baru abis grad U. masa jumpa tu, aku je yg banyak borak ngan org tua tu melayan compare bff aku. siap gelak2 lagi. bff aku tu mmg nervous sebab tu dia diam je.

dah balik tu..sejak dari hari tu ntah napa boipren bff aku tu selalu call berjam2 borak ketawa bagai. aku layan je lah sbb dia pon kawan aku gak. aku x pikir apa pon masa tu. dalam masa yg sama..bff aku pon mula jauhkan diri dari kitorg. lastly..aku dapat tau rupanya mamat ni nak cari isteri yg leh ngam ngan mak dia. kebetulan mak dia suka aku. :(. memang tobat dah lepas tu, tak pernah teman sesapa nk jumpa bakal2 ni hah.

dipengakhirannya..tiga2 orang ni pon masing2 kawin ngn orang lain.

penmerah Publish time 10-3-2020 10:18 PM

Tahun ni kemungkinan besar tak Raya kat mesia
Dah plan tak mo balik
happy jugalah
Tahun Lepas Hari raya ditentukan oleh org lain Pula
So tahun ni... Padan muka kau

rospinki Publish time 11-3-2020 09:05 AM

Anggun05 replied at 10-3-2020 05:22 PM
kan.... anak2 pon ada tangunjawab masing2 x payah la ntt kita buat anak & menantu kita serba salah ...

kan...moral dia kita kena jadi anak yg baik jga..insyaallah jumpala mak metua baik. arwah mak metua aku tu..baik sgt. anak dia tu je mcm hamlau perangai. ex oredi.

anyway..hidup ni takyah pening pening hrpkan orang sgt ..baik ank atau makpak..minimise expectation keperluan dan take it easy. sebagai anak jgn pentingkan diri..mentang mentang org tua tu tak nak menyusahkan. akal jgn taruk kt lutut.

Megikari Publish time 11-3-2020 09:12 AM

Mak i jenis mak mertua yang macam tu :$

courtney_xo Publish time 11-3-2020 09:25 AM

Syukurrrlah kalau mertua jenis genuinely baik hati, mesti sejuk hati dapat mertua mcm tu. Tapi apa ke balerr kalau mendapat mertua depan anaknya baik, mengalah, belakang anaknya habis menantu kena cerca, dinafikan, siap perli2 suruh bercerai..
Pages: [1] 2 3
View full version: Mak Mertua or mak Jenis nie ada kee...


ADVERTISEMENT