CARI-MAL Publish time 10-3-2020 12:44 PM

Budak Sekolah Mohon Maaf Kepada Harry Sebab Peluk Meghan Markle

Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah memohon maaf kepada Putera Harry selepas memeluk isterinya, Meghan Markle ketika Duchess of Sussex itu melawat sekolah berkenaan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202003/10/123822memz79bez9e909tk.jpgKredit foto: Zimbio






Memetik CNN, Aker Okoye, 16, memeluk Meghan ketika figura diraja kontroversi itu membuat lawatan mengejut di Robert Clack School di Dagenham, London pada Ahad lalu sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202003/10/123822zii7d8r8d8v7ddcw.jpg
Kredit foto: Zimbio




Okoye yang teruja apabila dijemput naik ke pentas tidak melepaskan peluang berpelukan dengan Meghan sebelum menyatakan betapa cantiknya dia membuat Meghan tersipu malu.


Berikutan itu, remaja terbabit menulis surat memohon maaf kepada Harry yang kemudian disiarkan The Sun.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202003/10/123822emeznuufngn4gzkm.jpgKredit foto: Zimbio



"Saya harap anda tidak mengambil hati atas perbuatan saya memeluk Meghan kerana saya begitu terkejut dan teruja melihat dia tiba di sekolah saya.

"Ia begitu mengujakan mendengar Meghan memberi ucapan. Dia cukup memberi inspirasi," tulisnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202003/10/124222j3qlqj33ns1hv1ye.jpgKredit foto: The Sun




Ketika ditemu bual sebuah rancangan televisyen Good Morning Britain pada Isnin, Okoye memaklumkan tindakannya menulis surat itu adalah bagi mengelak kontroversi kerana memeluk isteri putera raja terbabit.


Katanya, pengalaman itu sangat bermakna dan dia tidak akan dilupakannya sampai bila-bila. - CARI

dua_chzy Publish time 10-3-2020 12:45 PM

Tulisan ummah negara maju memang buruk belaka kan?

chicozinn Publish time 10-3-2020 12:52 PM

nampak cam smeg beria nak peluk okaya nihh

CiliPadiSedap Publish time 10-3-2020 12:56 PM

urm kaka pun teringin jua peluk vvip

Leonclay Publish time 10-3-2020 01:07 PM

Meghan pn nmpk merelakan {:thief

Ladybird910 Publish time 10-3-2020 01:13 PM

dua_chzy replied at 10-3-2020 12:45 PM
Tulisan ummah negara maju memang buruk belaka kan?

Tulisan aku pon buwuk jua..mungkin aku bangsa negara maju yg tersesat di negara mundur (ikut penganalisa politaik lps wak din naik):lol::lol:

Keh keh

biozipstar Publish time 10-3-2020 01:27 PM

nampak mcm suka sama suka aje ha...

whadda Publish time 10-3-2020 01:28 PM

amboi terjegil mata.. seronok peluk ye :lol:

mizruncing Publish time 10-3-2020 02:15 PM

untung laaa. btw dlm surat tu tulis Harry je. takde dah gelaran putera :lol:

kucingitam Publish time 10-3-2020 02:42 PM

dua_chzy replied at 10-3-2020 12:45 PM
Tulisan ummah negara maju memang buruk belaka kan?

drg mmg diajar tulis begitu sis..

kalau kena dgn french lagi nauzubillah nak membacanya..


buapakperut Publish time 10-3-2020 02:42 PM

meghan yang tadah luas. watpe minta maaf

husna_amal Publish time 10-3-2020 04:10 PM

Ingatkan peluk memeluk tu memang dah budaya diorang jadi bende tu ok je buat diorang ni.

orsay1 Publish time 10-3-2020 07:01 PM

dua_chzy replied at 10-3-2020 12:45 PM
Tulisan ummah negara maju memang buruk belaka kan?

buruk dan susah nak baca

Catpaw Publish time 10-3-2020 08:06 PM

Nampak mata budak tu macam terjojol gambar ke2 tu

Meiizu Publish time 11-3-2020 10:12 AM

gelak aku tgok mata dia terbeliak ahahahah

bolamata Publish time 11-3-2020 10:17 AM

ya ampun susah nak baca tulisan budak ni.. dulu i ada penpal dari ireland.. tulisan lebih kurang macam ni la.. berbelit nak baca dan faham

tipah89 Publish time 11-3-2020 12:56 PM

Ladybird910 replied at 10-3-2020 01:13 PM
Tulisan aku pon buwuk jua..mungkin aku bangsa negara maju yg tersesat di negara mundur (ikut penga ...

Ada kajian mengatakan orang tulisan buruk ni byk yg genius tau :)

Ladybird910 Publish time 11-3-2020 01:26 PM

tipah89 replied at 11-3-2020 12:56 PM
Ada kajian mengatakan orang tulisan buruk ni byk yg genius tau

Hahah...salah kot kajian tu but still aku amin to that...:$:laugh3::$

huruhara Publish time 11-3-2020 01:38 PM

blackeddotcom

ghalibboy Publish time 13-6-2020 01:22 PM

Macam macam cerita Megan ni...ingatkan nak hidup privacy, lebih banyak pula controversi.
Pages: [1] 2
View full version: Budak Sekolah Mohon Maaf Kepada Harry Sebab Peluk Meghan Markle


ADVERTISEMENT