seribulan Publish time 10-3-2020 07:43 AM

[Takwil Puisi 52] HALUAN

Pemenang KHILAF...


https://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/pompom.gif@aleX-S @meisapoyahttps://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/pompom.gif


Maksud puisi:

Ibu yang berasa kesal dengan cara dia mendidik anak suatu ketika dahulu. Segala kemahuan anak dipinggirkan, segala keinginan sebagai ibu perlu ditunaikan. Mendidik secara tegas dan mengikut telunjuknya saja. Didikan sang ibu menjadikan anaknya seorang cemerlang dan berjaya dalam hidup. Namun, didikan tegas itu telah mencipta jurang antara mereka. Si anak hilang kasih terhadap ibunya. Akhirnya, di usia emas, si ibu menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah orang-orang tua.


Puisi Minggu Ini


Haluan.


Ruang mana tiada jejak kita
kau alibiku
akulah alibimu
rahsiamu rahsiaku
bukan rahsia buat mereka
seiringan mencapai impian.
Andai aku pergi dahulu
kaulah pengurus jenazahku
begitu jua buatmu
begitulah kita
sebelum arus menerpa.
Lalu siapa perlu disalahkan?
bila kita berjarak langit dan bumi
menjeling pun kau tak sudi lagi.
Kau temui haluan
gemilang terbilang
kiranya itulah bahagiamu
rela menyongsang arus
hanyut menjauh
yang tak mampu kuturuti.


Hasil Nukilan,
@orgsepang






@johan-adx (mohon kaler dan rate)
@ipes2 (mohon kaler dan rate)
@aleX-S
@chicozinn
@ati3027
@watashinoai
@berakit2kehulu
@nurrlisa
@KILL_NANCY
@MeghanK
@sapeka
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@Nora_29
@Lengkong
@mamatco
@realist_13
@missfahd
@KahPahJ
@Ipo
@syadq
@kuihbakar
@mdhelmi
@bloodyamuk
@JibboTheCat
@eizarz
@kaksenah65




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/202002/11/065047ukd5vououhzdo25n.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/202002/11/065640a0c6m3zckitftttq.png




chicozinn Publish time 10-3-2020 10:50 AM

terima kasih momod sebab sudi tagged nama saya..

kali ni saya cuba ye..puisi ini mengisahkan sahabat/pasangan kepada penulis yang mana hubungan mereka tersangatlah akrab sehinggakan tiada rahsia diantara mereka. Tetapi sahabat/pasangan penulis tersebut telah membawa haluannya sendiri meninggalkan penulis apabila sudahpun berjaya setelah mereka berdua sama-sama mengharungi suka duka untuk berjaya dalam apa yang diimpikan mereka.

orgsepang Publish time 10-3-2020 04:32 PM

Terima kasih seribulan pilih puisi akak minggu ni. Selamat mencuba semua. :$

meisapoya Publish time 10-3-2020 05:31 PM

Wah. Nak claim tacang! :lol:

seribulan Publish time 11-3-2020 02:56 PM

@orgsepang @meisapoya...tunggguuu...

mod sorang melawan virus...seorang tengah meeting :)

Sila bertakwil ye...

syadq Publish time 12-3-2020 09:18 AM

Puisi 52.

Janji setia seorang manusia yang boleh berubah sekelip mata.

seribulan Publish time 14-3-2020 11:12 AM

@aleX-S sila post klaim :)

meisapoya Publish time 15-3-2020 12:11 PM

Mengisahkan 2 sahabat akrab yang ke mana sahaja akan bersama. Tiada rahsia antara mereka. Sehingga suatu waktu, mereka berjauhan. Penulis tidak dapat mengikut rentak sahabatnya lagi, yang terbang tinggi. Lalu mereka pun menjadi orang asing.

seribulan Publish time 17-3-2020 09:16 AM

Closed :)





.

seribulan Publish time 17-3-2020 09:16 AM

Closed :)





.
Pages: [1]
View full version: [Takwil Puisi 52] HALUAN


ADVERTISEMENT