Sup Telur Ala Chinese Style Pikat Hati Mak Mertua
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202003/07/111525x241o669ozo1182c.pngKredit foto: Zurina Zulkefli Via Facebook Masak Apa Hari Ini
Tak perlu lauk mewah tapi dia punya sedap lain macam. Kalau tak ada masa atau idea nak masak, sup telur ala chinese style ni boleh dijadikan hidangan paling ringkas.
Kalau tengah-tengah malam rasa lapar, lebih baik buat sup telur daripada pesan makanan segera atau makan mee segera.
Malah, lauk yang jenis berkuah seperti sup ini boleh membantu mengurangkan rasa tak sedap badan dan membantu juga demam lebih cepat berlalu pergi.
Jom tengok resepinya.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202003/07/110814p5fa5pgo2xupf2cu.pngKredit foto: Zurina Zulkefli Via Facebook Masak Apa Hari Ini
Bahan utama:
[*]Bawang putih (cincang halus)
[*]Halia (cincang halus)
[*]Kiub pati ayam (tiada MSG)
[*]Filamen ketam (dihiris nipis)
[*]Telur ayam (dibancuh)
[*]Tepung jagung (dibancuh)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202003/07/111338smlqxq88lcwccmcc.jpgKredit foto: Zurina Zulkefli Via Facebook Masak Apa Hari Ini
Cara memasaknya:
1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202003/07/111231ddmpmq55vd5vmpfa.jpgKredit foto: Zurina Zulkefli Via Facebook Masak Apa Hari Ini
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang dan minyak bijan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202003/07/111308tllzg92losjntkg9.jpgKredit foto: Zurina Zulkefli Via Facebook Masak Apa Hari Ini
Selamat mencuba. - CARI sedapnyaaa.. ala2 fin soup Saya dah cuba
Best hirup time hujan/ selsema
Tq ye Ni mmg favourite nampak sedap sup macam ni. Fly_over replied at 9-3-2020 12:02 PM
sedapnyaaa.. ala2 fin soup
Baru nak cakap Baru je buat pagi tadi untuk anak aku.. :loveliness::loveliness: Dah lama x buat.. sedapnyaaa makan panas2.. letak sayur banyak2. kadang2 iols tambah kuew teow balut telur jadi lah ala2 kuew teow kungfu Iols selalu buat mcm ni. Taruk sawi,carrot,putik jagung dgn cendawan. Pastu ratahh Done save.. Yum3.. kalau ketam tu ganti dgn benda lain bole ke? nk bg baby mkn akk siap letak jagung,sedappp hehehee margo20 replied at 9-3-2020 01:38 PM
kalau ketam tu ganti dgn benda lain bole ke? nk bg baby mkn
bole je...improvise lah ikut kesesuaian baby..
Dapnyer... beli yg dalam peket pun sama ajer.. tapi sedap lagi la kalau org lain yg masak :lol:;P sedapnyaaaaa satgi balik nak try hmm... yg part kacau pusingan dan letak bancuhan telur maksud nye telur (putih +kuning telur) kacau dulu mcm yg kite buat telur dadar tu ke?
TQ in advance. morango replied at 9-3-2020 03:40 PM
hmm... yg part kacau pusingan dan letak bancuhan telur maksud nye telur (putih +kuning telur) kacau...
yang sis faham..telur tu dah siap digodak macam nak buat telur dadar tu..
then masa nak masukkan telur tu dalam periuk, kene kacau sup tu supaya telur tu tak berketul2..so dia akan dpt effect mcm garis2 tulah..nak cantek lagi masa tuang telur tu tadahkan dengan penapis yg besar2 sikit...
Abang ipar saya orang Singapore selalu masak ni.Sedap. Tapi abang ipar saya buat ada element masam - dia letak epal cider. senangnya resepi dia..bolehla try nti Mudahnya! X pernah pulak cari resepi ni walau sedap makan kat kedai. :lol:
Pages:
[1]
2