Lagubestbest Publish time 6-3-2020 01:07 PM

COVID-19: India Sekat Eksport Ubat

Kerajaan India, tanpa sebab yang jelas, kini menyekat eksport ubatan generik termasuk Paracetamol dan beberapa antibiotik. 26 jenis bahan aktif farmaseutikal (APIs) dilarang sama sekali untuk eksport.

India merupakan negara pengeluar ubatan generik besar dunia, dan EU yang mengimport hampir 26% ubatan mereka dari India, kini 'panik' walaupun pihak berkuasa British menafikan risiko kekurangan stok sebab mereka dah prepare awal (beli stok) semasa persediaan menghadapi Brexit.

India sendiri mengimport 13 APIs dari Wuhan, tindakan India melarang eksport kebarangkalian atas alasan untuk menjaga stok ubat negara sendiri. Majlis eksport dan promosi farmaseutikal India pula kata kalau COVID-19 tidak dikekang, memang akan berlaku kekurangan teruk terhadap bekalan farmaseutikal yang disenaraikan.

-------------------------------------

Vaksin coronavirus mungkin dah wujud lama dah, selepas SARS, jika tidak kerana kekurangan dana untuk masuk membuat percubaan klinikal. Saintis dari Centre for Vaccine Development, Texas Children's Hospital kata mereka memang dah ada cipta vaksin untuk sejenis coronavirus pada 2016, tapi masa tu tiada siapa berminat. Vaksin coronavirus (jika dah ada) tu mungkin tak tepat untuk merawat COVID-19 tapi boleh cuba diguna (dan mengurangkan bilangan kematian), sementara saintis ubah vaksin untuk jadi lebih sesuai diguna dalam merawat COVID-19.

-------------------------------------

Smithsonian Global Health Programme kata mereka tak terkejut dengan COVID-19, malah pandemik memang dijangka berlaku. Jika kita melihat situasi ekonomi secara global, memang kita wajar melihat situasi kesihatan juga secara global.

Artemesiaa Publish time 6-3-2020 04:25 PM

Bukan orang awam je buat pembelian panic antara negara pun mula panic ada tak nak export ubat ada yang tak nak export mask bila keadaan mendesak macam2 jadi.Sebab tu tak boleh sentiasa berharap pada satu pihak je untuk adakan bekalan bila sesuatu terjadi pada negara tu negara lain pun boleh terjejas sama.

ina_na Publish time 6-3-2020 08:31 PM

So harga ubat kat farmasi akan meningkat la kan..

olezzeli17 Publish time 7-3-2020 12:48 PM

Mak aihh.. Ubat asthma yg jenis inhaler dh la memang buatan sana.. Harap2 India tak buat sekatan eksport ubat2an ni lama sangat la ye..Risau jugak ni.. :L

Samerosie Publish time 9-6-2022 01:42 PM

La patut sekat ivermectin ja, haritu kan ada forumer kata india guna tu je dah sembuh berjuta2 orang dia dari covid ni.

Buritan Publish time 9-6-2022 04:44 PM

Laaa.. dah ubat pulakkk.. poning den

Lagubestbest Publish time 9-6-2022 10:52 PM

Buritan replied at 9-6-2022 04:44 PM
Laaa.. dah ubat pulakkk.. poning den

wehh check tarikh. awat post2 lama I kembali aktif ni?
Pages: [1]
View full version: COVID-19: India Sekat Eksport Ubat


ADVERTISEMENT