adila39 Publish time 4-3-2020 11:52 AM

HARI NI NAK MASAK APA ? share resepi simple u all.

Edited by adila39 at 4-3-2020 04:06 AM

Salam....jom kita share menu / resepi harian like today nak masak apa.u all share la..menu dan resepi. Syarat dia resepi untuk yang malas masak yang simple and guna apa ada.

Like today bahan yang ada is telor and sawi and kentang ( Bahan utama )- so apa nak masak...hmmm


Lauk telor sup with sayur.

Bahan Bahan

Bahan 1
Ikan bilis secekup
Bawang besar sebiji
Bawang putih 3 biji

Sawi
Telor 2 biji
So un
Kentang/carrot

Serbuk ikan bilis satu sudu kecik
Garam secubit
Air coway segelas


Cara Cara
Blender semua bahan 1
Tumis ,letak olive oil sesudu
dan garing sikit je ...letak air coway and biar didih. Api kecik
Pastu, letak kentang dan empuk letak sawi dan telor kalau nak gaul gaul la...or asing kan kuning....last bila agak dah didih letak so un , serbuk ikan bilis and garam. Done.
Masak dalam 10 minit

Siap.




BomBoLoniS Publish time 4-3-2020 12:34 PM

Harini masak simple je.. resepi dari mak...

Sambal telur pecah.

Bahan-bahan:
1. Telur
2. Cili kisar
3. Ikan bilis
4. Bawang kecik

Cara-cara:
1. Tumbuk bawang kecik dah ikan bilis
2. Tumis sebentar bahan tadi..masukkan cili kering.. masak sampai garing .. tambah garam dan gula sikit
3. Tambah air letak bnyak sikit.. pecahkan telur satu persatu..telur dah masak terbalikkan telur.
4. Dah masak bole lah angkat.. dihidang dengan nasi panas

sekian.

adila39 Publish time 4-3-2020 12:44 PM

BomBoLoniS replied at 4-3-2020 04:34 AM
Harini masak simple je.. resepi dari mak...

Sambal telur pecah.


ya @BomBoLonis

ni dgn lauk i masak tu mmg kenaaaa... telur tu pecah pecah tak? arwah atok pun masak lauk sambal telur ni pastu dgn sup... mmg sedappp..

CikB Publish time 4-3-2020 01:12 PM

tq share resepi ni...insyaallah sis cuba nnti

makton Publish time 4-3-2020 01:16 PM

hari ni masak ikan tilapia penyet & kobis carrot lemak putih.

Ikan tilapia penyet :

1) ikan tilapia lumur garam kunyit. goreng sampai garing.
2) cili api, cili merah, tomato, bawang merah, bawang putih, belacan, ikan bilis - tumis sekejap dengan minyak sikit sampai layu & naik bau.
3) blend bahan2 tumis
4) masak semula bahan tumis yg dah di blend & perasakan garam & gula.

sayur kobis & carrot masak lemak :

1) potong kobis, carrot, bawang merah, bawang putih, cilik kering 1 tangkai.
2) campur smua bahan dgn santan cair & garam.
3) dah mendidih, masukkan santan pekat.

BomBoLoniS Publish time 4-3-2020 02:19 PM

adila39 replied at 4-3-2020 12:44 PM
ya @BomBoLonis

ni dgn lauk i masak tu mmg kenaaaa... telur tu pecah pecah tak? arwah atok pun m ...

ye sis.. pecah pecah jugak.. tp bukan hancur... lauk fevret nie.. hahaha

adila39 Publish time 5-3-2020 06:57 PM

Today rajin sikit,

Asam pedas ikan
taugeh goreng
sambal belacan tempe
ikan goreng

Sapa nak resepi tag ya

ellez Publish time 5-3-2020 08:43 PM

adila39 replied at 5-3-2020 06:57 PM
Today rajin sikit,

Asam pedas ikan


Wow..le creuset kah mod..koleksi yg mana ya..
Huhu

ellez Publish time 5-3-2020 08:44 PM

Iols da bookmark sesiap thread ni..
Mohon kalau ada resipi2 simple forumers lain mohon share ya:loveliness:

adila39 Publish time 5-3-2020 09:05 PM

Edited by adila39 at 5-3-2020 01:13 PM

ellez replied at 5-3-2020 12:43 PM
Wow..le creuset kah mod..koleksi yg mana ya..
Huhu

pinggan tu? aah tapi beli kat diy je... heheheh so its le diy

mesmerize Publish time 6-3-2020 04:20 PM

Edited by mesmerize at 6-3-2020 04:21 PM

ai selalu masak lauk2 ni utk mak ai sebab dia nak makan ngan bubur..
kali ni resipi berasaskan udang ya sebab kalau ai masak ikan, samada ai goreng, bakar ngan sambal atau kukus je ..

udang goreng kunyit
1) bawang merah / bawang besar
2) bawang putih
3) serbuk kunyit
4) udang sederhana dikupas kulitnya dan dibuang uratnya - gaul dengan serbuk kunyit n garam sikit
5) garam
Cara2:
Tumis bawang merah n bawang putih dalam sedikit minyak.. dah garing sikit masukkan udang yang digaram kunyit tadi.. bila udang dah masak siap utk dihidangkan.. lauk ni kering ya so kalau makan ngan bubur mmg sedap. kalau nak letak cili hiris silakan. sebab mak ai tak bole makan pedas so i tak letak cili.

udang goreng 2 rasa
1) bawang merah / bawang besar
2) bawang putih
3) udang sederhana dikupas kulitnya dan dibuang uratnya
4) sedikit sos tiram
5) sedikit sos cili
Cara2:
Tumis bawang merah n bawang putih dalam sedikit minyak.. dah garing sikit masukkan udang.. udang dah ala2 separuh masak masukkan cili sos n sos tiram.. bila udang dah masak siap utk dihidangkan.. lauk ni pun ala2 kering ya

telur hancur dengan udang
1) bawang merah / bawang besar
2) telur
3) udang sederhana dikupas kulitnya dan dibuang uratnya
4) garam
5) lada sulah/lada putih
Cara2:
Tumis bawang merah sampai sedikit garing dgn sedikit minyak. Telur tu pecahkan dalam mangkuk n kacau2 dengan udang yang dipotong kecil, garam n lada sulah sikit. Pastu masukkan aje lah adunan telur n udang tu dalam kuali yg tengah tumis bawang tu. Goreng2 sampai garing siappp :lol:


BomBoLoniS Publish time 6-3-2020 04:35 PM

Harini resipi masak ayam berlada.. Resepi ringkas..

Bahan-bahan:
1. Ayam
2. Bawang kecik 6 biji- Tumbuk atau kisar
3. Cili merah 3 tangkai - Tumbuk atau kisar
4. Bawang besar 1 biji - dihiris

Cara-cara:
1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit.. Goreng sehingga masak
2. Keluarkan sikit minyak ayam tadi.. Masukkan bawang besar yg telah dihiris.. Goreng sehingga keperangan...
3. Masukkan bawang kecik dan cili merah yg telah ditumbuk atau dikisar. Mask sehingga cili garing..
4. Masukkan sedikit garam dan gula
5. Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Gaul sehingga sebati.. Siap.

Lauk ni bole dipandankan dengan taugeh masak lemak.. Kalo uolss rajin masak 2 lauk lah ye..   

Selamat Mencuba.

mesmerize Publish time 6-3-2020 04:41 PM

resipi ikan kukus versi pemalas ya ampun ai seperti di bawah

1) seekor ikan siakap potong la fillet2 ke atau taknak potong letak sekor pun bole.. ai potong sebab senang kami anak beranak nak ambik sorang sepotong
2) carrot dihiris
3) cili merah atau cili padi dihiris
4) kobis panjang dihiris
5) daun sup dihiris

bahan tumis:
tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dalam sedikit minyak.. sampai garing baru sedap.

bahan sos:
pes tomyamdalam setengah sudu makan.. sos tiram.. kicap cair.. sos cili semuanya dalam sesudu atau 2 sudu bergantung pada banyak ke ikan korang tu.. campur gula sikit.. minyak bijan sikit gaul2 dalam mangkuk.. sos ni agak pekat tapi jangan campur air ye sebab air kukusan tu akan cairkan sos bila ikan kukus ni dah masak nanti.. ai tak letak garam sebab dah masin. kalau nak masin lagi korang tambah la garam.

Cara2:
Panaskan pengukus n letak air dalam dia. Api jgn besar sangat sederhana je. Dalam pinggan yang bujur dan dalam susunkan ikan, carrot, cili merah/cili padi, serai yang dipotong pastu curahkan tumisan bawang n bahan sos atas ikan tuh.. kukus ikan tu dalam pengukus..nampak ala2 ikan dah nak masak selepas kukus5-10 minit kemudian campak je sayur yang lembut macam kobis panjang dengan daun sup tadi. biar sampai kobis n daun sup tu layu tu maknanya ikan pun dah masak sekali. Ai suka masak lauk ni sebab all in one senang kerja tak payah protein lauk lain sayurlauk lain .. ai buat masa hari2 yang ai tak kuasa nak masak bermacam2 dish :lol:

adila39 Publish time 6-3-2020 06:17 PM

mesmerize replied at 6-3-2020 08:41 AM
resipi ikan kukus versi pemalas ya ampun ai seperti di bawah

1) seekor ikan siakap potong la fill ...

sedapnyaaaaa

adila39 Publish time 10-3-2020 12:00 PM

Nasi goreng paling sedap pernah I makan.

Simple.. sardin sikit + perisa tomyam

lain lain tu sama je la bawang, bawang putih sikit ikan bilis sikit cili merah sikit.. blender semua....

Minyak sikit, tumis and letak nasi.. walla!

Lengkong Publish time 16-3-2020 07:47 PM

BomBoLoniS replied at 6-3-2020 04:35 PM
Harini resipi masak ayam berlada.. Resepi ringkas..

Bahan-bahan:


Sedapnya kalau guna bahan2 yang ditumbuk



Pages: [1]
View full version: HARI NI NAK MASAK APA ? share resepi simple u all.


ADVERTISEMENT