seribulan Publish time 3-3-2020 07:29 AM

[Takwil Puisi 51] KHILAF

Edited by seribulan at 10-3-2020 06:46 AM

Pemenang Pendosa...


https://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/pompom.gifsemua pemenanghttps://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/pompom.gif


Maksud puisi:

peragut yang kantoi meragut, sekarang menahan kesakitan...


Puisi Minggu Ini


Khilaf


Anak pipit menjerit tangis
di atas dahan
sang ibu kembali berterbangan
tiada berakal mampu
berkasih sayang
hinalah aku
tiada hati sebesarnya

Salah dahulu bermain dimata
silap lalu mengusik jiwa
anugerah terindah
kurniaan Pencipta
tidak kutatang
tiada sayang
tanpa kusedar
hatinya telah ditumbuhi
amukan dan benci
mendalam

Darah muda memberontak
kupandang sebelah mata
segala mahunya aku pinggirkan
segala mahuku terpaksa
direlakan

Tiada ibu pinta
kegagalan jua
membuang permatanya
segala kepahitan kudidiki
menjadikan kendirinya
teguh dan berpendirian
mengubah nasib diri
tanpa sahutan lain tangan
namun aku terlupa
aku sudah lama kehilangan
dirinya
aku menjarakkan hati
yang sudah menjauh

Hari semakin senja
langit semakin kelam
aku kini keseorangan
biarpun ditemani teman
seperjuangan
meniti hari-hari terakhir
di taman ini

Nukilan karya,
@krimkraker


@johan-adx (mohon kaler)
@ipes2 (mohon kaler)
@aleX-S
@chicozinn
@ati3027
@watashinoai
@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@KILL_NANCY
@MeghanK
@sapeka
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@Nora_29
@Lengkong
@mamatco
@realist_13
@missfahd
@KahPahJ
@Ipo
@syadq
@kuihbakar
@mdhelmi
@bloodyamuk
@JibboTheCat
@eizarz
@kaksenah65




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/202002/11/065047ukd5vououhzdo25n.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/202002/11/065640a0c6m3zckitftttq.png


salmon-suki Publish time 3-3-2020 08:18 AM

Untuk puisi "Khilaf" ni,pd saya,menceritakan mengenai khilaf seorang ibu (Tiada ibu pinta
kegagalan jua) dalam mendidik,menjaga anaknya (anak luar nikah,barangkali) sehingga anaknya membuang ibunya sendiri..dan kini ibu tersebut telah menerima nasib,pd pndapat sy,maybe dah duduk kt rumah2 org tua kot (ayat terakhir-ditemani teman seperjuangan)...hehehe:$

Kalau silap,I'm sorry..hahaha..lama tak tafsir puisi nih..minda pun lama dah x asah;P

realist_13 Publish time 3-3-2020 01:22 PM

Edited by realist_13 at 3-3-2020 01:24 PM

Kisah kekesalan seorang ibu yang mempunyai anak tanpa suami di sisi. Anak membesar tanpa cukup kasih sayang ibunya yg dirundung rasa bersalah pada diri sendiri. Anaknya tidak seperti yang diharapkan olehnya disebabkan kisah luka lama si ibu. Anak pergi menjauhkan diri dari ibunya sendiri, membawa harapan untuk mengubah nasibnya sendiri.

Si ibu tinggal berseorangan kesepian bersama warga emas yang lain (Rumah Seri Kenangan / Tinggal di Kampung). Menunggu hari yang tak pasti untuk berjumpa Pencipta.

aleX-S Publish time 3-3-2020 06:07 PM

Puisi ni berkisar tentang penyesalan seorang ibu mengenangkan kekhilafan beliau sendiri sepanjang beliau membesarkan anak itu. Anak itu kekurangan kasih disebabkan ibunya terlalu sibuk menjalankan tanggungjawab yang lain, dan seterusnya membawa diri mencari bahagianya sendiri

Ibu tu di akhir usia beliau menghabiskan masa di rumah orang-orang tua, bersama rakan seperjuangan. Tanpa anak. Sobs :'(

Sayangilah ibu anda

syadq Publish time 3-3-2020 07:31 PM

P51.

Ibu yang mengenang perbuatan lampau tatkala kini hidupnya sepi. Ingatlah hidup kita seperti roda, eh.

krimkraker Publish time 3-3-2020 11:16 PM

Terima kasih @seribulan sebab sudi memilih puisi kite.....

orgsepang Publish time 5-3-2020 10:39 AM

Pemenang masih dapat hadiah ke sebab akak menang jua.:$

orgsepang Publish time 5-3-2020 11:17 AM

Puisi tentang seorang ibu tunggal yang masih muda membiarkan diri hanyut oleh hawa nafsu sehingga mengabaikan anaknya sendiri.
Bila tua dia hidup dirumah orang2 tua merindui anak kandung yang tidak mengenali ibu kandungnya.

Nora_29 Publish time 5-3-2020 12:00 PM

Wah Momod siap tagged nama iolls di sini ;P

Let me try decode makna di sebalik puisi ini ya...

Perenggan pertama membawa pembaca mengenang kembali zaman lampau sisi perempuan muda yang terpaksa meninggalkan zuriat yang masih kecil demi mencari sesuap rezeki. Perempuan muda yang tidak mengerti apa-apa jua duduk perkara sebagai seorang Ibu terpaksa mengetepikan perasaan sayang terhadap zuriat sendiri dan membiarkan zuriatnya membesar dengan sendiri.

Kemudian pada perenggan kedua, perempuan muda ini mula menyingkap khilaf sendiri akibat terlalu membiarkan zuriatnya membesar dengan sendiri sehingga menyebabkan zuriatnya mula merasakan bahawa Ibunya bukanlah manusia suci yang boleh dipanggil Ibu sepertimana kawan-kawannya yang membesar dengan penuh kasih sayang daripada seorang Ibu.

Kekesalan masa lalu ditambah pula dengan sifat memberontak si Anak membuatnya si Ibu merasakan si Anak wajib penuhi keinginan si Ibu tanpa menyedari si Anak sudah lama hilang rasa hormat dan sayang pada si Ibu. Sungguhpun si Ibu berusaha mendekati dan mendidik si Anak dengan kisah penderitaan hidup mereka lewat perenggan keempat namun si Ibu merasakan segalanya sudah terlewat untuk melembutkan hati si Anak.

Maka, si Ibu mengambil keputusan untuk memenuhi sisa-sisa umur yang masih berbaki kini untuk meneruskan kehidupan dengan apa adanya tanpa mengharapkan kasih sayang daripada si Anak sepertimana yang telah dinukilkan oleh pengarang puisi iaitu

..." aku kini keseorangan
biarpun ditemani teman
seperjuangan
meniti hari-hari terakhir
di taman ini..."


Sekian...

meisapoya Publish time 5-3-2020 09:21 PM

Penulis mengimbau kenangan lalu, kekhilafan dia dalam menjaga dan mendidik anaknya. Kasih sayang dan perhatian tidak diberikan kepada anaknya sehingga anaknya berjauh hati dengan beliau. Penulis lebih bersikap mementingkan diri pada suatu ketika dahulu. Sekarang, beliau amat menyesali perbuatannya.

Vassss Publish time 9-3-2020 01:46 PM

Edited by Vassss at 9-3-2020 01:54 PM

Skrg dh xbole tuntut adiah eh.iols pon pemenang juga puisi mgu lps ;P ;P ;P

Puisi kali ini mengisahkan kekhilafan seorang ibu yg mengabaikan tggungjawab pd anaknya kerana mementingkan diri sendiri.kini nasi sudah menjadi bubur.biar apa pon alasan tiada ape yg dpt mengubah si anak kerana dirinya tidak merasai kasih syg sejak dr kecil lgi.tggal la si ibu di pusat jagaan warga emas bersama rakan2 yg senasib dgn nya

seribulan Publish time 9-3-2020 03:30 PM

orgsepang replied at 5-3-2020 09:39 AM
Pemenang masih dapat hadiah ke sebab akak menang jua.

Dapat...@johan-adx pemenang ni :)

seribulan Publish time 9-3-2020 03:31 PM

Vassss replied at 9-3-2020 12:46 PM
Skrg dh xbole tuntut adiah eh.iols pon pemenang juga puisi mgu lps   

Puisi kali ini mengis ...

Sila buat post klaim ye...@johan-adx pemenang ni :)

Vassss Publish time 9-3-2020 11:20 PM

Nk claim plzzz {:loveo

seribulan Publish time 10-3-2020 07:36 AM

Vassss replied at 9-3-2020 10:20 PM
Nk claim plzzz

Tunggu @johan-adx @ipes2 :D

seribulan Publish time 10-3-2020 07:37 AM

Closed:)



.

johan-adx Publish time 10-3-2020 04:09 PM

Vassss replied at 9-3-2020 01:46 PM
Skrg dh xbole tuntut adiah eh.iols pon pemenang juga puisi mgu lps   

Puisi kali ini mengis ...

bole..insyallah..lmbt sikit..sbb skrg tgh bz.. :D

ipes2 Publish time 30-4-2020 06:10 PM

johan-adx replied at 10-3-2020 04:09 PM
bole..insyallah..lmbt sikit..sbb skrg tgh bz..
tu sy gaji jaga bod dan beri rates kepada forumers

ipes2 Publish time 30-4-2020 06:12 PM

seribulan replied at 10-3-2020 07:36 AM
Tunggu @johan-adx @ipes2

eh maaf sy tak nmpk notif ini cik seri

johan-adx Publish time 1-5-2020 03:42 PM

ipes2 replied at 30-4-2020 06:10 PM
tu sy gaji jaga bod dan beri rates kepada forumers

wahh gaji dh dpt..bonus je blom lg..hehehe
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 51] KHILAF


ADVERTISEMENT