hatibunga_ Publish time 1-3-2020 08:33 AM

Macam mana nak keluar dari suami suka menipu?

Edited by hatibunga_ at 5-3-2020 05:04 PM

Hai warga forum. Thanks korang

yuki812 Publish time 1-3-2020 08:39 AM

story lah skit tang nafkah zahir batin..ok tak dia bagi. tang kerja umah..dia ringan tulang ke tak. menipu tentang ppuan tu yg camne..takat mesej dirty talks je ker..phonesex ke..layan porn ker. atau dah berkasih syg sampai abaikan anak ker.

yuki812 Publish time 1-3-2020 08:46 AM

oh..lupa..citer juga tentang perangai dia. dia panas baran ker..kaki pukul..suka maki ker. kerja ok tak..financial savings tuk family ok tak. apa lagi yg dia tipu selain tang ppuan ke. dia sayang awk lagi ke tak..itu yg paling penting. kalau syg..at least ada harapan lagi nk perbaiki.

nak cerai gitu bkn senang..tak leh lah hanya dia silap yg boleh diperbaiki sampai fikir mendalam nak bercerai. dalam berumahtangga..takde yg perfect tiap pasangan.

KIM.K Publish time 1-3-2020 08:54 AM

Dulu banyak putus sebab ex cerita konar2. Iols boleh hadam jenis yang cakap straightforward je. Pantang iols family spin2 cerita :D cepat je menyirap

babynina30 Publish time 1-3-2020 09:02 AM

Yes pls cerita lebih detail tntg penipuan yg berlaku

hatibunga_ Publish time 1-3-2020 09:18 AM

OK la aku cerita serba sedikit. Suami aku ni kerja okay, baran tu tak la tapi masa time bergaduh keluar la baran masing-masing. Suami aku ni kerja bahagin IT, banyak kena standby. Working hours kadang panjang. Tapi aku taktau la kalau dia menipu kan working hours kadang-kadang. Takde la ringan tulang tapi kalau suruh buat dia buat je tanpa banyak songeh. Paling utama dia tak kedekut, yang ni aku ada sedikit buntu ni nak cerai ke tak.

OK nak cerita macam mana pulak kantoi. Korang tau la instinct seorang isteri tu. Cewahhh instint yang orang cakap kalah FBI tu. Hehehe. Suatu malam yang hening, suami aku terima panggilan tak bernama. Taktau kenapa aku rasa nak salin number tu. So aku simpan, check whatsapp takde gambar. Fine je la maybe dia punya customer kot. Suami aku ni jual barang computer jugak. Makin kerap pulak number tu call. Kadang pagi pun ada. Aku sebagai isteri/agent FBI call la number tu. Perempuan. Aku buat tanya sikit macam salah number. Aku kenal suara tu wehhhh...

MissLana Publish time 1-3-2020 09:18 AM

setuju dgn @yuki812 cerita kasi detail sikit TT. Cerai bkn perkara main2.

airmineral Publish time 1-3-2020 09:28 AM

aiya   citer tergantung
you da cuba listkan pro and cons kalau berpisah x?

CiliPadiSedap Publish time 1-3-2020 09:40 AM

musim politician lompat parti dan musim cerai ni sis.

hatibunga_ Publish time 1-3-2020 09:45 AM

Edited by hatibunga_ at 5-3-2020 05:05 PM

Sorry semua

hatibunga_ Publish time 1-3-2020 09:47 AM

airmineral replied at 1-3-2020 09:28 AM
aiya   citer tergantung
you da cuba listkan pro and cons kalau berpisah x?

Aku tak list lagi. Aku tengah buntu. Aku pun takde kawan sis. Aku ada anak aku je ni.

Tinot7 Publish time 1-3-2020 10:19 AM

Adik, kalau adik nak keluar, adik kena berdikari dulu. Skang ni, adik boleh ke berdikari.
Dolu2 ada porumer citer suami dia pun ada buat pangai angau camni. Yg tu lagi haru sbb suami dia jahat. So sikit2 dia berdikari. Dalam 3 tahun gitu, dia dah ada degree, keje, pandai bawak keta, dan sikit2 dia pindah umah siap dgn brg2 yg sume dia beli. Umah yg suami dia beli tu, dia tinggalkan. Kalau mcm tu, dia slamat sbb dah boleh berdikari. Adik?

hatibunga_ Publish time 1-3-2020 10:40 AM

Edited by hatibunga_ at 5-3-2020 05:06 PM

@#@$@@%#%$#@

hatibunga_ Publish time 1-3-2020 10:42 AM

Tinot7 replied at 1-3-2020 10:19 AM
Adik, kalau adik nak keluar, adik kena berdikari dulu. Skang ni, adik boleh ke berdikari.
Dolu2 ad ...

Itu la aku dok pikir jugak kak. Aku ni apa pun tak ada. Kalau aku stay aku rasa boleh mental tapi aku taktau nak mula dari mana. Mana nak cari orang jaga anak aku lagi. Nak cari kerja lagi. Adui. Sapa-sapa ada pengalaman macam aku boleh share macam mana korang keluar dari situasi ni.

Victorioussss Publish time 1-3-2020 11:10 AM

Cube la bermadu kaka..

dusunmind Publish time 1-3-2020 11:30 AM

Ini lagi kes bertemu kekasih lama.. Hurm...

astatine Publish time 1-3-2020 11:47 AM

Kalau susah nak tinggalkan anak, cuba la cari online biz. Ada je kawan jual perfume, 1 bulan income dkt 10k.slow2 cuba.
At the same time ajak jugak suami kembali ke jalan agama. Ajak solat jemaah ke, mengaji ke. Manalah tau, terbuka balik hati untuk berbaik

Tweety_Senrose Publish time 1-3-2020 11:54 AM

Sis cuba laa berdikari dulu. Slow2 je dulu demi anak. Memang susah tapi kena kuat lah. Try buat bisnes online, cari kerja, etc. Nanti bila dah financial stable, mintak cerai je lah. Nak sayang dua2 konon, tak guna.

hatibunga_ Publish time 1-3-2020 11:55 AM

Victorioussss replied at 1-3-2020 11:10 AM
Cube la bermadu kaka..

Bes ke bermadu sis? Kalau aku sorang aje gila takpe takot anak pulak terkena tempias.

hatibunga_ Publish time 1-3-2020 11:58 AM

astatine replied at 1-3-2020 11:47 AM
Kalau susah nak tinggalkan anak, cuba la cari online biz. Ada je kawan jual perfume, 1 bulan income...

Macam mana nak berniaga online ye? Aku shopping online pandai la. Haha. Cakap pasal agama tu, ye la suami aku ni nak kena ketuk je time solat. Tak tanya japg tak buat la. Sejak dari jadi hari tu, aku dok post la dekat whatsapp dia pasal solat, pasal curang ni. Psiko la konon. Hmmm.
Pages: [1] 2
View full version: Macam mana nak keluar dari suami suka menipu?


ADVERTISEMENT