eddlisa_uyuk Publish time 25-2-2020 08:44 PM

AKASIA : SEINDAH 7 WARNA PELANGI [AERIL ZAFREL,NABILA RAZALI]

Edited by eddlisa_uyuk at 25-2-2020 08:46 PM


JUDUL : SEINDAH 7 WARNA PELANGI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Intan Zarina Mohd Yasin
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Sahronizam Noor, Riz Amin, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Laila Nasir, Hairie Othman, Jalaludin Hassan, Wanns Ahmad, Cassia Iman

WATAK PELAKON
Aeril Zafrel sebagai Andika
Nabila Razali sebagai Aira
Hun Haqeem sebagai Arjuna
Raja Afiq sebagai Reyhan
Aidil Aziz sebagai Yazid
Elly Mazlein sebagai Mariam
Wanna Ali sebagai Zara
Wanns Ahmad sebagai Ikandar

SINOPSIS

Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!

“ Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?”
– Andika

“ Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira


Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.


"Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika


"Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira


Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.



eddlisa_uyuk Publish time 25-2-2020 08:48 PM



eddlisa_uyuk Publish time 25-2-2020 08:49 PM





eddlisa_uyuk Publish time 25-2-2020 08:50 PM

dah epi 2 tapi....sendu sgt

nabila razali nih tak patut ada laaa

mongoose_kidz Publish time 25-2-2020 08:52 PM

nama watak pun very the berangan...

mawaria Publish time 25-2-2020 09:05 PM

Turn off tgk hero dgn heroin

kaoru44 Publish time 25-2-2020 09:34 PM

Kalau heroin ok..nk jgk la layan mcm aeril ngn ummi dulu2..tu pun ada yg xsuka..ni nabila razali..mmg tak la nk tgok..:mad:

makadek Publish time 25-2-2020 09:42 PM

Testing hello2 kepams

ahlisihircute Publish time 25-2-2020 09:50 PM

Lansung x bernafsunak tgk bila tau sapa heroin...

glump Publish time 25-2-2020 09:52 PM

Sal lah nabila razali tu jd pilihan..tukar chanel lah yer

Fettybombom Publish time 25-2-2020 10:10 PM

Tertengok sekejap masa nk abis... Time nabila borak ngan aeril kt luar rumah... Kiutla watak nabila..character watak nabila tu cmstuden u hijabis yg naif, n agak dekat dgn aku coz ada yg aku kenal berpewatakan begitu.
Will follow siri ni...

bedahmenjuyah Publish time 25-2-2020 10:45 PM

Bosannya hero heroin

TerataiMelur02 Publish time 25-2-2020 11:50 PM

Boleh sekadar tengok kejap2.. Xdela kene follow tiap ep kt YT. Tp i x sabar cerita ni habis.. Nak tengok 7hari mencintaiku 2:$

AniseAzure Publish time 26-2-2020 12:01 AM

Ramai jgk yg x minat heroin ni rupanya.. Kui3. Terus xde selera nk tgk..

pearl.silver Publish time 26-2-2020 12:06 AM

Tgk heroin xstrong.. Jd x rasa nk tgk lg cite ni..

haifawehbe Publish time 26-2-2020 07:46 AM

citer melayu ni balik2 sanding atas pelamin tak pun masuk hospital. baik lah layan neflix lagi bagus.

sapeka Publish time 26-2-2020 08:49 AM

Cam bosan je jln cerita
Baca sinopsis dah sendu

nazzse Publish time 26-2-2020 09:05 AM

Non stop mulut mengomen tengok cerita ni...gedik sungguh heroin dgn hero yg control nyerr..please lah jgn ambil dieorg ni berlakon..turn off betul

takayama Publish time 26-2-2020 09:16 AM

kaka tgk cerita ni sementara nk tunggu maghrib masuk :lol:
Ms episode 1 seblm. maghrib msk tu time andika smp ya ampunnn aira tergedik2 sgt ;P
InsyaAllah akan ttp tgk andai maghrib msk lmbt juga :lol:

Mz1271 Publish time 26-2-2020 10:47 AM

TerataiMelur02 replied at 25-2-2020 11:50 PM
Boleh sekadar tengok kejap2.. Xdela kene follow tiap ep kt YT. Tp i x sabar cerita ni habis.. Nak te ...

ada smbungan 7hari mencintaiku? tt tau x bila start?
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: AKASIA : SEINDAH 7 WARNA PELANGI [AERIL ZAFREL,NABILA RAZALI]


ADVERTISEMENT