MULANYA DISINI
Assalamualaikum.Saya agak kesal kerana saya tidak berapa setia pada teman2 semasa saya di tanah air. Jika saya kekal dengan mereka, tentulah lagu ini akan menjadi tema nya. Tanpa mereka pun, saya rasa seolah2 lagu ini masih relevant. Terasa emosi menerewang jauh bila mendengar lagu ini sekali lagi.
Kerana teringat masa students, saya letak lirik, links dan sedikit info on this song yang saya rasa is among the best Malay songs yang pernah diterbitkan. Jazzy, soft, melodic dan sung in duet, ianya sangat senang untuk nyanyikan oleh pendengar dan lyrics nye pula catchy. Liriknya berkitar around how 2 souls met each and how their being together was the best thing that happened to them; inilah juga sebenarnya yang terbaik yang boleh berlaku pada dua insan yang menyayangi satu sama lain. Dalam lagu ini juga, the souls pledge their commitment to each other.
Lagu ini ditulis oleh Royston Maria, di nyanyi kan oleh Seha (Almarhumah, 2006) dan Shuaib Shaari bersama kumpulan Freedom pada tahun 1987. Other group members adalah Abdul Ghani Karim (Almarhum, 2016), Richard Gomis dan Mohd Nor Shahriman.
MULANYA DISINI
(F) Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Antara kita berdua
(M) Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan
(Chorus)
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
(F) Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu
(M) Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlagu
(repeat chorus)
(Bridge)
(M) Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini
(F) Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku
(repeat chorus)
2VLXayOI3oE
Ada sedikit reflection dari anak kepada Almarhumah Seha di sini:
https://www.bharian.com.my/node/176393
Antara lagu kegemaran aku. Lirik simple yet meaningful. Edited by KIM.K at 25-2-2020 08:40 AM
Seha cantik cam bersusuk
Lagu ni nostalgik sangat Antara lagu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas wah ... my feveret group dulu ni.. paling minatsi rambut panjang ikat tu apa nama dia ... kalau jadi lagu ni.. nyanyi sambil lompat2 ke sisi seha dengan bassist tu hahaha.... ada la a few songs dari freedom ni saya minat juga....suara seha ni lain dari yg lain kan...kenapa doc tiba2 teringat ni... masa tu I kecik lagi, tapi minat sgt dgn seha, rambut pun potong pendek mcm seha!One of my fav song Suka gak lagu ni. Tapi lebih suka lagu depa yang rancak sikit
Fy7rPdkThe4 lagu BTN.:lol: Lagu ni berantu jugak la sampai sekarang orang main sebab bermakna sedap lagi ni..santai je. slalu kalau pg kursus mesti mod pasang lagu ni suruh nyanyi ramai2 ;P djzara81 replied at 25-2-2020 07:31 AM
Antara lagu kegemaran aku. Lirik simple yet meaningful.
saya lupa sapa lyricist dia
KIM.K replied at 25-2-2020 08:00 AM
Seha cantik cam bersusuk
Lagu ni nostalgik sangat
lagu ni nostalgic utk sy juga
ya, seha memang cantik org nye
ex hubby pon orang putih, kan?
dah passed away dah org putih tu some years ago
Orgkgdukobesi replied at 25-2-2020 08:10 AM
Antara lagu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
lagu berlirik mudah dan ada clear shift dari intro kepada chorus kepada bridge memang mudah untuk diingat
jika diingat, maka biasanya akan dikira sedap, walaupun yg dikata sedap didengar tu sebenarnya jika suatu lagu tu rhythmic
ipes2 replied at 27-2-2020 05:23 AM
lagu ni nostalgic utk sy juga
ya, seha memang cantik org nye
ex hubby pon orang putih, kan?
his name is christopher, oh dah meninggal dah ye, how about her sons?
i am so sorry to hear this.
want2bhappy replied at 25-2-2020 08:19 AM
wah ... my feveret group dulu ni.. paling minatsi rambut panjang ikat tu apa nama dia ... kalau ja ...
oh yg rambut panjang / ikat tu ialah Ghani, almarhum meninggal 2016
dia ni glamer dalam group ni sebab dia lebih rock sikit penampilannya
juga, dia lead guitarist, jadi, akan sentiasa lebih menonjol
freedom takde lah satu group yg saya suka sgt
sy suka this one song aje
CikB replied at 25-2-2020 09:07 AM
masa tu I kecik lagi, tapi minat sgt dgn seha, rambut pun potong pendek mcm seha!One of my fav son ...
koh koh
rambut masa kecik pon nak tiru seha ye
dari mana dia mula menyanyi ye?
Scheherazade replied at 25-2-2020 02:42 PM
Suka gak lagu ni. Tapi lebih suka lagu depa yang rancak sikit
macam sy tulis kat atas tu, sy hanya suka satu ni je lagu freedom or seha bila depa berpecah; tapi sy tahu a few other songs mereka top di malaysia in the 80s dulu
mbhcsf replied at 25-2-2020 02:56 PM
lagu BTN.
iya?
BTN kah?
masa sy lalui BTN, lupa lak lagu apa
Catpaw replied at 26-2-2020 12:36 AM
Lagu ni berantu jugak la sampai sekarang orang main sebab bermakna
kerana content dan focus lagu ini ialah pada satu couple yang bercinta yg dok cerita pasal liku2 hidup mereka, so, mudah lah org kita merasai apa yg mereka lalui sbb kita semua lalui perasaan berpasangan, kan?
Cassieopeia replied at 26-2-2020 11:03 AM
sedap lagi ni..santai je. slalu kalau pg kursus mesti mod pasang lagu ni suruh nyanyi ramai2
ha ha depa mainkan lagu ni eh?
ni lagu cinta la, bukan lagu utk aju kan bersatu sebenarnya :lol:
tapi sekali imbas, org ingat gitulah.. sebab ''sama-sama'' tu