leesmarttz Publish time 22-2-2020 10:39 PM

Apps e-hailing/servis mana yang paling bagus untuk jadi rider/driver?

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua.

Sekarang saya tgh plan untuk register apps e-hailing/servis.
Tapi saya tgh tercari-cari lagi apps apa yg paling bagus dari segi payment/kebajikan rider/driver DLL.
Mohon kalau ada forumer yg ada pengalaman jadi driver/rider untuk share.
Komen anda adalah amat dihargai. Terima kasih.

nidzrain Publish time 25-2-2020 02:04 PM

kalau dari segi marketing promosi mmg grab paling bagus. dan dari segi request dr rider pn grab paling banyak job.

TAPI,

aku bukan la nak melobi grab, ada pro-conts jugak grab ni. TBH, aku banyak jugak req driver utk e-hailing lain, tp jenuh nak dpt driver. alih2 grab jugak yg sekejapan dpt driver. so as rider aku akan stick dgn grab dan uninstall segala toknenek e-hailing lain sbb aku rasa mcm xde function?

and, ini bukan bermakna job masuk dr grab tu non-stop. akan ada masa kau akan termenung melangut 2-3jam sbb xde job. rezeki mungkin?

untuk game e-hailing ni kau banyak kene blajar strategi kot. masa bila patut kerja, masa bila patut rehat, area mana rider ok, waktu mana rider mcm cilakak.. semua tu kau akan dpt lps kau start e-hailing.

btw, sblm kau tanya, aku dulu bwk uber as part-timer. ok la.. boleh la lepas duit sopin aku di kala weekend ;P

leesmarttz Publish time 2-3-2020 02:41 AM

nidzrain replied at 25-2-2020 02:04 PM
kalau dari segi marketing promosi mmg grab paling bagus. dan dari segi request dr rider pn grab pali ...

Bro,thanks a lot.byk ilmu blh guna ni
Pages: [1]
View full version: Apps e-hailing/servis mana yang paling bagus untuk jadi rider/driver?


ADVERTISEMENT