Nonones Publish time 18-2-2020 12:55 PM

Pengalaman Mak Aku Disihir

Edited by Nonones at 18-2-2020 12:55 PM

Ok lah.. saja aku nak share bosan2 dekat office ni sementara tunggu waktu nak lunch.

aku nak cerita pengalaman family aku hadap permainan sihir ni.

tahun 2018, tahun paling happy & sedih bagi family aku. happy sebab aku pregnant anak pertama jdnya cucu sulong dlm family aku, aku kahwin 2017. aku anak sulong dari 4 adik beradik. dtg dari broken family, mak ayah aku separated tp belum cerai lah masa tu (skg dah cerai).

start bulan 11 2018, mak aku dah mula tunjuk tanda2 depression, so ktorg agak maybe stress dkt tmpt kerja sbb mak aku selalu cerita dia stress dgn staff bawahan dia nak2 yang muda susah nak dengar kata. dgn kena mrh dgn orang atasan lagi. ohh sebelum tu...mak aku staff nurse dkt hosp gomen (tp baju biru la). mak aku yg jenis byk ckp jgk ni, tiba2 jd pendiam, selalu marah2. balik kerja confirm dia akan tidur, nampak muka dah lain. muka mmg pnt sgt, nampak kusam. ni adik bongsu aku la yg bgtau sbb aku tak duduk sekali dgn mak aku. (aku pindah KL ikut laki aku, mak aku dkt utara)

ada satu hari ni mak aku whatsapp aku mcm nak luah perasaan.

mak : mama stress, mama tak boleh buat kerja.
aku : mama kenapa? nak cerita apa2 cerita lah.
mak: mama tak tau nak cerita, mama stress
aku : ok ok mama cerita satu2
tiba2 mak aku blue tickkan aku sajokkk, dia tak reply.

keeesokkanya pulak mak aku whatsapp aku lagi.

mak : mama tak tau nak cerita, mama stress. mama tak boleh fikir. (ayat yg sama dia ulang mcm semalam)
aku : mama ni kenapa? kenapa stress2 ni? (lagi sekali lg mak aku blue tickkan aku, tak reply)

so aku update adik aku, minta adik bongsu aku tu tgk2 mak aku lebih sikit, sbb adik aku ni kuat main games suka terperuk dlm bilik. geram aku!

mula la episod, mak aku tiba2 berhalusinasi. minggu yg sama mak aku dok ber-whatsapp dengan aku, selang berapa hari je tiba2 aku dapat call dari mak aku.

mak : mama dkt aeon ni, tak boleh keluar.
aku : mama dkt aeon buat apa? tak boleh keluar kenapa? mama beli barang ke?
mak: mama tak tau, mama tak boleh keluar. tolong call abah. mama minta duit dgn org nak keluar tp org tak bg duit. mama takda card parking. call abah suruh dtg.

aku mula rasa tak sedap hati, aku call bpk aku. dlm hati aku syak mak aku kena pukau lah. so aku cpt2 call bpk aku.

aku: abah, mama suruh abah dtg aeon amek dia. mama kata dia tak boleh keluar. mama mcm kena pukau. saya risau la.
abah : yeke? mama jd mcm mana?
aku : tah lah, mama tiba2 jd blur jd mcm org bodoh. asyik dok ulang2 nak keluar je.
abah : abah ada kerja ni, tak boleh dtg.

terus aku call paklong (abg mak) aku mintak tlg pergi tgk mak aku dkt aeon. jd paklong aku pun pergi la cari mak aku dkt aeon. paklong aku jumpa mak aku masih dlm kereta dlm keadaan blur, paklong aku pun tlg mak aku keluar dari aeon tu terus bwk ke rumah nenek aku. mak aku masih lg blur. oh dlm blur2 tu mak aku boleh lg bwk kereta tp sedar tak sedar la. lps tu aku call mak aku tanya apa jadi.


masa ni mak aku mcm dah ok sikit dari blur dia, jd dpt la korek cerita.

aku: apa jd ni ma?
mak : mama sebenarnya kerja pagi lps tu tertinggal pendrive dkt rumah, mama balik la amek. bila mama buka pintu rumah, tiba2 masa rasa seram. . dlm masa sama mama nampak ciknab(arnab ktorg bela) mata merah, muka garang. cpt2 la mama amek pendrive terus keluar rumah. tiba2 mama nampak ada 2 bijik kereta ni sebjik mcm kereta mama, nombor kereta pun sama. mama ikut la kereta tu sampai aoen. tiba2 kereta tu hilang.

aku jd speechless, tak tau nak bg reaksi mcm mana time tu. tiba2 mak aku menangis menjerit2 kata dia stress! semua tak paham dia. bertambah pelik perangai mak aku. td elok je dia cerita dgn aku. lps pada tu aku tak berani dah call mak aku. aku cuma dpt update dari adik aku & paklong je.
ok bersambung...







Catpaw Publish time 18-2-2020 01:11 PM

Tunggu tt sambung :)

Akhir zaman makin orang bermain dengan sihir ni

Kurex Publish time 18-2-2020 01:23 PM

hmm ayah aku pun kena sihir masa bukak kedai.. taknak aku cerita sebab bugis tu suka tengok orang yg dia benci rasa sengsara, nanti kalau aku cerita, tu kira satu kepuasan dari dia.. biasalah, ponen

bintangct Publish time 18-2-2020 01:51 PM

ok i tunggu

Nonones Publish time 18-2-2020 02:45 PM

Bersambung balik, dah kenyang melantak lunch td ;P

tiba masa nak solat asar, mak aku mcm org normal balik boleh amek wudhuk mcm biasa then solat mcm biasa. tpppp yang pelik mak aku solat kiblat arah lain! adik bongsu aku tegur mak aku masa solat tu tp mak aku takda respon lgsg, dia terus solat je. sampai part dah habis solat nak berdoa, tiba2 mak aku angkat tangan dia mcm sami buddha berdoa tu, bkn tadah tangan mcm selalu kita berdoa, mulut terkumat kamit baca doa tp tak tau la baca apa. adik aku perasan, tegur mak aku lg. mak aku masih tak sedar. then adik aku tarik tgn mak aku, baru dia sedar. then mak aku cakap "kenapa kacau mama, mama tgh cakap dgn abah". damn! asal mak aku solat mcm tu???? adik aku terus update aku then ktorg bincang2 mak aku ni bukan lg depression ke apa, dah mcm kena buatan orang. dah kenapa berdoa mcm sami buddha.

bila mak aku habis solat asar tu, dia sedar je mcm biasa. boleh menyapu rumah nenek aku lagi, masa dia tgh sapu2 tu dia kumpul semua sampah dkt satu tmpt. lps tu mak aku kutip semua sampah tu guna tangan dia masuk plastik, letak satu tmpt lain. then tiba2 mak aku jerit dkt adik aku, paklong aku suruh tutup pintu rumah, tingkap rumah semua sbb dia kata nampak byk org dkt luar rumah, nampak hantu dkt luar rumah nak masuk rumah nenek. menjerit2 mak aku masa tu. kebetulan nenek aku tgh mengaji alquran masa tu. nenek aku mmg alim sikit orgnya, solat tak tinggal, solat sunat sentiasa buat, hari2 mengaji. tiba2 mak aku jd sasau, masuk bilik tutup pintu taknak keluar. dgr dia menangis dlm bilik sorang2 tp dia tak bg sape2 masuk dlm bilik tu.

then ktorg adik beradik decide jgn bg mak aku solat sorang2. so adik2 aku, nenek aku solat berjemaah berimamkan adik bongsu aku supaya kiblat tak salah lg. elok mak aku solat mcm biasa tp mak aku masih berdoa mcm sami buddha dlm keadaan dia tak sedar. bila tarik tgn baru dia sedar lps tu mak aku akan jd blur. bila tanya mak aku, dia sedar tak dia buat mcm tu, mak aku kata dia sedar cumanya mcm ada benda control dia.

tgh sibuk adik2 aku monitor mak aku, paklong aku tgh usaha carikan ustaz. dpt la jumpa sorang ustaz ni. mlm tu jgk deal dgn ustaz dtg rumah nenek utk berubat mak aku. lepas isyak ustaz dtg, berubat dkt ruang tamu depan. ustaz mula dgn bacaan azan lps tu baca surah2 alquran & ruqyah. first attempt mcm takda apa2 jd, second attempt pun mak aku tak rasa pape lg. ustaz ni kuatkan lg bacaan beliau sampai jiran sebelah pun bleh dgr, then tiba2 mak aku bg respon. mata terbeliak pandang ustaz tu tp tak cakap apa, tgn mak aku tiba2 terbang mcm burung tp masih pandang tepat ustaz tu. tiba2 mak aku menjerit ''jangan kacau aku, aku nanti suami aku taknak balik'' meronta2 mak aku masa tu, paklong & adik laki aku terpaksa pegang mak aku sbb dia nak lari. ustaz cptkan proses berubat, supaya mak aku tak jd lg teruk.

lps je berubat tu, mak aku nampak lemah sgt. then ustaz ckp dgn paklong aku, mak aku ni ada orang hantar, mungkin sihir dari siam. agak kuat jgk sihir dari siam ni ustaz kata, jdnya sekaliberubat takkan pulih. kena berkali2. paklong aku ada tanya, siapa yg buat. ustaz tu cuma bg bayangan, lelaki & orangnya tinggi. jd ustaz dah janji nak dtg lg esok untuk berubat lepas isyak.

keesokkan harinya, lps isyak adik2 aku & paklong aku tunggu la ustaz nak dtg. tunggu punya tunggu, ustaz tak dpt dtg. jdnya terbengkalai la proses nak ubat mlm tu. jam dah pukul 11, jd semua pun nak masuk tidur. mak aku masih tidur dlm bilik, adik2 aku tidur dkt ruang tamu. tiba2 adik perempuan aku terdengar mcm ada benda berjalan atas bumbung rumah. then adik aku pergi tgk mak aku, mak aku tgh tidur. adik aku cakap benda tu mcm berjalan ikut dia. dari ruang tamu ke dapur adik aku boleh dgr ada benda berjalan atas bumbung rumah nenek. adik aku pun buat je la mcm biasa wlpn, seram jgk la. tepat jam 3 pagi mak aku terjaga, adik aku tersedar tanya mak aku.

adik : mama nak pergi mana?
mak : mama nak amek wudhuk nak tahajjud.
adik : oh ok, apa2 panggil adik. (adik aku monitor mak aku)

mak aku pun ambik wudhuk mcm biasa then solat tp masih lg kiblat arah lain then berdoa masih lg mcm sami buddha. adik aku biar je sbb adik aku tau tindakan mak aku tu diluar kawalan dia.

ok bersambung... ada meeting

puteribaya Publish time 18-2-2020 03:33 PM

ya Allah kesiannya mother you..sila sambung

beni_nikaido Publish time 18-2-2020 05:18 PM

Beni ni dari dulu rasa pelik..
macam mana la orang2 yg main bomoh ni boleh cari bomoh ek?
bukan bomoh ni ada iklan pun
diorg ni tau2 je kt situ sini ada bomoh

Nonones Publish time 18-2-2020 05:21 PM

sambung sikit lagi sebelum balik.

sebelum tu, sepanjang mak aku sakit mak aku cuti tanpa gaji.

lepas dah berubat dengan ustaz tu, then hari kedua ustaz tu pun tak dapat dtg. hari2 berikutnya pun ustaz tak dpt dtg. ktorg adik beradik dgn bantuan paklong aku gigih la cari ustaz merata nak berubat. tp ada tak dpt dtg, jauh pulak. dekat 2 minggu jgk mak aku sakit & selama2 minggu tu jgk mak aku dgn adik2 aku berkampung rumah nenek. tak berani balik rumah, sbb punca dari dlm rumah ktorg. nasibbak rumah nenek tak jauh sgt dari rumah ktorg.selama tak berubat tu, mak aku dah macam orang gila. ptg lepas asar mesti mak aku akan meracau. masa tgh sakit tu, mak aku sgt2 anti dgn sampah yg ada dlm rumah nenek aku. bekas2 tupperware yg buruk pun dia buang tak tentu psl. ada satu hari tu dia kata dia nampak hantu langsuir dlm bilik tgh rumah nenek. dkt luar rumah nampak hantu raya mata merah. dia nak halau semua hantu2 tu sendiri dia kata.

ada jgk satu haritu mak aku tiba2 pusing2 byk kali meja makan dkt rumah nenek, tgn dia berpusing2 jgk sambil mata terbuka tutup. mcm org gila kita dok tgk dlm tv tu, adik aku sempat rakam & sent dkt aku. aku menangis tgk mak aku sampai jd mcm tu. wonder, siapa yg busuk hati sgt buat mak aku mcm ni. selang beberapa hari lps ktorg tak jumpa ustaz yg boleh berubat, baru husband aku teringat, adik kandung dia boleh ubatkan orang (ni pun satu, kenapa la dah berhari2 baru laki aku ingat adik dia boleh berubat orang, facepalm!) so minta tlg dgn adik ipar aku tu. adik ipar aku tu perempuan ye.

adik ipar aku minta gambar mak aku, dia kata nak tgk. dia mmg ada kelebihan, Allah buka hijab dia & dia boleh nampak segala mala jenis hantu. & dia gunakan kelebihan dia untuk ubat org. so aku pun bg gambar mak aku dkt adik ipar aku. guess what apa adik ipar aku nampak?? kepala mak aku bertanduk 2, gigi taring terkeluar dari dlm mulut. ada beguk besar dkt tepi tengkuk. Allah! masa tu ktorg mmg terduduk dah. kebetulan jgk adik ipar aku duduk dlm kawasan yg sama, jdnya malam ke 5 ke 6 gitu, first time la adik ipar aku dtg tgk mak aku dgn kwn dia yg selalu ikut berubat (kwn pun perempuan) dibantu suami adik ipar aku.

adik ipar aku cerita, sebelum dorang nak dtg berubat mak aku benda tu dah tau dorang nak dtg. jd dkt rumah lg benda tu dah kacau adik ipar aku dgn suami dia. tp Allah izinkan jgk adik ipar aku dtg tlg mak aku malam tu. adik ipar aku pun sampai rumah nenek aku, dtg jumpa dgn paklong aku. kebetulan abang2 mak aku yg lain pun ada jgk dkt rumah nenek masa tu. ada dari KL balik, nak tgk mak aku.tp masing2 tak bwk family, balik sendiri je. takut apa2 jd. masa adik ipar aku dtg rumah nenek, pakngah aku pun ada. jdnya dia mcm tak selesa dgn adik ipar aku tu dtg nak berubat. pakngah aku mcm kurang sikit la percaya benda2 mcm ni tp sebabkan ada paklong aku insist nak berubat jgk mak aku, pakngah aku mengalah.

so adik ipar aku approach mak aku dalam bilik, masa tu mak aku tgh tidur. ada pakcik aku sorang yg join ikut masuk bilik mak aku tu. adik ipar aku pun mula la rawatan, tp tak kacau mak aku tidur. kwn adik ipar aku ni la tukang perantara antara adik ipar aku dgn benda tu. benda tu masuk dlm bdn adik ipar aku. then cerita kenapa kacau mak aku. ye mmg ada orang hantar, dari siam. ada 14 ekor jin dlm kepala mak aku, orang yg hantar tu mmg nak mak aku jd gila. dan ye mak aku dah jd gila masa tu. cumanya tak dpt trace siapa yg hantar. so dorang tarik keluar semua jin2 hantu setan iblis yg ada dlm kepala mak aku. alhamdullilah, mlm tu mak aku tidur lena. keesokkanya mak aku dah tak meracau lagi. tp adik ipar aku dah pesan, belum habis sepenuhnya lagi.

lepas dah ok sikit, mak aku decide nak balik rumah dia balik. so adik2 aku pun dgn takut2 & terpaksa balik la ke rumah mcm biasa. tp adik aku cakap rumah nampak lain, luar terang benderang. waktu siang tghari tu, tp bila dkt dlm rumah terasa gelap sampai kena buka lampu.

sampai sini dulu, esok aku sambung lagi..


halimi78 Publish time 19-2-2020 11:02 AM

sambung, jgnb x sambung.... wa tunggu nk baca

Abg_Zek Publish time 19-2-2020 12:00 PM

Setia menunggu sambungan....:lol:

Nonones Publish time 19-2-2020 03:10 PM

sambungan....

lepas dah berubat dgn adik ipar aku & mak dgn adik2 aku pun balik rumah la mcm biasa. alhamdullilah dlm 2-3 hari mak aku dah nampak ok sikit tp lepas tu dtg balik tanda2 mcm nak jadi balik. mak aku mula penat balik, dia akan tidur spjg masa & taknak bgn solat. tiba2 jd malas.

harikeempat dkt rumah waktu tghari, mak dgn adik bongsu aku tgh tgk tv sebelum tunggu waktu lunch. masa ni nampak normal balik tp selang beberapa minit tgh tgk tv tu adik aku kata dia perasan mak aku tgh geleng2 kepala dia mcm tok bomoh dok geleng2 kepala mcm dlm tv tu tp slow je lah. mata tertutup. adik aku panggil mula2 mak aku tak dgr, kali kedua panggil tak dgr. kali ketiga panggil baru dgr itupun adik aku jerit masa tu. mak aku terus sedar, dia terus masuk bilik tidur dia balik & tidur. adik aku sempat rakam kelakuan mak aku masa tu & dia sent dkt aku. aku terus forward dkt adik ipar aku & adik ipar aku ckp lepas asar dia dtg tgk rumah & mak aku sekali. so ktorg pun tunggu la sampai lepas asar.

ngam2 pukul 5 adik ipar, suami dia & kwn perempuan sorg lg sampai rumah mak aku. mak aku sebenarnya mmg menanti2 org nak dtg ubat dia tp dia tak dpt nak respon sgt bila dlm keadaan separuh sedar mcm tu.

aku sebenarnya terlupa nak cerita yg aku syak bpk aku yg sihirkan mak aku dari awal lagi sbb masa mula2 mak aku jd blur masa dia dkt aeon tu kan aku ada call bpk aku suruh dtg tgk mak aku tp dia tak dtg. masa aku ckp dgn bpk aku waktu, aku terperasan bpk aku mcm tergelak sikit bila aku ckp mak aku dah mcm org bodoh. tiap2 hari dia tanya aku mak aku mcm mana, tp dia lgsg tak concern lgsg dgn mak aku or nak tlg mak aku. masa tu mmg aku mula2 syak je, & rasa tak sedap hati psl bpk aku. & aku ada ckp dgn adik ipar aku psl rasa tak kesedapan hati kat bpk aku. so adik ipar aku take note je lah & dia minta gambar bpk aku nak tgk. aku pun bagi je lah.

ok sambung balik part adik ipar aku nak berubat balik dkt rumah mak aku...
adik ipar aku mulakan rawatan dgn kwn perempuan dia tu. masing2 buat la part masing2, & tiba2 benda tu masuk dlm bdn adik ipar aku. so kwn perempuan dia start tanya dkt benda tu. masa ni mak aku dlm keadaan normal dan sedar sbb adikipar aku dah baca somethingutk lindung mak aku.

kwn perempuan : kau siapa? dari mana kau dtg?
hantu: dari thailand (dia mengilai) tp ckp melayu kauuuuuuuu
kwn perempuan : kenapa kau kacau dia? siapa hantar kau?
hantu : ehhhh suami dia lah yg hantar aku, nak musnahkan keluarga ni. suami dia lahhh HA HA HA benda tu gelak sambil tunjuk dkt mak aku dgn mata terbuntang.
time ni muka mak aku berubah terus,terkejut dgn apa benda tu bgtau.
kwn perempuan: kau duduk dkt mana dlm bdn org ni?
hantu: aku duduk dlm kepala dia lah, suami dia suruh. suami dia nak dia jd gila. HAHAHAHAHA dia gelak lg.
kwn perempuan : berapa tuan kau bayar kau?
hantu: RM 500
kwn perempuan: baik, aku nak jumpa tuan kau. panggil tuan kau skg.

dlm 5 minit mcm tu, tiba2 roh bpk aku masuk dlm bdn adikipar aku dlm keadaan menangis teresak-esak. (ni aku tak pasti mcm mana dorg buat, betul ke tak)

konon bpk aku : isteriku...aku sgt menyayangimu & anak2. aku minta maaf, aku minta maaf.
mak aku masih diam lg masa ni. terkejut dia tak hilang lg.
konon bpk aku: isteriku...aku tau byk dosa aku pdmu & anak2, ampunkan aku. aku tau kepayahan mu membesarkan anak sorang diri tanpaku. maafkan aku. aku cuma nak anak2 hargai aku sbg seorang bapa & aku dpt main dgn cucu bakal lahir kedunia nanti.

adik2 aku masa tu dorang kata nak gelak tp terpaksa jd serius. adik perempuan aku ada jgk tergelak sikit masa tu tp benda tu mrh dia balik. ;P ni kelakar la walaupun masa tu keadaan mcm tu.

lepas tu, dorang lepaskan roh bpk aku, hantu plak take over masuk balik bdn adik ipar aku. adik ipar aku tanya dkt mana dia duduk dlm rumah ke luar rumah. hantu tu bgtau, dia duduk dlm rumah dkt pintu masuk dgn dlm bilik mak aku. adik ipar aku bgtau hantu tu tlg bgtau tuan dia (bpk aku) amek balik barang2 yg dia hantar & jangan ganggu lg. alhamdullulah lepas selesai rawatan, rumah jd terang balik dari gelap mcm nak malam. tp mak aku masih lg terkejut dgn apa dia dgr & baca.

lepas dari kejadian ni, mak aku pun minta cerai dgn bpk aku. sbb selama ni mak aku ragu2 nak mintak cerai dgn bpk aku. sampai skg bpk aku tak tau ktorg semua tau dia yg hantar sihir tu pd mak aku. tah la aku nak percaya atau tak, bermain iblis syaitan ni mmg nak sesatkan manusia. tp tu lah kami semua tak sangka klu betul bpk aku yg buat. ohh ya lepas pd tu ktorg nasihat mak utk jumpa jgk dgn psychiatrist utk balance kan diri.

sekian...

sorry la klu cerita kurang menarik, aku cuma cerita pengalaman shj

btw, parents aku mmg ada masalah rumahtangga sejak dari dulu lg. selalu gaduh esp bpk aku ni tak kerja takda duit, tak jlnkan tanggungjawab sbg suami & ayah. wlpun mcm tu, bpk aku mcm lebihkan adik beradik dia. adik beradik dia sanggup berhutang tlg, tp keluarga sendiri terbiar. ibarat bela biawak hidup. semua mak aku tanggung dari A-Z. kami syak point utama bpk aku buat mcm ni sbb mak aku dah proceed nak cerai dkt mahkamah, mungkin dia tak boleh terima ke apa aku tak pasti. itu hal parents aku, aku tak tanya byk. tp mak aku pnh nampak la bpk aku dgn perempuan lain. bpk aku pun dah tak duduk serumah dgn mak aku hampir 10 tahun.

grizz Publish time 19-2-2020 04:45 PM

uii btol ke bapak ko yg anta..klu btol mmg kejam la..siap nk wt jd gile lg..

Nonones Publish time 19-2-2020 05:20 PM

grizz replied at 19-2-2020 04:45 PM
uii btol ke bapak ko yg anta..klu btol mmg kejam la..siap nk wt jd gile lg..

tak pasti benda ni betul ke tak, susahkan nak percaya? tp benda tu bgtau sendiri & bila tgk tindak tanduk bpk aku masak mak aku sakit tu mcm ye bpk aku buat. tak pasti, tp klu betul bpk aku, aku hrp bpk aku bertaubat la :'(

MissVixen Publish time 20-2-2020 08:33 AM

Kurex replied at 18-2-2020 01:23 PM
hmm ayah aku pun kena sihir masa bukak kedai.. taknak aku cerita sebab bugis tu suka tengok orang yg ...

Bugis tu ada kedai dekat bota ke? Kedai mana 1? Nak elakkan singgah kedai dia kalau lalu situ.

MissVixen Publish time 20-2-2020 08:41 AM

Nonones replied at 19-2-2020 03:10 PM
sambungan....

lepas dah berubat dgn adik ipar aku & mak dgn adik2 aku pun balik rumah la mcm bias ...

Lamanya mak tt bertahan. Ayah tt ada ugut mak tt ke supaya diam dan digantung tak bertali? Tt ada jumpa ayah berdepan ke? Ada muka bersalah atau takut ke?

Ipo Publish time 20-2-2020 11:36 AM

Apa yang adik ipar tt nampak masa bagi gambar bapak tt?

noradaniez Publish time 20-2-2020 12:50 PM

MissVixen replied at 20-2-2020 08:33 AM
Bugis tu ada kedai dekat bota ke? Kedai mana 1? Nak elakkan singgah kedai dia kalau lalu situ.

Bota celah mana ni???? Dulu selalu makan kat pekan bota tu.

fifie_olin Publish time 20-2-2020 03:27 PM

parents ko dah sahbecerai ke
x sgka dlm rmi2 rupanya suami sendri

MissVixen Publish time 20-2-2020 10:50 PM

noradaniez replied at 20-2-2020 12:50 PM
Bota celah mana ni???? Dulu selalu makan kat pekan bota tu.

Tak tahu. Baru nak tanya kurex.

sarah82 Publish time 21-2-2020 12:59 AM

beni_nikaido replied at 18-2-2020 05:18 PM
Beni ni dari dulu rasa pelik..
macam mana la orang2 yg main bomoh ni boleh cari bomoh ek?
bukan bo ...

Masuk siam.. Kalau nak senang.. Byk sami ambik upah utk bomohkan org.. Kat kedah ada few tempatarea siam yg ada bomoh handal.. Yg aku tau.. Seorg jiran aku kaki bomoh selalu pi jumpa kat padang sera.
Pages: [1] 2 3
View full version: Pengalaman Mak Aku Disihir


ADVERTISEMENT