orgsepang Publish time 17-2-2020 11:46 AM

Sekeping hati

Dulu terjerit benci
kini tersipu malu
bila namanya diseru
disaingi denganku.
Jantung terenjat
menderu menghentak dada
sesak sebu nafasku
menoda lena
membahangi pembuluh darah
terserlah memerahi wajah.
Lelah gagal menepis wajahnya
memenuhi ruang jiwa dan mata
tiada sesiapa
selain dia
dia
hanya dia.
Bingung keliru
begini
mengapa romeo rela mati
hanya kerana sekeping hati
ingin dimiliki
hakiki
abadi.

Istimewa buat @bloogyamuk yang teringinkan puisi cinta :P
@seribulan

aleX-S Publish time 17-2-2020 02:15 PM

Kak, dia nak puisi cinta happy ending kiki ;P

@bloodyamuk

https://s5.gifyu.com/images/ce585b017ef1beddfefd432c8ad343d9.gif

bloodyamuk Publish time 18-2-2020 02:11 AM

ekekeke semput plak baca...tapi romeo pun bukan happy ending kan? asalkan chenta tak bertepuk sebelah tangan ;P;P

orgsepang Publish time 18-2-2020 10:47 PM

Selagi hidup mana ada ending dek. Usha mencapai impian dan harapan semoga tidak ada penamat yang menyedihkan gitu.:P
Pages: [1]
View full version: Sekeping hati


ADVERTISEMENT