flowerhit Publish time 14-2-2020 11:15 AM

Luahan Perasaan Di Hari-Hari Terakhirku Di Office Sekarang

Edited by flowerhit at 1-10-2020 12:35 AM


lemme introduce myself first. umur aku 32, married with kids.
aku dah 8 tahun kerja. 6 tahun sebagai pensyarah and 2 tahun sebagai admin officer.
dulu aku mmg seronok mengajar. sbb tu mmg passion aku.
sehinggalah pada Jun 2018, aku n beberapa org lecturer lain ditransfer ke admin sbb no of students di kolej kami drop.


maka, bermula la kehidupan aku sebagai seorang staf pentadbiran.
pada aku, aku mmg struggle la sbb kena dtg ofis buat bnda yg bukan aku minat.
bulan ni dah hampir 2 tahun aku survive dlm bidang ni.
tapi hanya allah yg tahu betapa aku nk keluar drpd department aku ni.
aku pernah minta dgn boss untuk mengajar atau diberi load mengajar, tapi boss aku xbagi.
dia siap bg remarks dpn staf2 lain "jangan harap awak boleh mengajar ya".
aku dah start cari2 kerja lain dari tahun 2019 sbnrnya tp aku akui mmg susah nk dpt.


shortlisted untuk interview pun aku xdpt. aku sbnrnya apply je kerja2 lain walaupun peluang aku utk jadi lecturer tmpt lain tipis.
sbb aku takde master. aku pernah ambil master tapi xdpt habiskan thesis aku sbb struggle pregnant anak 1st, ada baby & lain-lain. (tu semua kenangan)
kat department aku ni, boss agak syg aku. kata boss, aku bagus buat kerja. (boss yg claim la xtahu betul ke x)


akhirnya aku dpt panggilan temuduga sebagai seorang guru interim. alhamdulillah. aku dpt kerja tu.
walaupun kontrak 3 tahun under kementerian pendidikan malaysia n kena ambil kursus dlm cuti, hati aku kuat suruh aku pergi.
aku dpt posting di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
awal bulan 3 ni aku akan lapor diri. inshaAllah.


dan boss aku sgt lah x nak aku pegi. tapi memandangkan kolej aku kerja skrg ni x berapa nk untung n tahun ni dah tahun ke-4 xde kenaikan gaji,
mmg xde apa yg boss bole buat seperti counter aku balik ke apa. kali terakhir kitorang dpt kenaikan gaji pun bawah rm100 pukul rata semua org.
dan, boss aku ni start la kutuk2 profesyen perguruan ni. yg aku bengang, dia akan cerita kat staf2 dia (colleagues aku yg lain) memburukkan kerja yg aku nak pergi ni. lagi la masam muka staf2 lain di ofis aku bila termakan dgn kata2 boss aku ni.


so far suami aku, parents aku sgt sokong aku pergi. sbb diorg tahu passion aku mengajar.
ikhlas aku ckp, gaji aku sekarang pun xtinggi mana. dan gaji bidang guru tu mmg rendah sikit dari gaji skrg.
kalau ikutkan pendapatan family, gaji suami aku sorg pun dah masuk dalam T20. so inshaAllah cukup walau gaji baru aku nanti sikit dr skrg. (alhamdulillah syukur tapi tu semua pinjaman sementara kan)
tp memandangkan aku stress dgn org2 ofis especially kakak2 pembantu tadbir yg annoying n suka jeles dan toxic people yg aku kena face, aku rasa aku kena grab chance untuk terjun semula ke bidang pendidikan. sekarang ni aku dapat sour treatment kat ofis. tapi aku kena kuat. remarks yg aku dapat (gaji kecik la, kontrak la, xde pencen (ni kelakar, sbb ofis skrg pun xde pencen), cukup ke gaji ko tu? aishhh mcm2 lagi. siap ada yg xpercaya aku dpt posting di KL.


kawan2 sama2 mengajar dulu semua support n happy for me. sbb diorg faham. tapi kawan2 ofis aku termasuk boss sgt lah bitter. they didn't even congratulate me. pada diorg, aku menyusahkan diorg bila aku nk resign. sbb diorg kena ambil kerja aku nanti. aku xbuat perangai di hari2 terakhir aku kat ofis. aku still buat kerja mcm biasa. counting days..... smbil menghadap remarks2 org yg nk psiko aku.


doakan aku ya. i need words of encouragement from korang.
TQ.


buragazz Publish time 14-2-2020 11:29 AM

Baik sangat.. kalau aku.. siap la..

kualibesi Publish time 14-2-2020 11:35 AM

buat xthu je sis,, time lunch tu mkn sorang2,, xpun layan drama ke apa, buat kerja, by 5 or 5.30 sharp, chow.. atleast balik rmh tgk muka anak, sejuk sikit hati..

NurAlia14 Publish time 14-2-2020 11:44 AM

Xyah pikir pasal org lain..pikir jauh kedepan..kau je tahu ape yg blh buat kau bahagia..sour treatment? Lantak la yang penting kau bakal selamat dr tempat toxic mcm tu

KIM.K Publish time 14-2-2020 11:47 AM

Lepas kesusahan ada kesenangan. Bersabarlah sis lagipun lepasni peluang maju dalam kerjaya lebih cerah. Politik tempat baru kita belum tahu
Anggap sbg latihan ke tempt baru. Selamat majujaya

supermum Publish time 14-2-2020 11:49 AM

Ambik 24hour notice je kalau gitu. Nak buat ape stay kalau nyakitkan hati.

ikinbest Publish time 14-2-2020 11:52 AM

supermum replied at 14-2-2020 11:49 AM
Ambik 24hour notice je kalau gitu. Nak buat ape stay kalau nyakitkan hati.

a ah sis .. betull la.. tunggu bakpa

Themilo Publish time 14-2-2020 11:55 AM

u go girl! akak-akak PT gred N17 memang toxic. kepala babi. nasib baik kat opis i semua siti mala petaka tu dah pencen.

prettyuglybabe Publish time 14-2-2020 12:02 PM

pedulikan je la orang lain tu..
buat apa nak fikir dorang..
fikir la pasal diri u sendiri..
u tau apa yang terbaik untuk u kan..
kalau tak suka and u mampu bayar, resign je short notice..

gummygummy Publish time 14-2-2020 12:17 PM

eii pedulikan je sis! Gomen ladies ni memang semua mostly toxic eh? Kawan I yang kerja same level pon selalu mengadu mentality depa ni soo kampung!

buat je apa yang u rasa perlu sis. persetankan mata2 yg memandang tatkala kita mkn sorg2 ke hape ke. niat hati nak kerja nak bantu pendapatan suami and nak ada income sendiri. tu jeee.

supermum Publish time 14-2-2020 01:15 PM

Nape org kutuk akak gomen pulak? TT ni kerja kolej swasta ka? Yang mengata dia akak2 admin kolej dia hahahha

realist_13 Publish time 14-2-2020 02:10 PM

Buat tak tau je sis, persetankan mereka yg toxic itu :lol:

kuchenta_81 Publish time 14-2-2020 04:25 PM

Good luck TT.
Pedulikan sour treatment tu. Kuatkan hati, cekalkan hati.
Staff i pun dapat masuk Engineering Dept under Kementerian Pendidikan di Putrajaya walaupun status kontrak, kami tetap support dia sebab rezeki di masa hadapan tak siapa yang tahu kecuali DIA.
Walau kami di GLC ni, tetap ada pro and contra.

noor2 Publish time 14-2-2020 05:35 PM

Resign jela notis 24jam. ..lagipun kerja baru menanti. ...

ayorsuam Publish time 14-2-2020 06:36 PM

Dah tak lama uols....in a few weeks what they say will not matter AT ALL. Hadap je. But before leaving be extra nice to them. Lawan kejahatan dengan kemanisan (cth brownies apa2 yg tengah fesyen kat jamuan2 opis sekarang). Tunjuk yg uols whatever kan aje theyols...I'm so moving on kome tinggal ler kat kolej yg hidup segan mati tak mau tu..

airisa Publish time 14-2-2020 07:47 PM

ayorsuam replied at 14-2-2020 06:36 PM
Dah tak lama uols....in a few weeks what they say will not matter AT ALL. Hadap je. But before leavi ...

setuju ..

masa last day tu, letak 2 talam kuih yg manis & sedap2 tu ...

buat tak tahu je dgn diorg .. bagi i la .. sebenarnya, diorg tu cemburu sebab u dapat keje lain dan diorg tu terperangkap di situ ..

ikanmasin Publish time 14-2-2020 08:26 PM

biarkan saja sbb diaorg tu sakit hati sbb tak bole kemana2..
yg penting tt dah settlekan kerja dan hepi2 suda..

airmineral Publish time 15-2-2020 02:36 PM

lantak drg la hidup ko
ko nak dgr kutuk2 tu pon sementara je
end of the day, yg nak kena survive hari2 mendatang adalah hidup ko

QIsmail Publish time 15-2-2020 03:44 PM

Well... an English teacher is always welcomed. So welcome aboard, TT! :loveliness:

Ignore je mak cik bawang at your current office. That’s what happened to me when I was about to leave my previous workplace too. I can’t promise things would be so easy at the new place- but better things will come to you :P

Konahhh Publish time 15-2-2020 05:44 PM

Ignore je TT, macam forumer lain cakap, time lunch sila makan sambil tengok drama ke apa. Buat taktahu jela, cause you know what make you happy & you're working towards it. Memang geram sebab yela kita spend masa punyala lama kat office dalam sehari, tapi soon dah tak jumpa dah. Anggap jela ni kepayahan sebelum kesenangan. TT, hwaiting!
Pages: [1] 2 3
View full version: Luahan Perasaan Di Hari-Hari Terakhirku Di Office Sekarang


ADVERTISEMENT