Lembut, Gebu, Sedap - Jom Cuba Resepi Penkek Ala Jepun Ni, Pasti Jadi!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202002/12/090732ebon7gv7oob9wvop.pngKredit foto: Facebook Puan Ruzita Mohamed Dan Aneka Selera
Kalau makan di restoran, sudah pasti harga penkek gebu atau Fluffy Pancake ala Jepun agak mahal. Apa kata cuba buat sendiri?
Hanya menggunakan bahan-bahan muda dan dimasak di atas kuali non-stick sahaja.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202002/12/090420bzachza2r6h1yncj.png
Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Resepi Malaya Turun Temurun
Untuk resipi Fluffy Pancake ala Jepun yang mudah dan gerenti jadi ini, ikuti perkongsian pengguna Facebook Puan Ruzita Mohamed yang telah dikongsi wargamaya sebanyak lebih 12,000 kali.
Berikut adalah resipi untuk satu adunan. Tak cukup? Gandakan saja!
Bahan A
[*]2 biji kuning telur
[*]40 gm superfine flour
[*]1/2 sudu teh baking powder
[*]1/2 sudu teh esen vanilla
[*]25 gm fresh milk full cream
Campur semua bahan A sehingga pekat.
Bahan B
[*]2 biji putih telur
[*]25gm gula kastor
[*]Lemon jus 1 sudu teh, tak letak pun tidak mengapa dan boleh digantikan dengan cuka.
Putar sampai kental (soft peak), kemudian satukan dengan adunan bahan A secara berperingkat. Sila rujuk video.
Qarg7peLYr4
Japanese Fluffy Pancake sedap dimakan ketika waktu sarapan pagi atau waktu minum petang, ditambah pula dengan jem buah, aiskrim dan krim putar. memang terangkatlah!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202002/12/090844y69krmfs2mkk2tcm.jpgKredit foto: Facebook Puan Ruzita Mohamed
Pasti menyelerakan! Selamat mencuba. - CARI
Kredit resipi: Facebook Puan Ruzita Mohamed Uish.. Nampak sedap Baru pas melantak nasi kari daging. Tgk je pancake ni terus lapau blk laparrrrrrrr tqqqq bagi resepiiii. teringat2 pancake kt jepun nuuuun tengok gambar je dah terliur ni Macam senang tapi tak tau jadi ke tak kalau saya buat walaupun sekadar pancake {:1_545:}
nak buat malas.. macam tak berbaloi..
takat makan 1-2 keping je.. iols penah try sebab geram,tapi hangit sebab dapur murahan iols apinya takleh kecik lagi,nonstick pan pun jebis tak tebal punya,dia kena palai api kecik sgt,patu kena tutup pan. nanti try lagi nampak sedap tp kemalasan meolls melebihi segalanya Tiba2 rsa nak buat sbb iol mmg minat mkn pancakes. EvieWanKenobi replied at 13-2-2020 06:19 PM
nak buat malas.. macam tak berbaloi..
takat makan 1-2 keping je..
Resipi dlm video tu mcm boleh utk 6 org.
tunggu aku masuk gaji nanti :curse::'( EvieWanKenobi replied at 13-2-2020 06:19 PM
nak buat malas.. macam tak berbaloi..
takat makan 1-2 keping je..
ye betul. sama je ngan waffle. cepat muak makan sekeping dua je
gideoncross replied at 13-2-2020 10:25 PM
Resipi dlm video tu mcm boleh utk 6 org.
boleh dpt dua keping je Iols dh buat
mmg sedhappp sap2 yg malas buat bole g try kat OU.. nama kedai x igt tp kedai tu depan jd sport kot.. anak buah iols penah mkn Buat dia agak rumit..hahahah dh perna tgk to worth it laa sbb sedapp Gebu nya macam cheese cake depa.. isu nya adalah rumah takde mesen putar tu eh lupa plak nama dia
pastu pernah dlu ada mesen tu tp now da jahanam, buat2 tak jadi. smpai skng merenung je la fluffy2 ni semua. kroit92 replied at 13-2-2020 10:41 PM
tunggu aku masuk gaji nanti
Kau kat sini ke kroit.....
Nanti dpt gaji belanja ok...
Pages:
[1]
2