orgsepang Publish time 13-2-2020 08:56 AM

Haluan

Ruang mana tiada jejak kita
kau alibiku
akulah alibimu
rahsiamu rahsiaku
bukan rahsia buat mereka
seiringan mencapai impian.
Andai aku pergi dahulu
kaulah pengurus jenazahku
begitu jua buatmu
begitulah kita
sebelum arus menerpa.
Lalu siapa perlu disalahkan?
bila kita berjarak langit dan bumi
menjeling pun kau tak sudi lagi.
Kau temui haluan
gemilang terbilang
kiranya itulah bahagiamu
rela menyongsang arus
hanyut menjauh
yang tak mampu kuturuti.
Pages: [1]
View full version: Haluan


ADVERTISEMENT