zuri154 Publish time 12-2-2020 07:58 PM

Drama Maaf Tak Indah (Samarinda TV3) - Azlee Khairi & Azar Azmi

Nantikan drama adaptasi novel Maaf Tak Indah karya Emy Roberto yang bakal mengisi slot Samarinda TV3. Menemukan gandingan Azlee Khairi dan Azar Azmi. Drama arahan Zamri Zakaria, terbitan Zamriez Golden Pictures. Akan menemui penonton bermula 12 Februari 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : MAAF TAK INDAH
EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Amka Ahmad, Riqmal Eg
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan, Yumna Ayuna, Muhammad Mikael Kahirul Izzad

WATAK PELAKON
Azlee Khairi sebagai Raimie
Azar Azmi sebagai Syazan
Ruhainies sebagai Zila
Fizo Omar sebagai Jai
Zulkifli Ismail sebagai Rahim
Aida Khalida sebagai Sabariah
Mustapha Kamal sebagai Shariman
Didie Alias sebagai Safiah
Aleza Shadan sebagai Ros
Melanie Tan sebagai Cheryl
Pauline Tan sebagai Kelly
Yumna Ayuna sebagai Tijah
Tuan Zuhayr Al-Mundzair sebagai Adam
Cassia Nur Iman sebagai Tia

LAGU TEMA/ OST MAAF TAK INDAH
Maaf - Adira Suhaimi

SINOPSIS MAAF TAK INDAH
Kisah Syazan yang tersilap langkah melahirkan anak yang dia cuba gugurkan. Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu menyedarkan Syazan. Namun semuanya telah terlambat dia diceraikan oleh suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan itu, malah Syazan dibuang keluarga dan berpisah dari anaknya. Hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Selepas 5 tahun, mereka dipertemukan semula. Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Syazan pula menyembunyikan kehadiran anaknya Tia dari pengetahuan Raimie.

{:loveo{:loveo{:loveo

zuri154 Publish time 12-2-2020 07:59 PM

Edited by zuri154 at 12-2-2020 08:03 PM

Pelakon Maaf Tak Indah

{:loveo{:loveo{:loveo

zuri154 Publish time 12-2-2020 08:01 PM

Edited by zuri154 at 16-2-2020 11:21 PM

ADAM

:'(:'(:'(

YEIa0K5VvX0

zuri154 Publish time 12-2-2020 08:02 PM

Edited by zuri154 at 17-2-2020 10:56 PM

#credit/sumber facebook Indah Zulkarnain

MAAF TAK INDAH

Novel ini merupakan karya EMY ROBERTO...penulis ni terkenal dengan hasil karya beliau yang telah diadaptasi ke drama bertajuk Jangan Benci Cinta he he....tagline Husna sangat popular hasil penangan drama ini. Saya teruja ketika membaca buku ini sebab dari mula lagi sudah sedih....hati saya terasa sayu dan sedih saat Raimie berhadapan dengan sikap keras kepala isterinya Syazan yang tidak mahu menerima hakikat yang dia mengandung. Kesilapan terbesar Syazan telah buat hasil hasutan rakan baiknya Cheryl iaitu dengan mengugurkan kandungannya yang telah berusia tujuh bulan di Amerika Syarikat namun tidak berhasil dan akhirnya anak tersebut lahir juga tetapi mengalami kecacatan kesan perbuatan Syazan.

Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu akhirnya menyedarkan Syazan. Tangisan pertama anaknya ketika dilahirkan menzahirkan rasa bahagia dalam dirinya. Namun dia terpaksa berhadapan dengan kemarahan suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan isterinya. Syazan tidak dibenarkan untuk menyentuh atau menjaga Adam. Hal ini amat menyakitkan Syazan kerana haknya sebagai ibu kandung diketepikan. Raimie berpendapat Syazan tidak layak bergelar ibu dan isteri. Permohonan maaf Syazan tidak dilayan oleh Raimie malah hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Raimie akhirnya menceraikan Syazan dan mahu berkahwin dengan Zila. Sewaktu Syazan diceraikan dia sedang mengandung namun Syazan mengambil keputusan untuk menyimpan berita tersebut kerana dia yakin jika Raimie tahu Raimie akan mengambil anak itu daripadanya. Setelah lima tahun mereka berjumpa semula dan Raimie terkejut kerana Syazan mempunyai seorang anak. Setelah diselidiki akhirnya Raimie mengetahui bahawa anak itu adalah anak kedua mereka.

Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Raimie membenarkan Syazan berjumpa Adam dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya namun di sebaliknya Raimie yang masih menyayangi Syazan tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya. Adam jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Raimie mengambil keputusan untuk menikahi semula Syazan. Pernikahan semula mereka menimbulkan kemarahan Zila yang tak henti-henti mengharapkan Raimie mengahwininya. Raimie tidak mahu berkahwin dengan Zila setelah mengetahui perbuatan jahat Zila terhadap arwah anaknya Adam.

Hati Raimie hancur dan penuh dengan penyesalan apabila melihat isteri yang disayanginya, hidup dalam penderitaansepanjang lima tahun mereka bercerai. Parut-parut duka dalam badan isterinya cukup menyeksa jiwa Raimie sehingga air mata penyesalannya menitis. Syazan juga masih hidup dalam penyesalan namun kekuatan dan kasih sayang suaminya memberikan semangat kepadanya.

Sedih tau rasa di jiwa sepanjang membaca novel ni. Tidaklah tebal. Nipis sahaja. Saya boleh habiskan membaca dalam dua jam sebab mula saja pembacaan...hati ku diruntun rasa pilu hu hu.....tapi saya suka he he...HAPPY ENDING.

# Novel ini mengajar saya erti sebuah kemaafan dan penyesalan. Betapa mudahnya untuk kita mengungkapkan kata-kata maaf tetapi belum tentu semudah itu kita akan mampu untuk melupakan apa yang telah berlaku. Bak kata orang...hati yang terluka itu terlalu sukar untuk diubati.

#Sebuah rasa penyesalan sangat sakit untuk kita lalui. Kesilapan demi kesilapan...kesalahan demi kesalahan yang telah kita lakukan akan menjadi bayangan penyesalan yang sentiasa mencengkam memori kehidupan kita.

{:loveo{:loveo{:loveo

Melur1 Publish time 12-2-2020 08:29 PM

check in.... {:mlhi:}

zuri154 Publish time 12-2-2020 08:50 PM

Melur1 replied at 12-2-2020 08:29 PM
check in....

Cuols layan lyma tak?

nasbab86 Publish time 12-2-2020 08:55 PM

ade ruhainies. sori

zuri154 Publish time 12-2-2020 09:12 PM

nasbab86 replied at 12-2-2020 08:55 PM
ade ruhainies. sori

Kemut bkn heroin cuolsss.... azar yg heroin

soslaili Publish time 12-2-2020 09:44 PM

Takde hero lain ke..

zuri154 Publish time 12-2-2020 09:54 PM

Edited by zuri154 at 18-2-2020 09:55 PM

credit ig novelis emy roberto :)

URUHA Publish time 12-2-2020 10:41 PM

Kayu kayan sungguh Azar Azmi ni. Rengsa betul meols tengok :mad:

Melur1 Publish time 12-2-2020 10:44 PM

zuri154 replied at 12-2-2020 08:50 PM
Cuols layan lyma tak?

ofkos la kaka peminat tegar ni ;P

URUHA Publish time 12-2-2020 10:46 PM

Btw muka Azar Azmi ni ada iras muka Chacha Maembong tapi versi sendu :sweat3:

makadek Publish time 12-2-2020 10:49 PM

Kepam si kemut rubainis kemek2 abis mukaaaaa

Kokoru Publish time 12-2-2020 11:09 PM

zuri154 replied at 12-2-2020 09:12 PM
Kemut bkn heroin cuolsss.... azar yg heroin

Kaka..i folo u...hahaha

Perawankota Publish time 12-2-2020 11:31 PM

Bukak tv, tiba2 scene si Azar ni pakai mcm suri rumah x siap dgn rumah bersepah.. Tp pakaian x macam org duduk umah 3tingkat, dah mcm org dok flat kos rendah.. Terus malas nk tgk.. Tukar layan Chandelier..

zuri154 Publish time 13-2-2020 12:18 AM

Ok la not bad utk first episod. Jalan cerita laju & lakonan hero heroin x kejung. Ada chemistry. Skrip pun ok.

Cuma reason syazan tak suke budak hanya semata2 sb takut gemuk & smpi plan dgn bestfren sheols shery nk pi buat something pada kehamilan trimester ketiga sgt bongok iols rasa. Novelis patut cari reason yg strong sket. peknen bole jd mati ke, peknen bole jd kanser ke, peknen bole jd cacat ke.... ayoooo.... cari la reason yg munasabah.

Calling @Puteri19 mencemar duli
Calling @kokuru ni pakwe cuols tampil pd first episod pakai kemeja biru tepi tasik lyma 6 taun lps. Still duta recycle ghupenya ;P

zuri154 Publish time 13-2-2020 12:18 AM

Kokoru replied at 12-2-2020 11:09 PM
Kaka..i folo u...hahaha

Iols dah tgk first episod

{:mlproud:}

Puteri19 Publish time 13-2-2020 12:26 AM

Wow wow hero terhebat Malaya adaaa...
{:thumbo
Pandai bwk helly tak? Kemut suke.

Puteri19 Publish time 13-2-2020 12:29 AM

zuri154 replied at 13-2-2020 01:18 AM
Ok la not bad utk first episod. Jalan cerita laju & lakonan hero heroin x kejung. Ada chemistry. Skr ...

Kalau SA ada sipi2 kisah tunang putus zz
MTI iols dok pikir mcm sipi2 kisah acik telaga tak nk ngandong... kikiki voleh?
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Drama Maaf Tak Indah (Samarinda TV3) - Azlee Khairi & Azar Azmi


ADVERTISEMENT