Melur1 Publish time 10-2-2020 02:49 AM

[DRAMAVAGANZA] JUJURLAH NIKAHI AKU (Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita N

cc: MyInfoTaip
Nantikan drama adaptasi novel 'Jujurlah Nikahi Aku' karya Umie Nadzimah di slot DramaVaganza, Astro Ria. Menampilkan lakonan Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura dan ramai lagi. Diarahkan oleh Rashid Sibir. Ditayangkan bermula 27 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul7 malam di Astro Ria.

JUDUL : JUJURLAH NIKAHI AKU
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Maizura Ederis
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Arie Zaharie Production
PELAKON : Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar, Kasmaliah Mat Dome, S.Sahlan, Hamidah Wahab, Arena Iman, Mandy Chong


WATAK PELAKON
Uyaina Arshad sebagai Nurin Asyfa
Sean Lee sebagai Alan Wong
Rita Nadira sebagai Zurin
Amar Asyraf sebagai Ahmad Zanif
Raja Azura sebagai Puan Azah
Zaidi Omar sebagai Encik Arshad
Hamidah Wahab sebagai Narimah
S.Sahla sebagai Tuan Zainal
Magerate Gan sebagai Popo
Arena Iman sebagai Suzaila


SINOPSIS JUJURLAH NIKAHI AKU
Mengisahkan Nurin Asyfa, gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan yang baik dengannya. Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu.

Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna dan meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya. Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin, adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Zanis. Namun rumahtangga mereka tidak kekal lama.

Muncul pula si Qayyum pemuda yang tidak dikenali yang ingin menikahinya dengan rela hati.

https://www.instagram.com/p/B7xBKrIjw_5/

bersungguh2 kak engku tendang heroin
kalau dh ada thread untuk drama nih mohon maaf ya momod

Perawankota Publish time 10-2-2020 05:50 AM

Best x drama ni

Melur1 Publish time 10-2-2020 06:00 AM

Perawankota replied at 10-2-2020 05:50 AM
Best x drama ni

heroin pasif... mak ngan kakak/adik melampau2 kejamnya.. mcm sinetron pun ada. tapi iolls layan jugak hahah

rosmahisham Publish time 10-2-2020 06:39 AM

La dia x kawen dgn Alan ke? Kawen dgn zarif?

Ladybird910 Publish time 10-2-2020 09:34 AM

Edited by Ladybird910 at 10-2-2020 03:19 PM

Melur1 replied at 10-2-2020 06:00 AM
heroin pasif... mak ngan kakak/adik melampau2 kejamnya.. mcm sinetron pun ada. tapi iolls layan ju ...

Heroin siapa? si yana gediks ni ke..btw awat pakai glove plak..:o

Melur1 Publish time 10-2-2020 03:18 PM

Ladybird910 replied at 10-2-2020 09:34 AM
Heroin siapa? si yana gediks ni ke..btw awat pakai glove plak..nk senang sesi meramas isit? Mizz ...

gloves tu termasuk dalam plot kaka

Ladybird910 Publish time 10-2-2020 03:20 PM

Melur1 replied at 10-2-2020 03:18 PM
gloves tu termasuk dalam plot kaka

Tgn dia cacat ke dlm drama ni?

NekNgah Publish time 10-2-2020 04:40 PM

Ladybird910 replied at 10-2-2020 03:20 PM
Tgn dia cacat ke dlm drama ni?

Ya, tangan cacat.

azimodin Publish time 12-2-2020 10:18 AM

Mula2 meouls eksited nakmatei sebab ada sean memandangkan meouls baru je habis khatam I Love U cikgu. sekali meouls dilanda kekecewaan dengan kelembapan plot and watak jahat yang overly annoying dalam drama ni.scene nurin kena buli dengan mak pon mengalahkan makjjang kimchi slap & sinetron zoom2 muka. patut la meouls tunggu benang x bukak2. meouls tengok on demand di hujung minggu pastu forward part alan je. Sean berlakon nampak lebih meyakinkan dari Alvin Tan & keith Foo.

Anak iouls umur 5 tahun pon refer sean as NIK sebab dia teman i menghadap demi rindumu dari awal sampai habis.

Melur1 Publish time 12-2-2020 02:42 PM

azimodin replied at 12-2-2020 10:18 AM
Mula2 meouls eksited nakmatei sebab ada sean memandangkan meouls baru je habis khatam I Love U cikgu ...

iolls tunggu plot dia panas baru nak catch up

azimodin Publish time 12-2-2020 02:45 PM

Melur1 replied at 12-2-2020 02:42 PM
iolls tunggu plot dia panas baru nak catch up

lambat sangat panasnya. tengok muka heroin yang macam tercekik kapur barus pon meouls dah panas hati. i tau la watak dia mmg mintak kesian tapi nurin ni mmg nampak hopeless ya amat. lembik macam pisang diperam sebulan

singgahjer Publish time 19-2-2020 04:24 PM

Edited by singgahjer at 19-2-2020 04:26 PM

sis tengok gitu2 je..tak sabar nak tunggu hari pembalasan utk maknya dan kakaknya tuuu..huih laaa nyampah nau nengok Raja Azura membebel..senget benget mulut bila berckp.......ayahnya plak naper laa mcm lembik nau...mcm dh kena mandrem ngan maknya jer.....

Melur1 Publish time 19-2-2020 06:47 PM

singgahjer replied at 19-2-2020 04:24 PM
sis tengok gitu2 je..tak sabar nak tunggu hari pembalasan utk maknya dan kakaknya tuuu..huih laaa ny ...

iolls kalau tengok kezaliman mak dan akaknya tu ketawa ja sebab kartun sangat. tpi yg iolls geram ni bapak dia tu mcm takda hati dan perasaan. anak kena belasah oleh mak sendiri dia boleh menengok dari ekor mata :mad:

Mizuahana Publish time 20-2-2020 08:00 PM

Drama ni best jugak tp iollss tak boleh tengok heroinnye...terkemut-kemut mulut time bercakap.
Ke depan ke belakang bibirnye.ke luar masuk terjuih tak juih.x reti nak terang gaya bibirnye.control ayu.setiap kali tgk rs nk mengutuk..addooiii....btambah dosa ioolls.watak2 lain iolllsss ok je

masdiana-ana Publish time 24-2-2020 04:16 PM

iols tertengok beberapa episode ..sorry iols rasa Uyaina nie tak ada aura heroin..mcm seksa nk tgk dia belakon..sean dah okay just iols tak nampak chemistry antara hero-heroin..

azimodin Publish time 25-2-2020 09:30 AM

masdiana-ana replied at 24-2-2020 04:16 PM
iols tertengok beberapa episode ..sorry iols rasa Uyaina nie tak ada aura heroin..mcm seksa nk tgk d ...

I feel u sis. I pon tengok sebab Sean je. Uyaina sejenis mira filzah juga, intonasi suara meleret{:biteo

masdiana-ana Publish time 26-2-2020 04:08 PM

azimodin replied at 25-2-2020 09:30 AM
I feel u sis. I pon tengok sebab Sean je. Uyaina sejenis mira filzah juga, intonasi suara meleret{ ...

mira tue ada lah juga aura heroin walaupunnnnn..tapi si uyaina nie sejenis bosannnn..dari intonasi suara dan muka

hayrin86 Publish time 29-2-2020 08:59 AM

masdiana-ana replied at 24-2-2020 04:16 PM
iols tertengok beberapa episode ..sorry iols rasa Uyaina nie tak ada aura heroin..mcm seksa nk tgk d ...

Betul.. Nabila Razali dan Elizabeth Tan pun sama.. Sama seksa nak tgk dan dgr lagu2 mereka.

hijau88 Publish time 29-2-2020 12:35 PM

Yg ni pun sama. 2-2 pelakon xde aura watak utama.
Pages: [1]
View full version: [DRAMAVAGANZA] JUJURLAH NIKAHI AKU (Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita N


ADVERTISEMENT