maylam018 Publish time 6-2-2020 03:54 PM

kisah benar.kerasukan syaitan"emily rose"

Anna Elisabeth Michel atau lebih dikenali sebagai Michel dilahirkan di Jerman pada tahun 1952. Seluruh keluarganya mempunyai pengaruh agama Katolik yang sangat kuat. Pada suatu hari, Michel berasa dirinya tidak sihat. Pada mulanya, doktor mengesahkan bahawa Michel hanya mengalami psikosis yang disebabkan oleh epilepsi lobus temporal.

Lama kelamaan, Michel mengadu melihat sesuatu yang kerap mengganggunya. Kemudian, suara-suara jahat daripada makhluk itu menyuruhnya membuat sesuatu perkara dan dia menuruti perintah itu. Akhirnya, Michel mula menunjukkan keengganan terhadap agamanya.
Seorang wanita yang lebih tua iaitu kawan keluarga Michel menyaksikan perkara ini semasa menunaikan ibadat dengan Michel. Dia berkata bahawa Michel seolah-olah mempunyai unsur jahat. Selepas itu, dia membawa Michel untuk berjumpa beberapa orang paderi. Ramai daripada mereka berkata Michel memerlukan doktor. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada paderi akhirnya berkata Michel memerlukan penebusan dan penghapusan dosa.Ibu bapa Michel berhenti mencari nasihat perubatan dan meletakkan nasib Michel kepada ritual Rom. Michel, para paderi dan ibu bapanya benar-benar percaya dia telah dirasuk. Michel sendiri mengatakan bahawa syaitan yang bernama Yudas, Nero, Hitler, Kain, Lucifer dan lain-lain berada di dalamnya. Sepanjang 10 bulan cuba untuk membuang syaitan-syaitan tersebut, Pastor Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt melakukan 67 ritual untuk gadis yang diseksa itu.Ubat-ubatan sememangnya tidak mampu menyelamatkan Michel daripada apa pun yang menyakitinya. Namun begitu, ‘penyakitnya’ itu menjadi lebih buruk ketika dia menyerahkan diri kepada paderi. Dia dikatakan membuang air besar dan membuang air kecil di lantai dengan kerap. Dia juga menjilat air kencingnya sendiri. Dia makan serangga, menyalak kepada benda-benda yang berunsur keagamaan dan duduk di bawah meja dapur selama 2 hari.Michel akhirnya disahkan meninggal di rumahnya apabila doktor mengesahkan bahawa dia kekurangan air dalam badan dan juga terlampau penat.5mjzAVXCz-M

duri_durians Publish time 6-2-2020 04:57 PM

aku suka movie emily rose. tgk kat wayang mmg terganggu aku berhari-hari :mad:

kenapa la aku pergi tengok n dengar video ni pulak?? :'(

Victorioussss Publish time 6-2-2020 05:37 PM

Edited by Victorioussss at 6-2-2020 05:41 PM

iols tgk movie the exorcism of emily rose

ade part dia mention semua nama setan dan nama iblis yang ade dlm badan sheols
6 ekor semuanya

that part memang meremang bulu roma
tapi iols is worndering, kejadah setan high rank dgn iblis nak kacau pompuan ni

dari kacau dia, elok kacau imam besar masjidil haram..lagi big task
tapi iols faham..imam besar mestila pendinding dia lagi tebal xleh nak dikacau
hehee
MvTVqWhssoM

salmon-suki Publish time 6-2-2020 06:48 PM

Suka baca kisah anneliese ni..tp kesian kt makpak,paderi y tlg dia..dituduh mndera hgga sebabkn kematian..

anastasia7 Publish time 6-2-2020 10:58 PM

Jadi sebenarnya mmg betul2 kerasukan la ye. Mungkin patutnya berubat perlu dua2. Kerohanian dan ubat2. Kesian dehydrate
Pages: [1]
View full version: kisah benar.kerasukan syaitan"emily rose"


ADVERTISEMENT