truthe911 Publish time 5-2-2020 10:44 AM

Awas, 'Teh Beng' Vanilla Dengan Karamel Menyebabkan Ketagihan!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202002/03/180743c0ul6ff7sk8lzlnu.jpg



Sebut sahaja teh tarik, umum tahu akan keenakkan minuman ini yang menjadi kegemaran dan kegilaan rakyat Malaysia.


Jika adunan teh, susu dan air yang dimasak pada suhu yang tepat, maka akan terhasillah hidangan teh yang sangat menggiurkan tekak.


Apa lagi sekiranya teh yang enak itu ditambah dengan aiskrim vanila lemak manis dan harum aromanya. Pasti anda akan langsung jatuh cinta! Cinta rasa pertama yang sukar ditahan-tahan godaannya.




https://www.instagram.com/p/Bx6zUa_FlSX/?utm_source=ig_web_copy_link


https://www.instagram.com/p/Bwar1nhDx1m/?utm_source=ig_web_copy_link


Apa yang membuatkan teh ‘beng’ vanilla ini istimewa? Menurut penciptanya, Siti Basitah, bahan istimewa dalam minuman ini adalah campuran beberapa jenis teh terpilih, aiskrim vanilla dan sentuhan sos karamel Da Vinnci di atas bebola aiskrim yang gebu. Sangat sedap dan padu rasanya!




https://www.instagram.com/p/BwTV1YsDo_k/?utm_source=ig_web_copy_link


Selain teh “beng” seksi ini, Siti Basitah turut menghidangkan makanan selera Pantai Timur di kedai beliau iaitu Timur House Kitchen yang terletak di KIPMALL Kota Warisan, Sepang.


Rasakan keaslian variasi rasa keropok lekor biasa dan keropok lekor berkeju juga lokcing (sate ikan) yang dibawa khas dari Kelantan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202002/03/170902pc8kv1pke1fqfvky.pngLokcing atau sate ikan
Kredit foto: Ig Timur House




Bercakap tentang kerepok lekor dan lokcing, boleh cuba getis sedikit akan kegebuan teksturnya, rasakan lemak ikan sebenar menggunakan ikan segar dan adunan kerepok tanpa tulang.


Aduh! Gendang gendut tali kecapi, perut kenyang sukanya hati! - CARI

Cassieopeia Publish time 5-2-2020 02:02 PM

memang la sedap tapi dapat bayangkan mesti manis gile ni siap aiskrim...jgn potong kaki plak huhu

husna_amal Publish time 5-2-2020 02:34 PM

makanan minuman manis2 ni memang kegemaran rakyat Malaysia. Sebabtu negara kita no.1 dalam carta kencing manis dan obesiti.

saviour_09 Publish time 5-2-2020 04:37 PM

gila ah
aku tak lalu langsung tekak nak minum benda2 manis gini
coklat tu boleh la lagi hadap sikit2

komotthecat Publish time 6-2-2020 12:41 AM

suka teh beng biase je. tu pon jarang2 minum sbb susu pekat

Zack8hunter Publish time 6-2-2020 12:48 PM

sudah tiba masanya penjual2 ni buat CSR dgn meletakkan berapa jumlah kalori bagi minuman ni.. sesambil tampal gambar kaki rosak akibat diabetis.. ala2 kotak rokok

Lengkong Publish time 16-3-2020 07:53 PM

Mesti manis kan..


Bylaaz Publish time 19-3-2021 10:34 PM

Tak suka caramel sebab manis sangat untuk tekak iols

Chimicuri Publish time 20-3-2021 01:51 AM

Namanya pun dh manis sgt sgt sgt
Pages: [1]
View full version: Awas, 'Teh Beng' Vanilla Dengan Karamel Menyebabkan Ketagihan!


ADVERTISEMENT