hussaini4675 Publish time 4-2-2020 10:58 AM

Menyeramkan! Anak Patung Elsa Pulang Ke Rumah Setelah 2 Kali Dibuang

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202002/04/101835a5tzquqaqtumztft.jpgAnak patung Elsa yang dibuang ditemukan semula di halaman belakang rumah Emily. Kredit foto: Mirror


Anak-anak patung yang comel tetapi berpuaka hanya muncul sebagai watak-watak dalam filem seram seperti Chucky dan Annabelle.


Namun, seorang wanita dan keluarganya di Houston, Texas mengalami sendiri pengalaman menakutkan itu dengan anak patung Elsa yang merupakan salah satu watak dalam filem animasi, Frozen.


Memetik laporan Mirror, Emily Madonia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan anak patung yang dihadiahkan kepada anak perempuannya, Aurelia sempena Krismas.


Xp9G4Trp2CI


Anak patung itu menakutkan mereka apabila ia menyanyi dan bercakap dalam bahasa Sepanyol apabila suisnya ditutup.


Setelah dibenarkan oleh Aurelia, Emily dan suaminya, Mat membuang anak patung itu tetapi ia 'pulang' ke rumah mereka dua kali.


Dalam kejadian pertama, mereka menemui anak patung tersebut di atas bangku kayu di dalam rumah.


"Okey... kami berasa seram dan kemudian meletakkannya ke dalam dua lapis plastik sampah yang diikat ketat dan diletakkan di dasar tong sampah sebelum ditimbun dengan sampah yang lain dan diletakkan di tepi jalan serta dikutip oleh lori sampah," jelas Emily.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202002/04/102146sllplnmzmcvm1l52.jpgAnak patung Elsa dijadikan hadiah sempena Krismas. Kredit foto: Mirror / Commercial Team


Kemudian, mereka semua pergi bercuti dan apabila mereka pulang, anak patung Elsa itu ditemukan di halaman belakang rumah.


Seterusnya, Emily memutuskan untuk menghantar anak patung berkenaan melalui pos kepada rakannya, Chris yang tinggal lebih 1,500 batu dari rumah mereka.


Chris yang tertarik dengan kisah misteri anak patung Elsa itu mengesahkan dia telah menerima kiriman tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202002/04/102314lsl3l1pxztnmglnx.jpgWatak Chucky yang menyeramkan dalam filem Child's Play. Kredit foto: Horrornews.net


Dia juga telah melekatkan anak patung tersebut pada bonet keretanya untuk mengelakkan ia 'merayau-rayau' ke tempat lain.


Mujurlah anak patung Elsa itu tidak mengganas seperti Chucky atau Annabelle. - CARI

husna_amal Publish time 4-2-2020 11:21 AM

kalau dapat elak kan lah menyimpan patung2 permainan ni.

zuuu Publish time 4-2-2020 11:23 AM

Gila seram....kalo anak patung tu balik jugak ke umah Emily ni,harus dia yg pindah umah kali ni

Ina8895 Publish time 4-2-2020 11:26 AM

Boleh caya ke ni?

salmon-suki Publish time 4-2-2020 11:38 AM

Time kecik dlu pernah beli anak patung y berhantu..org ckp kalau kita syg sgt kt patung tu,lama2 patung tu ada semacam roh sndiri..ntah laa..ye atau tidak..

My bunny pun sama..tibe2 duk bawah rumah bergelumang dgn pasir..anak patung berhantu tu dah "mati" terbakar..huhu..

eLiaD Publish time 4-2-2020 11:42 AM

eeeii scarynye igt td si chunky mendoggy si Elsa kahkahkah:lol:

sarah82 Publish time 4-2-2020 12:00 PM

Sebab tu aku x pernah ada anak patung hatta teddy bear

miftahuljamilah Publish time 4-2-2020 12:01 PM

ada jin menumpang

Ina8895 Publish time 4-2-2020 12:15 PM

salmon-suki: Time kecik dlu pernah beli anak patung y berhantu..org ckp kalau kita syg sgt kt patung tu,lama2 patung tu ada semacam roh sndiri..ntah laa..ye atau t ...

Dia terbakar sendiri ke?

rosasen Publish time 4-2-2020 01:00 PM

aritu dh ada thread ni

RatuDunia94 Publish time 4-2-2020 01:04 PM

Kak Hassanah Ricardson ke ni??

EmaAsmadi Publish time 4-2-2020 01:04 PM

Simpan je. Comel kot

mdhelmi Publish time 4-2-2020 02:10 PM

xtaula btol atau rekaan
nk tau akan balik ke x, pegi cincang anak patung tu pastu buang
tgk lepas tu balik lagi ke x

kalo anak2 aku beli anak patung atau soft toys
ada masa aku akan buat mcm bola sepak
sepak terajang sana sini
anak patung dibolehkan utk budak2 main
tp kalo ada patung yg sentiasa dibelai2 kat dlm rumah
mmg ada potensi benda halus menempel kat situ
benda tu anggap mcm kalo dia dok kat patung tu so kita akan belai2 dia
lebih kurang mcm memuja dia

Munirah_Kazuya Publish time 4-2-2020 02:48 PM

Patung kan kosong mudah lah benda nak masuk..

234126 Publish time 4-2-2020 10:49 PM

Abah pernah kutip semua anak patung iol sebaik sahaja iol masuk uni dok asrama. Dia bakar kat laman belakang. iol nak gelak pun ada tapi bersyukur sebab dia ambil kisah. iol masa kecik degil ya ampun nak juga simpan teddy la anak patung la. Nasib tak kena rasuk / masuk setan patung2 tu

ctaz Publish time 5-2-2020 09:14 AM

drama nak viral jer lebih...

MadameOnion Publish time 5-2-2020 10:22 AM

hasanah kokosen

violetungu Publish time 5-2-2020 11:18 AM

Aku time kck2 cukup takut anak patung tambah3 yg ada bulu mata kedip2 tu..menakutkan kot sampai skrg pun aku xsk tgk.scary

kancilku_biru Publish time 5-2-2020 03:48 PM

Comelnyeee iols berkenan plak. Ntah2 tu utk pasaran spanish speakers. Nape takde subtitle skali nak tau apa elsa tu membebel.

kancilku_biru Publish time 5-2-2020 04:06 PM

Nak tambah... masa aku budak2 dulu aku pernah mimpi teddy bear kesayangan aku dtg nak cekik aku masa aku tgh tido. Rasa macam real okay.

Masa tu aku tgh tido petang kat atas sofa kat ruang tamu. Teddy aku tu pulak mak aku simpan dlm almari kaca yg jenis lutsinar tu. Mak aku letak sebelah teddy bear adik aku. Aku ingat lagi masa tu aku tgh layan cerita popeye kat tv. Tv ada kat atas almari kaca tu setentang dgn tmpt aku baring so aku tgk tv sambil mengadap teddy bear aku tu. Aku boleh nampak dgn jelas teddy bear tu tiba2 dia bergerak pelan2 dia bukak sliding almari kaca tu pastu dia jalan pegi kat aku. Sebijik mcm movie TED. Aku plak tak boleh nak bergerak langsung time tu. Sampai kat aku dia boleh cekik leher aku sampai aku meronta2tercungap2 terjerit2 mintak tolong kat mak aku. Mak aku pun ada kat situ tgh layan popeye gak. Tapi mak aku buat donno je mcm take pape berlaku.

Masa tgh struggle tu la aku terjaga. Terus aku bangun dari sofa aku ambik teddy bear tu aku terus campak keluar tingkap. Masa tu aku tinggal kat kuarters lama jenis kayu so tingkap dia pun yg jenis bukak tutup macam iklan adabi tu. Mak aku nampak terus dia marah last2 dia pegi kutip balik pulak teddy bear tu. Ish..
Pages: [1] 2
View full version: Menyeramkan! Anak Patung Elsa Pulang Ke Rumah Setelah 2 Kali Dibuang


ADVERTISEMENT