natrahn Publish time 30-1-2020 04:59 PM

Kanafeh - Pencuci Mulut Dari Arab, Tengok Gambar Pun Dah Terliur!

Lihat gambarnya sahaja sudah cukup menyelerakan. Pencuci mulut ini datangnya dari Timur Tengah dan sangat terkenal dengan kelazatannya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/30/135949kfr64xzruej8kikr.png




Resepi menu bernama 'kanafeh' atau 'kunafa' ini telah dikongsikan seorang pengguna Facebook, Maslena Alwi II.


Jadi, pada sesiapa yang inginkan kelainan boleh cuba resepi ini.


Bahan-bahan:



[*]500gm doh kanafeh segera (boleh dibeli kedai bakery atau shopee)
[*]Keju cheddar secukupnya
[*]200gm keju mozzarella
[*]250gm krim keju
[*]1/2 tin susu pekat
[*]50gm gula aising
[*]1 sudu kecil vanila
[*]70gm mentega
[*]1 biji telur kuning 1 biji (pilihan)
[*]Adunan krim keju





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/30/140724ffvplh1zvquzqhi4.png




Cara Cara:



[*]Campurkan krim keju, susu, gula serta mentega dan pukul halus.
[*]Kemudian, masukkan kuning telur serta vanila dan pukul lagi adunan tersebut.
[*]Sapukan sedikit mentega pada loyang dan doh kanafeh.
[*]Taburkan separuh doh kanafeh pada loyang, kemudian masukkan adunan krim keju yang telah dipukul, taburkan keju cheddar dan keju mozzarella.
[*]Tutup krim keju dengan sisa doh kanafeh tadi dan bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kekuningan.
[*]Bila adunan masak, jangan biar terlalu sejuk diluar. Seeloknya, dihidang dan dimakan panas-panas serta rangup kerana keju yang ada di dalam akan meleleh dan cair di dalam mulut.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/30/141357ngyln9hqhbnbh909.png


Untuk hiasan pula, anda boleh taburkan kacang pistachio atau badam secukupnya seperti dalam gambar.




https://www.facebook.com/100018188898827/videos/pcb.2948380132151950/443923346223958/?type=3&theater&ifg=1


Lepas ni, tak perlu nak pergi sampai ke Timur Tengah nak cari pencuci mulut ini. Selamat mencuba! - CARI



Kredit resipi: Maslena Alwi II Via Masak Apa Hari Ini (MAHN)

alaa Publish time 30-1-2020 05:20 PM

macam manis giler je.

EvieWanKenobi Publish time 30-1-2020 05:22 PM

selama ni ingat baklava sedap la sangat..
ntah2 ni pun sama..:L

Ipo Publish time 30-1-2020 05:57 PM

Nape resipi ni nampak renyah?
Resipi kat you tube simple je and sedap namatey. Saya dah cuba. Guna mozarella cheese saja, kanafah doh, air gula (campur sikit air rose dan perahan lemon).

natrahn Publish time 30-1-2020 05:58 PM

alaa replied at 30-1-2020 05:20 PM
macam manis giler je.

kita wat sendiri ejas la rasa manis dia...

natrahn Publish time 30-1-2020 05:59 PM

Ipo replied at 30-1-2020 05:57 PM
Nape resipi ni nampak renyah?
Resipi kat you tube simple je and sedap namatey. Saya dah cuba. Guna...

yang ni ada bahan tambahan lain

vee_zara Publish time 30-1-2020 06:31 PM

Boleh la rasa dia. Takde la sedap mana. Lg sedap cekodok pisanng

meisapoya Publish time 30-1-2020 07:04 PM

Boleh try nanti. Selama ni dok angau ngan baklawa je... pastu kek iraq..

sarah82 Publish time 30-1-2020 07:29 PM

Nyum2..nyum2...

kuihbakar Publish time 30-1-2020 08:14 PM

I sangat suka ini

Mitdob Publish time 30-1-2020 08:16 PM

Sedaapp tp manihhh.

Lengkong Publish time 30-1-2020 08:20 PM

Teringin nak cuba


Kurex Publish time 30-1-2020 08:43 PM

setakat makan sesuap tu boleh la.. aku bukannya suka cheese sangat

natrahn Publish time 30-1-2020 10:29 PM

Korang tumpang tanya. Apa nama pencuci mulut yang dalam citer Narnia tu..masa Queen apa tah lupa nama dia bagi kat salah seorang 4 beradik tu

CinnamonR Publish time 30-1-2020 11:35 PM

Manis melecass....

salwani911 Publish time 30-1-2020 11:49 PM

pernah rasa dah. x sedap mana pun, manis saja. sedap lagi serawa pisang

epal21 Publish time 30-1-2020 11:55 PM

Iols suka. Sedap & rangup. Tapi tak boleh mkn banyak sebab manis leting.

ShawnGray77 Publish time 31-1-2020 03:08 AM

natrahn replied at 30-1-2020 10:29 PM
Korang tumpang tanya. Apa nama pencuci mulut yang dalam citer Narnia tu..masa Queen apa tah lupa nam ...

Turkish Delight

NadaDeafah Publish time 31-1-2020 11:06 AM

sedapnya..

husna_amal Publish time 31-1-2020 11:32 AM

Pernah tengok rhys destinasi tv makan khunafa ni kat restoran chef amar. Memang nampak sedap
Pages: [1] 2
View full version: Kanafeh - Pencuci Mulut Dari Arab, Tengok Gambar Pun Dah Terliur!


ADVERTISEMENT