seribulan Publish time 28-1-2020 09:53 AM

[Takwil Puisi 46] KEPOMPONG...


Pemenang Hajat


@kaksenah65 {:1_152:}


Maksud puisi:


Setiap orang pasti mengejar impian dan matlamat masing-masing. Namun, kadang-kadang mereka terlupa untuk menghargai apa yang sudah ada di sisi mereka. Tanpa disedari, apa yang dimiliki mulai berciciran. Benda yang sudah hilang, biasanya sukar dimiliki semula. Jika mampu dimiliki, keadaannya takkan sama seperti dulu lagi. Tiada salah mengejar impian dan matlamat, namun berpada-padalah dan tidak terlalu mengikut nafsu ketika membuat sesuatu keputusan.

Puisi Minggu Ini

KEPOMPONG



Sakit badan dia,
Tak tertanggung rasanya,
Inilah hadiah akibat nak merubah penampilan,
Nak menentang arus perdana,
Nak keluar dari kepompong.

Benarkah?
Bakal Berjayakah metamorfosis itu?
Namun kepuasan menerokai segala saraf.
Puas. Puas. Puas.

Ini memang menjadi kepuasan dirinya,
Bukan tabiatnya,
Melakukan sesuatu yang bukan didamba,
Di luar tabiinya,
Usah harap dia akan tunduk pada konformiti,
Pada norma.

Kalau tidak,
Sudah lama dia endahkan cakap-cakap sumbang mereka,
Mana mungkin,
Cakap-cakap itu menggigit rakus telinga nipisnya,
Mana mungkin,
Cakap-cakap itu melemahkan jiwanya.

Tambah degil dia,
Tiada kuasa dia,
Peduli apa dia pada iblis yang berbisik,
Mana mungkin...

Bak jigsaw,
Kartu peristiwa hanya akan menyelit,
Ke ruang kosongnya,
Bila detik dan tangan yang sesuai mencuitnya.

Dah ranum detik itu,
Dah matang tangan itu,
Akhirnya gelanggang itu menjadi saksi,
Dewan itu turut memerhati,
Detik masanya telah tiba,
Dia menemui kekuatannya kembali.

Kepuasan bila menghentam bola,
Bak menghentam mulut-mulut celupar,
Yang menglilingi setiap insan,
Kepuasan bila menghentam bolaitu,
Memecah belenggu konformiti yang merantai dirinya.

Nukilan karya,
@seribulan


@krimkraker
@watashinoai
@ati2027
@johan-adx
@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@chicozinn
@KILL_NANCY
@MeghanK
@TalibanRock
@kuzaime
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@KahPahJ
@seller6183
@mdhelmi

Snack_Fruit Publish time 28-1-2020 03:50 PM

Iolls cuba ye

Sajak ni macam sajak untuk LGBT atau golongan yang cuba untuk mengubah diri yang lahir semula jadi.

Walaupun fitrah dilahirkan sempurna, tapi masih lagi pelaku mengikut hawa nafsu untuk melanggar norma.

Tapi ada harapan juga untuk pelaku kembali ke jalan yg lurus bila jumpa orang yang betul.

seribulan Publish time 28-1-2020 03:52 PM

:loveliness: deep...


@johan-adx...klaim :)

johan-adx Publish time 28-1-2020 03:55 PM

mendalam puisi kalini seri..

KILL_NANCY Publish time 28-1-2020 03:59 PM

fuhhhhhhhhhh~ deep ni .... deep dan pedih ni.:lol:

bloodyamuk Publish time 28-1-2020 07:45 PM

Sekali imbas baca memang tiba2 termenung memikirkan golongan transgender...bab 'puas puas puas' itu ...

hakikatnya mereka hidup dalam delusi,
menatap refleksi yang menipu diri,
kehausan ketikan like dan share demi validasi,
hidup penuh lakonan walau menangis sendiri


validasi yang fana kelak hancur dek tanah
yang dicucuk sini, yang diimplan sana,
semuanya akan menempuh tarikh luput,
kerna Tuhan itu pasti menuntut.


ecewah gitew

kaksenah65 Publish time 29-1-2020 02:26 AM

Wahhh alhamdulillah tak sangka kak senah menang takwil puisi hajat :) Thank you kaka @seribulan

kaksenah65 Publish time 29-1-2020 02:28 AM

Kak Senah cuba takwil ye puisi special nukilan momod @seribulan kali ni ye. kena ambik masa lama sikit sebab deep puisi kali ni :)

kaksenah65 Publish time 29-1-2020 03:14 AM

Kak Senah cuba ye tafsir puisi Kepompong:
Nukilan karya,
@seribulan

Menceritakan tentang individu yang sanggup menanggung kesakitan fizikal dan emosi demi merubah penampilan diri dari aspek fizikal mahupun gaya hidup. Individu ini merupakan seseorang yang kental jiwanya dalam mencapai keinginan dan kepuasan dirinya walaupun kepuasan itu menyalahi norma masyarakat.

Dia tak akan tunduk kepada desakan, cacian masyarakat untuk menjalani kehidupan yang sesuai dengan tabii. Malah, segala stigma itu menjadi pembakar semangat untuk dia terus menongkah arus norma masyarakat.

Setelah selesai semua proses transformasi dan akhirnya dia berasa selesa menjadi dirinya yang baru, setiap kejayaan dan keselesaan yang dicapai setelah transformasi diri menjadi senjata ampuh untuk menutup mulut mulut manusia yang selama ini mencemuh dirinya kerana menongkah arus.

aleX-S Publish time 29-1-2020 10:22 AM

Deep deep deep ;P

Ikut takwilan saya, ni pasal seseorang yang menentang arus, cuba melawan stigma masyarakat, yang cakap, dia tak boleh buat. Tapi dia berusaha, dan buktikan dia sebenarnya boleh. Dan terasa puas di hati

Eh ker ni pasal geng songsang? Tapi puisi ni menikam kalbu betul :lol:

johan-adx Publish time 29-1-2020 02:32 PM

perihal seseorang yang telah merubah fitrah asal dia
semata2 utk kepuasan nafsu dunia yg diciptanya sendiri
nasihat,teguran sikit pun tak mengubah pendiriannya
akhirnya dia nekad utk merubah kembali ke asal

JibboTheCat Publish time 29-1-2020 04:44 PM

bagi saya mungkin penulis nak sampaikan kisah transgender yang bersusah payah, sikit demi sikit merubah kurniaan Tuhan. walau masyarakat menasihati, mencemuh, tapi dia tidak peduli asalkan impiannya tercapai.akhirnya dia puas setelah dapat mencapai transformasi yang sepenuhnya.

diggerr Publish time 30-1-2020 08:27 PM

Seseorang yang sanggup mengging kesakitan fizikal dan emosi untuk berubah even perubahannya betentang dengan kebiasaan adat masyarakat. Dia berasa puas dengan tindakkannya itu. Dia brusaha untuk mencapai kejayaan untuk menutup mulut masyarakat

orgsepang Publish time 2-2-2020 09:42 AM

Akak cuba.
Kisah seorang yang pernah disakiti cuba membalas dendam dengan melakukan sesuatu yang bertentangan biarpun harus menanggung kesakitan. Dia rasa puas berhasil menyakiti hati mereka lalu terus menerus melakukannya biar apa pun akibatnya nanti.

JibboTheCat Publish time 3-2-2020 09:11 AM

JibboTheCat replied at 29-1-2020 04:44 PM
bagi saya mungkin penulis nak sampaikan kisah transgender yang bersusah payah, sikit demi sikit meru ...

Terima Kasih momod

takayama Publish time 3-2-2020 01:21 PM

kaka cuba takwil, dalam sgt makna puisi kali ni

pemuisi menceritakan mengenai insan yg cuba transform diri dia yg bercanggah dgn hukum asal
apa bila dia telah berjaya transform dia rs puas akan apa yg dia capai
namun setelah tersedar dia berusaha utk melawan semula nafsu tersebut dan kembali kepada fitrah asal

seribulan Publish time 4-2-2020 03:54 PM

Closed :)


.
Pages: [1]
View full version: [Takwil Puisi 46] KEPOMPONG...


ADVERTISEMENT