juliesha Publish time 21-1-2020 09:23 PM

Suami sepupu ketagih eramin 5, macam mana nak bantu ke mahkamah syariah

Hi uols, i dah try cari dah proses mintak cerai tapi macam tak banyak.

I nak bantu sepupu i ni. Dia sebenarnya macam dah dibuang family lah sesejak 2 menjak ni sebab dia kawen dgn bf pilihan dia walaupun sebelum kawen papa nya dah nasihat. Cuma biasalah belum kawen apa pun tak nampak, dah kawen ni, 5-6 kali lakinya kantoi amek eramin 5 tu. lakinya dah lah baru keja hari tu kena buang sebab company nak small kan size operation.

Gaji lakinya skrg pun tak seberapa pun mostly sepupu iols ni lah yg menanggung. Anak belum ada.

I nak mintak pandangan uols lah macam mana. iols dah nasihat lah tapi siapa lah iols nak push push dia kan.

CiliPadiSedap Publish time 21-1-2020 10:22 PM

cakap kt mahkamah suami dia gay, confirm mahkamah faham

juliesha Publish time 21-1-2020 10:29 PM

CiliPadiSedap replied at 21-1-2020 10:22 PM
cakap kt mahkamah suami dia gay, confirm mahkamah faham

Seriouslaaa sis??? Kalau begini senang, harap senang la proses nanti

sarahmirza Publish time 21-1-2020 10:50 PM

Suruh dia lantik lawyer dan sediakan dokumen...
1. IC dia
2. Salinan IC suami
3. Surat nikah
4. Surat beranak anak kalau ada anak.

Mintak lawyer failkan tuntutan cerai secara fasakh. Alasan sebab suami ketagih pil eramin 5 dan tak bagi nafkah sebab tak bekerja.

Stand by 2 org saksi lelaki yg tau suami dia ketagih pil eramin dan tak kerja...

Follow the flow... Kalau suami tak lantik lawyer dan tak layan tuntutan isteri, prosedur tetap berjalan dan kalau hakim tak banyak hal (asyik kursus/MC/tangguh), setahun boleh settle. Kalau suami lantik lawyer buat tuntutan balas (bela diri), jadi panjang sikit prosedur sebab ada slot saksi suami dipanggil pulak... 2 tahun settle boleh kot.

Jangan lupa bayar lawyer fee...
Ikut lawyer la.. Kat tempat i buka fail bayar RM1k.
Dah baca wakalah (masuk court), kena bayar lagi ikut lawyer la dia mintak berapa...
Ikut pengalaman kawan i 7 tahun dulu, kos semuanya sampai dapat surat cerai dlm RM6-7k.
Kalau tak berkemampuan, minta bantuan lawyer biro guaman...

CiliPadiSedap Publish time 21-1-2020 10:50 PM

juliesha replied at 21-1-2020 10:29 PM
Seriouslaaa sis??? Kalau begini senang, harap senang la proses nanti

:lol: belum dapat anak boleh lah cakap gay, kalau mahkamah nak bukti? nak cakap apa?:L

aldilla_zahraa Publish time 21-1-2020 11:31 PM

CiliPadiSedap replied at 21-1-2020 02:50 PM
belum dapat anak boleh lah cakap gay, kalau mahkamah nak bukti? nak cakap apa?

Kau igt gay takleh membuntingkan pompuan ke? Haha

Victorioussss Publish time 22-1-2020 12:17 AM

Laki isap dadah..sgt senang nk fasakh noks

juliesha Publish time 22-1-2020 07:55 AM

Victorioussss replied at 22-1-2020 12:17 AM
Laki isap dadah..sgt senang nk fasakh noks

just cakap dekat kaunter nak fasakh je lah kan uols? iols google je step step tu ada lah tulis cuma last-last kena ada lawyer. iols kesian dgn dia, rasanya dia mcm putus harap dah ye lah family xmau amek tau pepandai dia sendiri lah nak hidup. she needs some guidance and support.

zulka Publish time 22-1-2020 09:27 AM

sanggup ye kawin dgn najis...hmmmm

juliesha Publish time 22-1-2020 10:12 AM

zulka replied at 22-1-2020 09:27 AM
sanggup ye kawin dgn najis...hmmmm

masa sebelum kawen tu dia tak tau uolsss... takkan lah org amek najis pun nak bagitau... badan jantan tu pun bukan lah kurus ala-ala penagih yg selalu kita tengok, segar bugar je badannya, dah kawen ni lagi lah badan nya naik sepupu iols jaga elokkkk lakinya tu

juliesha Publish time 22-1-2020 10:13 AM

sarahmirza replied at 21-1-2020 10:50 PM
Suruh dia lantik lawyer dan sediakan dokumen...
1. IC dia
2. Salinan IC suami


tq sisss for the guideline... i print out this bagi ke dia... harap dapat bantu dia tq tq

maya_mahsuri Publish time 23-1-2020 11:06 AM

Sepupu tu nak ke bercerai? Ramai ja perempuan yang takmau bercerai walau laki hansuang. Alasan nanti laki akan berubah :I

Sis dah pergi mahkamah syariah/ pejabat agama untuk penjelasan?

juliesha Publish time 23-1-2020 11:54 PM

maya_mahsuri replied at 23-1-2020 11:06 AM
Sepupu tu nak ke bercerai? Ramai ja perempuan yang takmau bercerai walau laki hansuang. Alasan nanti ...

Dia belum pegi lagi tapi plan nak pegi cuma dia tak reti, dia takde sokongan moral. I just do whatever within my control only and so far alhamdulillah forumer semua baik bagi right info :)

Dia tak tahan lah tu rasa mcm kena tipu sbb sebelum kawen elok aja perangai suami nya tu.
Pages: [1]
View full version: Suami sepupu ketagih eramin 5, macam mana nak bantu ke mahkamah syariah


ADVERTISEMENT