seribulan Publish time 21-1-2020 12:39 PM

[Takwil Puisi 45] Hajat...

Edited by seribulan at 28-1-2020 08:54 AM

Pemenang Aku


- https://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/pompom.gif@sapeka, @ati2027, @kaksenah65 @Vassss


Maksud puisi:


Wali yang melupakan tanggunggannya. Tapi cuma muncul bila orang tu dah berjaya.


Puisi Minggu Ini

Hajat


Impian

cita-cita dan matlamat

berpusu-pusu mereka kejari

hingga terlupa yang dikendong

selama ini

mulai hilang


Sesuatu yang sudah hilang

mungkin takkan kembali

biarpun kembali

takkan sama

seperti dahulu


Bukan salah matlamat

jika perlu membuat pengorbanan

bukan salah impian

jika perlu melukakan

salahkan diri

kerna membuat pilihan mengikut nafsu

hingga tiada timbang rasanya lagi   


Hasil nukilan,
@krimkraker


@watashinoai
@ati2027
@johan-adx
@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@chicozinn
@KILL_NANCY
@MeghanK
@TalibanRock
@kuzaime
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@KahPahJ
@seller6183
@mdhelmi


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201912/31/101516wcps4clllnckul7d.gif

142626akusqifbmrpfplbk.gif(2.53 KB, Downloads: 0)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201912/31/101536qody6cwnjqwvz9oc.gif


KILL_NANCY Publish time 21-1-2020 12:55 PM

tahniah pemenangs.{:1_152:}

sapeka Publish time 21-1-2020 04:17 PM

Yeay...alhamdulillah. tq semua...tahniah juga pada pemenang yang lain..tq kaka mod

kaksenah65 Publish time 21-1-2020 05:20 PM

Tq kaka momod :loveliness::D

kaksenah65 Publish time 21-1-2020 05:40 PM

Puisi Minggu Ini

Hajat


Impian

cita-cita dan matlamat

berpusu-pusu mereka kejari

hingga terlupa yang dikendong

selama ini

mulai hilang


Sesuatu yang sudah hilang

mungkin takkan kembali

biarpun kembali

takkan sama

seperti dahulu


Bukan salah matlamat

jika perlu membuat pengorbanan

bukan salah impian

jika perlu melukakan

salahkan diri

kerna membuat pilihan mengikut nafsu

hingga tiada timbang rasanya lagi   


Hasil nukilan,
@krimkraker

saya cuba takwil ye..

Puisi ini menceritakan tentang insan yang terlalu asyik mengejar kesenangan sehingga mengetepikan hubungan dengan orang lain dan mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka. Apabila insan ini tersedar akan kekhilafan mereka, kadangkala sudah terlambat untuk berpatah balik untuk menjernihkan keadaan. Walau apa pun impian atau cita-cita, matlamat tidak pernah menghalalkan cara.Mesej ni boleh digunapakai dalam konteks anak yang sibuk mengejar impian sehingga terlupa akan ibu bapa dan pada akhirnya tidak sempat menabur bakti kepada kedua ibu bapa. Boleh juga digunapakai dalam konteks ibu-bapa yang terlalu alpa mencari rezeki hingga mengabaikan kasih sayang terhadap anak-anak atau suami yang sibuk mencari nafkah sehingga mengabaikan isteri dan anak-anak di rumah.


ati2027 Publish time 22-1-2020 08:12 AM

Pda rangkap pertama, penulis berkata bahawa semua orang mempunya impian yang ingin dikejar tetapi bila impian dikejar kita tanpa disangka melepaskan apa yang kita da dapat selama ini. Dan bila kita mahu betulkan balik apa yang kita lepaskan, mungkin keadaan atau rasa itu dah tak sama lagi seperti sebelum ini. Dan sebenarnya, kita sendiri yang perlu tahu untuk mengawal keadaan, bukan salah impian atau matlamat yang ingin kita kecapi, semua terletak pada diri sendiri.

ati2027 Publish time 22-1-2020 06:45 PM

Tak sangka kita pemenang jugak la utk takwil lepas. Hehe

mamaneesa Publish time 23-1-2020 03:27 PM

tahniah pemenang!!

baca puisi ni, memang sesuai la utk bapak2 yg x ingat anak, x peduli anak, x ambik tau hal anak, pastu anak dh besar baru meratap nak kat anak, ckp anak x kenang budi bagai...


Lailerthee Publish time 23-1-2020 07:26 PM

Tahniahh sape yg menang

Vassss Publish time 24-1-2020 08:56 AM

Tq kaka seri {:1_152:} {:1_152:} {:1_152:}

diggerr Publish time 24-1-2020 09:19 AM

Manusia terlalu kejar keniginan mereka hingga melupakan nikmat yang ade depan mata dan sehingga menyesalinya dan ianya takkan sama seperti nikmat yang pernah mereka ada. Pengorbanan atau perkara yang dilakukan untuk mencapai cita cita bukan salah cita cita intu sendiri malah ianya salab nafsu dan diri sendiri

Snack_Fruit Publish time 24-1-2020 12:07 PM

Iolls cuba ye

Penyajak nak menyampaikan yangsemua orang ada hajat/hasrat/cita2. Tapi dala perjalanan nak kejar semua tu, terlupa niat asal mereka.

Kalau hilang matlamat asal, susah nak patah balik. Contohya matlamat nak kaya. Tapi tengah tu makan rasuah. Ha, dah tak boleh putar balik untuk betulkan silap.

So jangan ikut sangat nafsu dalam kejar apa pun matlamat kita semua

{:hoorayo

linaai Publish time 27-1-2020 05:18 PM

On the off chance that you lose your unique objective, it's difficult to crush it spirit. Instances of objectives are rich. Be that as it may, in it eating defilement. Ha, you can't pivot to address the error.

seribulan Publish time 28-1-2020 09:38 AM

Closed




.
Pages: [1]
View full version: [Takwil Puisi 45] Hajat...


ADVERTISEMENT