PDOT777 Publish time 8-1-2020 12:01 PM

Detective Conan, 'Underrated' Anime? Kisah Detektif Yang Tak Terkenal Di Dunia N

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/05/155257zt4hh4hkmnqxhm4n.jpg
Kredit Foto : The return of "Detective Conan" leads to nostalgia, news.cgtn.com





Pernahkah anda menonton Detective Conan? Tak dapat dipastikan sama ada anime bersiri daripada Jepun ini terkenal di Malaysia atau tidak. Pada satu ketika, Detective Conan pernah mendapat sambutan hangat di Malaysia dalam kalangan budak-budak. Episod bersiri anime ini biasa ditayangkan di TV3, berdurasi selama 30 minit. Anime ini juga biasa ditayangkan di Astro Ceria, saluran 611 bagi anda yang melanggan Astro.


Detective Conan mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun, Shinichi Kudo yang juga merupakan seorang detektif yang terkenal di Jepun. Pada suatu hari, dia ditimpa malang apabila dia dipaksa untuk menelan sebutir pil, yang diberi nama APTX4869, oleh dua orang lelaki berbaju hitam, yang juga merupakan ahli organisasi baju hitam yang bergerak secara rahsia. Ini mengakibatkan dia bertukar menjadi seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. Dia dipukul di kepala sebelum itu, dan dua lelaki tersebut menyangka dia telah mati apabila menelan pil tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/05/154743gmile6eeklihyzex.jpg
Ahli organisasi baju hitam; dari kiri; Vodka, Vermouth, Gin, Chianti dan Korn, bersama ahli-ahli bawahan organisasi tersebut
Kredit Foto : Black Organization, detectiveconan.fandom.com





Demi menyembunyikan identitinya daripada diketahui oleh organisasi baju hitam tersebut, dia terpaksa menyamar dengan menggunakan nama Conan Edogawa, dan identiti dia dirahsiakan daripada semua orang, termasuk teman wanitanya kini, iaitu Ran Mouri. Hanya segelintir sahaja yang mengetahui identitinya, dan salah seorang ialah profesor yang menetap di sebelah rumahnya, iaitu Profesor Agasa.


Dia terpaksa tinggal bersama Ran dan bapanya, Kogoro Mouri di kediaman mereka. Seiring dengan itu, dia berjaya membantu Kogoro yang juga merupakan seorang detektif persendirian untuk menyelesaikan pelbagai kes, di samping berjaya merungkai sedikit demi sedikit misteri organisasi baju hitam yang diburunya, ahli yang aktif serta objektif sebenar organisasi tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/05/154753b12uuw7nsmvn7jnq.jpg
Conan Edogawa bersama 'kakak angkatnya' yang juga merupakan teman wanitanya sebagai Shinichi Kudo, Ran Mouri bersama watak lain yang membantu menghidupkan jalan cerita anime ini
Kredit Foto : Detective Conan: The Lost Ship in The Sky Manga Release Date, animematch.com





Bagi penulis, karya Detective Conan agak underrated, bermakna orang kurang ambil tahu/menonton/membaca. Tidak kira di televisyen, mahupun komik, melalui manga Case Closed. Hakikatnya, di negara seperti Amerika, Detective Conan kurang diminati oleh kanak-kanak di sana. Kenapa? Sebab culture di dalam anime ini sendiri yang tidak sarat dengan aksi, sebaliknya penuh dengan misteri dan minta penonton atau pembaca untuk berfikir. Kanak-kanak tidak gemar untuk berfikir, sebaliknya inginkan anime yang penuh dengan aksi, superpower, serta wujudnya hero yang baik dan lawan yanga jahat seperti anime Naruto dan Dragon Ball yang cukup terkenal.


Mungkin pendapat orang berbeza, tetapi bagi saya yang sangat mementingkan storyline dalam sesebuah cerita, Detective Conan deserves more. Jalan ceritanya sangat berkualiti. Gosho Aoyama memperkenalkan setiap watak dengan cara yang menarik dan tersusun. Saya cukup tertarik dengan rivalry yang ditunjukkan antara Conan/Shinichi dengan organisasi baju hitam. Walaupun ahli-ahli yang tertinggi dalam organisasi itu sudahpun dikenali seperti Gin, Vodka, Vermouth, Chianti, Korn dan Rum, Conan masih lagi buntu dalam mencari cara untuk membawa mereka ke pihak berkuasa Jepun. Taktik mereka yang sangat licik dalam melakukan jenayah membuatkan mereka tidak dapat dikesan.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/05/154736cmq211p4ib3h3bbk.jpg
Rivalry Antara Conan Edogawa/Shinichi Kudo denganOrganisasi Baju Hitam (The Black Organization)
Kredit Foto : Detective Conan - Detective Conan Image (27935419), fanpop.com









Kita sudah masuk tahun 2020, dan Detective Conan sudah pun mempunyai 965 episod, 1036 chapter untuk komik/manga, dan mempunyai 23 buah filem secara keseluruhan. Bagi anda yang sudah lama tidak menonton Detective Conan, saya cadangkan anda untuk menontonnya semula. Jalan ceritanya semakin lama semakin menarik, semakin banyak konflik dan semakin banyak misteri. Conan sudah dapat meneka identiti bos kepada organisasi hitam ini, dan bersedia untuk satu perhitungan terakhir. Jangan lepaskan peluang anda! - CARI

Kurex Publish time 8-1-2020 12:21 PM

dulu minat.. sekarang malas nak layan..

pinklepie Publish time 8-1-2020 12:43 PM

Fav part:$

LEbRvORwrY0

kaoru44 Publish time 8-1-2020 12:45 PM

pinklepie replied at 8-1-2020 12:43 PM
Fav part

Time kecil follow jgk..slalu beli komik je..tp dh makin besar..makin bz..xsempat lah nk tgok..lmbt plak nk ending..

DaTBdDX3L7o

pinklepie Publish time 8-1-2020 12:54 PM

kaoru44 replied at 8-1-2020 04:45 AM
Time kecil follow jgk..slalu beli komik je..tp dh makin besar..makin bz..xsempat lah nk tgok..lmbt ...

Saya pun follow juga cerita ni, tp kt tv jerla;P;P saya suka part case closed bila pak cik kogoro mori tido dan conan ambil alih dalam membuat kesimpulan setiap kes yg mereka kendalikan. Walaupun kadang-kadang nampak mustahil tp masih boleh diterima akal kesimpulan yg dibuat.

kaoru44 Publish time 8-1-2020 12:57 PM

pinklepie replied at 8-1-2020 12:54 PM
Saya pun follow juga cerita ni, tp kt tv jerla saya suka part case closed bila pak cik kogoro...

Kannn...tp byk sgt episod tuh.
.xtkejar..part ada bdk magic kaito kid ke apa tu..dh xphm dh..mmg tinggal terus..bz dgn life..prefer tgok movie anime pndek je skrg..

pinklepie Publish time 8-1-2020 01:05 PM

kaoru44 replied at 8-1-2020 04:57 AM
Kannn...tp byk sgt episod tuh.
.xtkejar..part ada bdk magic kaito kid ke apa tu..dh xphm dh..mmg...

Sama la kita, sejak dah kerja ni, memang dah tak terikut dah semua series Detective Conan, dan semua anime lain, tv pun dah tak pandang dah, balik kerja teringat katil jer;P;PKadang-kadang kalau rindu nak tengok cari kt YouTube jerla:$

zuuu Publish time 8-1-2020 01:24 PM

Baru nk restart balik collection komik Conan yg terhenti sebab tora aman publisher gulung tikar...anime dia dh x mampu nk follow...x tahu dh sampai mana Conan bjaya jejak black organisation,dyorg x nak wat movie versilife action ke??

Melur1 Publish time 8-1-2020 01:39 PM

ni pun boleh buat berita ke

bobo_beck Publish time 8-1-2020 03:02 PM

{:smileo{:smileo

aleesyasofia Publish time 8-1-2020 07:21 PM

iolss minat sgt.. tp, biasa tgk kt tv jer sblm ni..

violetungu Publish time 8-1-2020 07:52 PM

Dulu selalu jugak layan di tv3,sejak dah x disiarkan memang dah xtengok dahla.bagus citer conan ni,bagi kita banyak berfikir,semua orang boleh jadi suspek utama sesuatu kes..

JohnnySins Publish time 8-1-2020 09:33 PM

saya peminat jazz..saya minat muzik dlm katun ni....tapi setiap kali saya tengok masa ditayangkan di tv dulu...asyik2 kes bunuh....tak dak kes lain ka??? wakakakakakakakkakakaka

setori_mori Publish time 8-1-2020 10:39 PM

Time kecik aku mmg suka betol baca dec conan ni. Tp tiap kali baca aku mesti tido. Pas bangun main2 nanti baca balik. Pastu tetido. Tapaham la

msdummy.2018 Publish time 8-1-2020 11:11 PM

Penyiasat kindaichi pun besttt

PDOT777 Publish time 9-1-2020 12:32 AM

zuuu replied at 8-1-2020 05:24 AM
Baru nk restart balik collection komik Conan yg terhenti sebab tora aman publisher gulung tikar...an ...

live action ada bang..cuba cari :loveliness:

PDOT777 Publish time 9-1-2020 12:34 AM

setori_mori replied at 8-1-2020 02:39 PM
Time kecik aku mmg suka betol baca dec conan ni. Tp tiap kali baca aku mesti tido. Pas bangun main2...

detective conan minta kita bnyak gunakan otak utk berfikir..sbb tu tak semua boleh hadam...klau dari segi humor pun not bad...tpi action tak bnyak la sbb dia based on kehidupan manusia didunia realiti

PDOT777 Publish time 9-1-2020 12:34 AM

JohnnySins replied at 8-1-2020 01:33 PM
saya peminat jazz..saya minat muzik dlm katun ni....tapi setiap kali saya tengok masa ditayangkan di ...

ada bang...kes culik...kes curi (Kaitou Kid) :loveliness:

PDOT777 Publish time 9-1-2020 12:35 AM

kaoru44 replied at 8-1-2020 04:45 AM
Time kecil follow jgk..slalu beli komik je..tp dh makin besar..makin bz..xsempat lah nk tgok..lmbt ...

love it {:3_85:}

PDOT777 Publish time 9-1-2020 12:36 AM

violetungu replied at 8-1-2020 11:52 AM
Dulu selalu jugak layan di tv3,sejak dah x disiarkan memang dah xtengok dahla.bagus citer conan ni,b ...

takpa boss....klau nk baca komik kt mangareader pun ada....kalau anime kt kissanime.ac ataupun soulanime
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Detective Conan, 'Underrated' Anime? Kisah Detektif Yang Tak Terkenal Di Dunia N


ADVERTISEMENT