polkadott Publish time 8-1-2020 11:18 AM

Nafkah

Aku nak tanya pendapat korang pasal nafkah.
Aku dan suami bekerja. Gaji suami aku tu lagi banyak dari gaji aku. Suami bayar rumah, bil utiliti.
Aku pulak bayar kereta .
Kitorang belum ada anak lagi. Dah kahwin 2 tahun.
Baru-baru ni suami aku cerita pasal duit tak cukup. Untuk pengetahuan korang, suami aku setiap kali gaji, awal bulan, dia mesti terus bank in duit kat mak dia Rm500. Tapi duit nafkah aku tak bagi langsung. Mak mertua aku tu pun bekerja jugak.
Aku ada tanya suami aku, kenapa dia tak bagi aku nafkah duit mcm dia bagi kat mak dia. Jawapan dia senang. Sebab dia dah bagi aku makan.
Aku rasa tak puas hati dengan jawapan dia sebab aku rasa selama ni dia tak adil dengan aku.
Suami aku bagitau kalau aku nak duit bulanan, boleh. Tapi dia dah pesan awal, duit yang dia bagi tu jugaklah duit makan minum aku, duit pakaian aku, duit keperluan aku. Maknanya dia taknak masuk campur lagi.
Bagi aku, selagi aku ni isteri dia, bawah tanggungjawab dia, dia sebagai suami kene sediakan makan minum semua.
Ada ke patut dia cakap macam tu kat aku. Aku rasa aku macam tak redha dia buat aku macam ni.

Apa pendapat forumer sekalian?

Megikari Publish time 8-1-2020 11:41 AM

Tt stop bayar kereta tu. Simpan duit sendiri

supermum Publish time 8-1-2020 11:51 AM

Gtau dia sebab tu duit tak cukup, tak kasi nafkah. Memang ada satu portion, laki bagi duit untuk isteri buat belanja sukati. Kalau dia dah sedia makan pakai tempat tinggal bills kereta etc, bagi sikit ikut kemampuan pun takpe.

akudansesuatu Publish time 8-1-2020 12:12 PM

cer tt mintak sikit dulu..
cer mintak 50 ringgit dulu
bagitau elok2 nak buat belanja makan, beli jajan ke..

laki yang tak berkira dengan mak ayah ni..
slalunya tak la berkira sangat dengan bini..
melainkan memang tak cukup duit..

polkadott Publish time 8-1-2020 12:42 PM

Megikari replied at 8-1-2020 11:41 AM
Tt stop bayar kereta tu. Simpan duit sendiri

Kereta tu atas nama tt.

polkadott Publish time 8-1-2020 12:46 PM

supermum replied at 8-1-2020 11:51 AM
Gtau dia sebab tu duit tak cukup, tak kasi nafkah. Memang ada satu portion, laki bagi duit untuk ist ...

Hahaa.. masa tt siap share turutan nafkah. Dia senyap membisu. Betul tu bagi sikit pun takpe. Tapi dia ade gak nak bagi tt lepas tt cakap camtu.. tt sound dia, kalau bagi sebab terpaksa, baik tak payah. Sedangkan dia bagi duit kat mak dia, takde pulak mak dia mintak. Rela hati dia bagi setiap bulan. Tak bolehkah dia rela hati kt tt mcm mana dia kasi kat mak dia....

polkadott Publish time 8-1-2020 12:47 PM

akudansesuatu replied at 8-1-2020 12:12 PM
cer tt mintak sikit dulu..
cer mintak 50 ringgit dulu
bagitau elok2 nak buat belanja makan, beli j ...

tt mintak bila duit tt habis. Tapi tu lah.. dia kasi 10,20 utk tt belanja makan kat ofis. Kalau esoknya habis, kene mintak lagi.

supermum Publish time 8-1-2020 01:21 PM

polkadott replied at 8-1-2020 12:46 PM
Hahaa.. masa tt siap share turutan nafkah. Dia senyap membisu. Betul tu bagi sikit pun takpe. Tapi ...

Takpe tt. Mula2 rasa terpaksa. Nanti bila dah biasa, bila dia dah start rasa lapang rezeki bila bagi nafkah ke wife, lama2 ikhlas lah tu. Macam org liat solat, mula2 paksa, lama2 tak solat rasa tak tenteram. All the best ye.

copy_paste Publish time 9-1-2020 07:39 AM

polkadott replied at 8-1-2020 12:47 PM
tt mintak bila duit tt habis. Tapi tu lah.. dia kasi 10,20 utk tt belanja makan kat ofis. Kalau es ...

bab nafkah ni payah nk nasihatkan org kadang ego tinggi...dia kena ambil tahu sendiri soal nafkah dan tgwb...
kena jugak pertimbangkan kemampuan dia..

zaman skrg ni bab nafkah suami perlukan keredhaan isteri....
melainkan golongan drama,itu adalah sempurna

maya_mahsuri Publish time 10-1-2020 11:33 AM

Maaf nak tanya. Bukan ka nafkah wajib tu tempat tinggal, makan minum (2x sehari), pakaian (2x setahun), kos rawatan. Saya dengar ceramah ust Azhar Idrus kt youtube.

Suami tt sediakan benda tu kan?

Nurul8001 Publish time 10-1-2020 11:45 AM

TT, tanggungjawab suami dlm perkara nafkah ni meliputi perkara2 keperluan. Makan, pakai, tempat tinggal. Keperluan asas la kiranya. Duit2 tak termasuk ye. Itu atas ikhsan suami. Ni, apa yg saya faham.

Tapiiiiiii, kalo suami pemurah dgn isteri dan anak2, rezeki dia akan lebih murah. Nak buat suami jadi pemurah dgn isteri, kena pandai manja2. Kalo main minta2 je sebarangan, takut suami bosan.

Jangan sesekali persoalkan apa yg dia beri pada keluarga dia, takut jadi bunga2 pergaduhan. Cuma, kita beli barang yg kita suka dgn duit dia. Contoh, kita teringin nak pakai ariani, pinjam duit dia, lepas tu bayar la 10 ringgit sebulan, sambil menangis, cakap maaf, tak dapat bayar lebih sbb duit kita pun cukup2 makan je. Mesti lepas bayar 2/3 kali dia kata takpe, abg halal kan. Tips ni menjadi pada saya. Kihkihkih. Duit kita, kita simpan.

Nurul8001 Publish time 10-1-2020 12:00 PM

Dengan suami, kita kena buat supaya dia rasa dia adalah hero, mcm penyelamat kita. Sbb dia kan ada ego.

Kalo kita buat sesuatu yg mengingatkan dia pada kelemahan dia, meminta2 benda yg dia tak suka,hujung2, kita yg akan sakit hati.

Isu minta duit suami ni, kita kena pandai mcm tarik rambut dlm tepung. Kita kena minta mcm minta tolong, lepas tu, buat dia rasa gembira lepas tolong berbelanja untuk kita.

Tips ni untuk lelaki2 baik yg bertanggungjawab je ye. Bukan untuk lelaki durjana yg nafkah 2 sen pun tak bagi. Yg tu, minta terus dekat mahkamah.

polkadott Publish time 10-1-2020 10:33 PM

maya_mahsuri replied at 10-1-2020 11:33 AM
Maaf nak tanya. Bukan ka nafkah wajib tu tempat tinggal, makan minum (2x sehari), pakaian (2x setahu ...

Makan minum, tempat tinggal, kos rawatan ye. Pakaian tu tt beli sendiri je. Paling sadis, kalau beli baju raya, guna duit sendiri je.

polkadott Publish time 10-1-2020 10:34 PM

Nurul8001 replied at 10-1-2020 11:45 AM
TT, tanggungjawab suami dlm perkara nafkah ni meliputi perkara2 keperluan. Makan, pakai, tempat ting ...

Wow tips tubolehlah amalkan.

ResellerMaxis Publish time 11-1-2020 04:07 AM

Edited by ResellerMaxis at 11-1-2020 04:09 AM

maya_mahsuri replied at 10-1-2020 11:33 AM
Maaf nak tanya. Bukan ka nafkah wajib tu tempat tinggal, makan minum (2x sehari), pakaian (2x setahu ...

Dia shoping beli barang makan tapi tt yang masak..bila gi keje lunch tt kena guna duit sendiri..so kononnya husband xcukup bagi nafkah lah..tambah plak husband bagi mak dia 500 sebulan..lagi marah tt..hihi

Untuk tt. Mcm mana aku n wife handle benda ni..kita orang xguna konsep nafkah ke apa ni..kita orang guna konsep share prosperity 2030 hahaha

Kita orang percaya 2 heads is better than one. kita orang manage kewangan, family or any other matter kita orang secara bersama..

Contohnya wife aku ada access pada semua online banking aku n aku pun ada access pada semua online banking dia..

Kita orang share acc shopee, lazada, food panda n grabfood yang sama n link ke satu cc sahaja..

So kalau kita orang nak beli apa apa just add to cart and ask the other to review n checkout..so waktu kerja ke apa kita orang sng je discuss apa apa..add to cart n whatsapp..

Even amik anak, masak pun kita org guna konsep sama..contoh dia ada meeting petang n bakal blk lewat..so dia akan bagitahu awal ar..so mcm mana pun aku akan blk on time lah date day tu utk pickup anak anak n masak..kalau malas order je online..

Tapi kita orang memang dah mcm ni dari sebelum kahwin so memang complete trust n easy to collaborate..

Benefit dia as husband. Xde lah aku pening kalau wife minta benda aku xmampu ke apa..then segala benda aku boleh discuss dengan wife..

Untuk wife lak aku xtahu ar apa benefit dia..haha

putericahaya999 Publish time 11-1-2020 05:44 AM

Takyah la beranak tt..... Bila beranak pampers pun tt kena belikan sbb tt yg beranak...
Jadi Jangan beranak selagi persetujuan berkenaan dngn nafkah skrg n akan dtg belum dicapai

Meiizu Publish time 11-1-2020 03:18 PM

Edited by Meiizu at 11-1-2020 03:23 PM

Cerrr ko plak bank in mak ssndiri rm500 tiap bulan..bila takcukup duit sure laki tanya jwb ikut cara abanglah ..

Dan
mengikut ajaran setad setazahmahupun zizan semang & juga pijo omar anak maaaa ; hidup berkat bagi mak (yg lain takmo plak consider)

polkadott Publish time 12-1-2020 03:17 PM

putericahaya999 replied at 11-1-2020 05:44 AM
Takyah la beranak tt..... Bila beranak pampers pun tt kena belikan sbb tt yg beranak...
Jadi Jangan ...

tt pun rasa benda yg sama. Tak terfikir pun nak ada anak buat masa ni sebab hal macam ni lah.Suami pulak tak habis2 mengharap nak anak.

polkadott Publish time 12-1-2020 03:19 PM

Meiizu replied at 11-1-2020 03:18 PM
Cerrr ko plak bank in mak ssndiri rm500 tiap bulan..bila takcukup duit sure laki tanya jwb ikut cara ...

Yelah paling berkat bagi kat mak. Tu yang mak mertua tt senyum lebar bila dapat duit. Dia tak tau cukup tengah bulan, duit pun nyawa nyawa ikan

maya_mahsuri Publish time 15-1-2020 11:19 AM

polkadott replied at 10-1-2020 10:33 PM
Makan minum, tempat tinggal, kos rawatan ye. Pakaian tu tt beli sendiri je. Paling sadis, kalau be ...

TT kadang kita tak boleh terlalu berkira. Sebabnya suami tt ada sediakan keperluan tt. Saya awal2 kahwin pun dedua berjimat. Ada raya pakai baju recycle (sebab saya jarang pakai baju kurung).
Asal suami tt tak kedekut tu ok dah. Tak salah rasanya dia nak bagi duit kat mak dia. Makan minum, rumah, utilities, kos perubatan semua dia tanggung. Lain lah kalau tt tanggung diri sendiri, duit dia berhabis untuk keluarga.

Saya jenis tak berkira. Saya buat kami ni 1 unit keluarga. Bukan duit dia duit saya, duit saya duit saya. Suami bagi duit, saya yang atur untuk perbelanjaan (termasuk duit saya).
Pages: [1] 2
View full version: Nafkah


ADVERTISEMENT